Showing posts with label iPhone 4. Show all posts
Showing posts with label iPhone 4. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

Pantai Remis, Jeram, Selangor




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar stalkers? Hati-hati! Ada yang memerhati! Kali tuk ku just mok share gambar masa pergi outstation reya di area Kuala Selangor. Arum bulak rasa nak muntah ijo kotan lejuk udah 3 kali ku sia tahun tuk tek. Tapi sib bait dtg antu tiba-tiba rajin nak nyenap gambar makei henpon. Semua gambar adalah al-hasil dari iPhone 4 sajorkkkk.. Noise, gambar sik sharpkah apa terimaklah dengan seadanya. Ok apa.. Terus-terang madah masa outstation ya terik asa dirik rajin nak ngebeng Sony a77 ngan Sony a300. Embak kamera, embak tripod kononnya tek nak ngambik gambar kachak. Last-last alu merepuk atas katil ajak kamera ya sik di duli. Hey stalkers! Gago ko ya! Yahhhh.. haha..

Okai.. Pergi Pantei Remis tek hoh.. Tempat tok terletak di sigek kawasan antara daerah Kapar dan Kuala Selangor yang ditunggah sebagai Jeram. Bukan rah Perak nun aaarr.. Tapi rah Selangor. Sama nama tapi sik serhupa. Mun dari Kuala Selangor lebih kurang 20km pia lah. Mun dari KL asanya mok sejam lebih sikit. Jadi apa nok bestnya pantei tok? Biasa-biasa ajak sebenarnya. Tapi mun kaki nangga sunset, kaki makan seafood, kaki main gudi (layang-layang kata org Melaya), then toklah tempat ktkorg. Mun nak mandik-mandik, ku nangga reya sekda pun orang mandik telanjang haha..

Mun mok meli barang makan seafood sitok oklah juak reganya. Murahlah ikit berbanding rega di pasar di KL. Ketam Bunga gred A rega RM23.00 sekilo (lekak tawar dari rega RM27.00) murahlah bagi org KL tek nak. Nok lain paling ku suka sia ialah kedei-kedei makannya nang nyaman-nyaman.. Belalak eh makan rojak sia. Sik ku ingat panama rojak ya, tapi kedai rojak tambi ya bah, bukan rojak mamak, tapi bahasa kita tambi di Kuching nun. Perghhhh... Mun pandei datang ke sitok, ncobalah mun sik cayak.. 5 bintang! Rega RM3.50 murah juaklah ya.. Nok lain makanan-makanan seafoodnya nyaman juak macam rah tempat-tempat lain.

Errr.. Ya ajaklah.. kepak dah tok.. k bye!

















Monday, March 11, 2013

Wow! Taman Saujana Hijau







.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam hari ahad tak tau nak buat ape so gi jogginglah. Kali ini di Taman Saujana Hijau yang terletak di Presint 11, sebelah kuarters polis Presint 11, Putrajaya. Sebenarnya aku dah banyak kali jogging kat Presint 11 tapi tak tahu pun kewujudan taman ni. Kira jumpe tak sengajalah ni. So, dapat peluang jogging semalam aku pun cuba try test gi tengok.

Ternyata memang Taman Saujana Hijau ni sangat best. Aku boleh tuliskan 99 dalil kenapa kat sini best tapi untuk memendekkan cerita, aku just tulis 5 jer hehe.. Sebelum tu, nak bagi tau gambar-gambar adalah diambik menggunakan iPhone 4 yang dimuatnaik ke Instagram.

1. Taman ni sangat cantik.. Serius cantik bagaikan kat luar negeri dengan bunga-bunga berwarna-warni dan pokok-pokok menghijau sehinggakan aku terlupa kejap yang aku sebenarnya berada di Malaysia..

2. Taman ini terletak di kawasan tanah tinggi ala-ala Broga gitu, tapi takdelah tinggi sangat macamtu. Nak naik pun senang, track pun cantik dan jalan nak masuk ke taman ni pun ada banyak.. Kalau pagi-pagi kat sini berkabus memang tenang dan mendamaikan..

3. Dekat dengan Taman Selera di Pusat Kejiranan Presint 11. So, bagi yang puas cuci mata atau melakukan aktiviti di sini, bolehlah singgah pulak kat Pusat Kejiranan Presint 11. Boleh makan-makan, boleh pekena Sup Keting yang pemos kat Putrajaya, boleh mandi-manda kat swimming pool atau main badminton (court badminton sila booking online).

4. Kat sini cantik untuk sesi fotografi, boleh ambik gambar matahari naik, boleh main makro boleh main potret, gambar wedding ke.. Cantik!

5. Masuk kat sini adalah percuma dan parking pun senang. So, kalau korang nak buat aktiviti hujung minggu bersama keluarga atau yang tersayang, aku memang rekomen sangat-sangat korang try kat sini.

So, macamane? Ok tak? Kalau ade masa pergi jer memang best.. Tak yah nak pergi Cameron ke Bukit Fraser ke ape hehe..







Monday, September 3, 2012

Instagram Raya

instaraya1



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.. Kita masih lagi dalam bulan Syawal kan?? Semangat raya masih berkobar-kobar.. Pergi open house sana, pergi open house sini.. Ni saje-saje nak share gambar2 instagram dalam fon aipong. Fenomena instagram telah melanda kampung ku.. Khamis ni dah "beraya kerja" pulak ke Miri - Bintulu - Kuching.. Salam Aidil Fitri! Maaf zahir dan batin..



instaraya2

instaraya3

instaraya4

instaraya5

instaraya6

instaraya7

instaraya8

instaraya9

instaraya10

Wednesday, December 21, 2011

Outstation Lagi!

Jerantut Hill Resort



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Tuan tanah kedaong masih sibuk outstation. Bermula di Bentong, Kuala Lipis, Jerantut, Temerloh, Bahau, Seremban dan beberapa daerah yang tak pasti lagi (mungkin Port Dickson, Kuala Kubu Bharu dll). Setiap hari kena pindah hotel dari daerah ke daerah yang lain. Tuan tanah kedaong pulak demam, sakit tekak dan selsema. So, layan je lah gambar-gambar yang ditangkap menggunakan iPhone dan diedit melalui perisian bijak berjambul iaitu "instagram". Nak tau tentang instagram? Klik sini :)

Sedikit petikan dari laman instagram: "It’s a fast, beautiful and fun way to share your life with friends through a series of pictures. Snap a photo with your iPhone, choose a filter to transform the look and feel, send to Facebook, Twitter or Flickr – it’s all as easy as pie. It’s photo sharing, reinvented. Oh yeah, did we mention it’s free?"



Nasi Ayam Special | Abu Teh Tarik



Melang Inn



Nippon Hait!

Wednesday, November 2, 2011

Rabu Tanpa Kata: Smartphones atau Semakpong?

Smartphones?



Salam 1Malaysia. Aku sedang bercuti selama 2 hari selepas kena belasah dan membelasah orang sewaktu bekerja. Belasah sini merujuk kepada tatakerja ala-ala terjah Abg Nas Melodi kita. Kerja kali ni mmg banyak problem semenjak dari ofis sampailah di luar sewaktu bertugas. Entahlah, kang komen lebih-lebih kang ada yang kecik ati. Lantaklah.. Nasib uols.. :P

Dari kiri:  iPhone 4, Sony Ericson Xperia Arc, Samsung Galaxy S, Nokia E71 dan iPhone 3GS dalam versi "Hari Rabu Tanpa Kata" kononnya. Kalau dah tanpa kata, tak payah nak kata-kata lagi dah. Nahhh.. hehehe... Haippp... cuba teka yang mana satu tuan tanah kedaong punya phone? ;)

{ My Popular Posts }