Monday, March 11, 2013

Wow! Taman Saujana Hijau







.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam hari ahad tak tau nak buat ape so gi jogginglah. Kali ini di Taman Saujana Hijau yang terletak di Presint 11, sebelah kuarters polis Presint 11, Putrajaya. Sebenarnya aku dah banyak kali jogging kat Presint 11 tapi tak tahu pun kewujudan taman ni. Kira jumpe tak sengajalah ni. So, dapat peluang jogging semalam aku pun cuba try test gi tengok.

Ternyata memang Taman Saujana Hijau ni sangat best. Aku boleh tuliskan 99 dalil kenapa kat sini best tapi untuk memendekkan cerita, aku just tulis 5 jer hehe.. Sebelum tu, nak bagi tau gambar-gambar adalah diambik menggunakan iPhone 4 yang dimuatnaik ke Instagram.

1. Taman ni sangat cantik.. Serius cantik bagaikan kat luar negeri dengan bunga-bunga berwarna-warni dan pokok-pokok menghijau sehinggakan aku terlupa kejap yang aku sebenarnya berada di Malaysia..

2. Taman ini terletak di kawasan tanah tinggi ala-ala Broga gitu, tapi takdelah tinggi sangat macamtu. Nak naik pun senang, track pun cantik dan jalan nak masuk ke taman ni pun ada banyak.. Kalau pagi-pagi kat sini berkabus memang tenang dan mendamaikan..

3. Dekat dengan Taman Selera di Pusat Kejiranan Presint 11. So, bagi yang puas cuci mata atau melakukan aktiviti di sini, bolehlah singgah pulak kat Pusat Kejiranan Presint 11. Boleh makan-makan, boleh pekena Sup Keting yang pemos kat Putrajaya, boleh mandi-manda kat swimming pool atau main badminton (court badminton sila booking online).

4. Kat sini cantik untuk sesi fotografi, boleh ambik gambar matahari naik, boleh main makro boleh main potret, gambar wedding ke.. Cantik!

5. Masuk kat sini adalah percuma dan parking pun senang. So, kalau korang nak buat aktiviti hujung minggu bersama keluarga atau yang tersayang, aku memang rekomen sangat-sangat korang try kat sini.

So, macamane? Ok tak? Kalau ade masa pergi jer memang best.. Tak yah nak pergi Cameron ke Bukit Fraser ke ape hehe..







6 comments:

  1. Dalil-dalil yang disebut memang meyakinkan peri sesuainya Taman Saujana Hijau dijadikan taman untuk beriadah. Tentu lebih cun foto-fotonya kalau Khairul gunakan En. Sony. Tapi macam mana pula nak jogging, kan? Wa Temuk kena zaiarahi taman tu satu hari, insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin jugak nak ambik gambar guna enchek Sony, tp sebab nak jogging susah sikit nak bawak.. Mungkin nanti nak try dtg ambik gambar je.. hehe :)

      Delete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }