Monday, July 9, 2012

Tawau, Sabah - Part 2 - Tawau Hills Park best!

Taman Bukit Tawau


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari semalam tanpa dirancang kami meneruskan perjalanan menuju ke Loji Air Cinta Mata di Tawau dengan harapan dapat berjumpa dengan wakil mereka untuk tujuan kajian Bernama TV. Namun, loji tersebut tutup pada hari Sabtu dan Ahad. Kebetulan terdapat papan tanda "Taman Bukit Tawau" tidak jauh dari kawasan itu, so kami pun just gamble jelah cuba untuk bertemu pengurusan taman berkenaan pula. Sesampainya di sana, Encik Ariffin selaku Pengurus Taman beserta isteri beliau menjadi responden pertama kajian kami pada hari itu. Setelah selesai menemuramah beliau, beliau menyarankan kami untuk melihat pokok tropika tertinggi di dunia. Mendengar perkataan "tetinggi di dunia" menyebabkan timbul perasaan ingin tahu dan ingin melihat pokok tersebut.

Taman Bukit Tawau atau juga dikenali sebagai Tawau Hills Park terletak 20km dari pusat bandar Tawau. Dari info cakap-cakap masyarakat di situ, tiada perkhidmatan bas disediakan untuk ke tempat itu melainkan menaiki kenderaan sendiri. Taman tersebut merupakan taman rekreasi dan juga salah satu Taman Negara yang terdapat di Malaysia. Tiket masuk hanya RM3 sahaja setiap orang. Apa yang menarik di sini ialah terdapatnya pokok tropika tertinggi di dunia spesis Seraya Kuning Siput (shoreo foguetiana heim) dengan ketinggian 88.32 meter. Untuk melihat sendiri pokok ini anda kena berjalan kaki lebih kurang 15-30 minit atau sejauh 900 meter. Bagi aku kan, bila sampai kat pokok ni rasa macam berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.. Memang puashati!

Selain itu juga terdapat Taman Botani yang menempatkan spesis bunga Orkid Telinga Gajah (Phalaenopsis gigantea) yang hanya ditemui di tempat tertentu di Borneo seperti di Taman Bukit Tawau dan Tenom sahaja. Juga terdapat tempat berpiknik dan mandi-manda dan jika ingin mandi air terjun, kenalah berjalan kaki lebih kurang 2.7km ke Air Terjun Gelas. Aku singgah air terjun yang belah bawah sekali dekat dengan pondok pendaftaran masuk. Tak dan nak berjalan 2.7km sebab jam dah menunjukkan 12 tengahari.. Laporrr..

Pada pendapat aku, kena ada promosi berterusan dan perlu disediakan perkhidmatan bas berkala untuk menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negeri. Promosi di media-media cetak dan elektronik pun kena berterusan. Aku dah dua kali datang Tawau, dan kali ketiga ni baru aku tau kewujudan Taman ni itu pun secara kebetulan. Apa-apa pun, kalau nak menghirup udara segar, nak piknik nak mandi-manda ke, nak lari dari kesibukan kota atau suka pada flora dan fauna atau ingin bermain macro photograpy, inilah tempatnya.. Kalau korang bercadang untuk ke Tawau suatu hari nanti, untuk maklumat lebih lanjut bolehlah melayari http://puadede.com iaitu Blog Anak Tawau. Blog ni segalanya tentang Tawau. Wassalam.


Tawau Hills Park | Air Terjun



Tawau Hills Park | Gadis Sony



Tawau Hills Park



Tawau Hills Park - The Tallest Tropical Tree in the world 88.32m



Tawau Hills Park



Tawau Hills Park



Taman Bukit Tawau



Taman Bukit Tawau | Pacat Merah



Tawau Hill Park



Tawau Hills Park | Semut Gergasi



Tawau Hills Park



Taman Bukit Tawau



Tawau Hills Park



Taman Bukit Tawau



Tawau Hills Park



Taman Bukit Tawau



Tawau Hill Park



Tawau Hills Park



Tawau Hills Park



Taman Bukit Tawau | Arghhh!!!



Taman Bukit Tawau | Rombongan cikgu dan pelajar



Taman Bukit Tawau



Taman Bukit Tawau



Tawau Hills Park

8 comments:

  1. La, kenapa tidak bagitau pigi ke sana... siap jelajah sampai ke pokok tu ya. Apa pun, terima kasih pautannya.

    ReplyDelete
  2. Semua gambar kacak. Paling suka gmbr 11,14...turutan menurun. Hihihi.

    ReplyDelete
  3. Jauh berjalan...luas hutan d tangga. Huhss..best pic2 ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih pok.. jalan sik sengaja nemu kawasan pokok ya hehe..

      Delete
  4. boss, polah buku kelak... x puas nanggar lam blog... :) terbaek sekali gik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimak kasih sekali gik.. X pandei nulis eh mun molah buku.. hihi..

      Delete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }