Tuesday, July 17, 2012

The Upside Down House in Borneo | Rumah Terbalik Borneo di Tamparuli, Sabah

The Upside Down House in Borneo


Tudiaaaaa.. Pada 10 Julai 2012 baru-baru ni, aku and the gang berkesempatan singgah di satu lokasi pelancongan menarik.. Tarikan pelancongan terbaru dan unik di Sabah ni ialah Rumah Terbalik Borneo yang terletak di Kampung Telibong, jalan Telibong batu 21, Tamparuli, di daerah Tuaran. Rumah Terbalik Borneo ini adalah yang seumpamanya di Asia Tenggara. Kalau tak silap, Puan BB selaku manager di situ ada memberitahu bahawa Rumah Terbalik ini antara yang ke-5 terbaik dan 100% terbalik di dunia dari struktur luaran hinggalah hiasan dalamannya. Bangunan ini terletak di laluan jalanraya utama menuju ke Gunung Kinabalu lebih kurang 30km dari bandaraya Kota Kinabalu.

Bayaran masuk bagi warganegara Malaysia ialah RM10.00 bagi orang dewasa atau RM5.00 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun atau percuma bagi kanak-kanak berumur bawah 3 tahun. Bagi bukan warganegara harga bayaran masuk ialah RM18.00

Jadi apa yang menarik kat sini? Rumah ini direka mengikut zaman era 80an-90an mengingatkan zaman kita kecik dulu-dulu. Semua barangan seperti mesin basuh, peti ais, tv, dapur, perabot dan sebagainya adalah barangan betul-betul punya bukan olok-olok. Di dalam rumah tu ada ruang tamu, bilik tidur, bilik air, dapur dan beranda semuanya terbalik. Ada yang cakap pening duk lama-lama kat dalam rumah ni. Tapikan masa aku datang sini, tak pening pun hehehe.. Best lagi ada.. Kalau tengok gambar nampak macam biasa je, tapi kalau datang sendiri, memang best.

Masa berkesempatan sembang-sembang kopi ngan Puan BB, aku ada suggestkan kat dia kalau boleh buat ler beberapa ekor kambing terbalik yang ditambat kat luar rumah.. Tergelak besar dia hahahaha...

Kalau datang melawat rumah ni, akan ada seorang tour guide yang akan bercerita pasal rumah ini dan "keluarga si budak nakal" yang mendiami rumah ini. Budak nakal ni hanyalah rekaan semata-mata bukan hantu ke ape.. Nanti dia akan tanya soalan kuiz "apakah barang yang paling berat di rumah ini?" Jawapannya ialah mesin jahit besi zaman mak-nenek kita dulu hehe.. Pastu dia kan tanya lagi "apakah barang dirumah ini yang tidak terbalik?" Jawapannya ialah bubu ikan.. Ni kira aku dah bagi soalan bocor siap dengan jawapan hehe.. So, apa lagi? Kalau datang ke Kota Kinabalu, singgah ler di Rumah Terbalik Borneo ni on the way korang ke Kundasang.. Hanya satu ni jer kat Malaysia dan Asia Tenggara.. Rugi tak singgah weh.. Wassalam..

Psssstt.. Nak tengok gambar dalam rumah ni tak? Klik kat sini Puadede.com


Rumah Terbalik Borneo



The Upside Down House in Borneo



Rumah Terbalik Borneo



The Upside Down House in Borneo



The Upside Down House in Borneo



Rumah Terbalik Borneo



Rumah Terbalik Borneo

9 comments:

  1. wow! interesting.

    eerr.. boleh bagi soalan bocor utk UPSR tahun ni tak?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Nanti ade rezeki bolehlah singgah kat Rumah Terbalik ni :)

      Delete
  3. Menarik. Idea kreatif siapalah asalnya tu. Mujur orang yang menjaganya & para pengunjung tak terbalik bila masuk kawasan luar & dalam rumah, ya Khairul! Pengunjung warga emas macam Wa Temuk ni agaknya boleh bayar terbalikkah (00.01RM)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekekeke... kalau org yg terbalik saya dah lama lari dulu Wa hehehe...

      Delete
  4. Cantik dan unik.. Teringin tengok isi dalam rumah ni.. Bilalah nak berpeluang ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'aah mmg unik rumah terbalik ni.. InsyaAllah ade rezeki pasti akan ke sana jugak.. aminn..

      Delete
  5. laa kat borneo, kreatif sapa yang design ni ! :)

    ReplyDelete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }