Showing posts with label slow shutter. Show all posts
Showing posts with label slow shutter. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Selamat selamat selamat!

Laman Maharani



Entry ringkas jak tuk. Kebelakangan tuk mala jak busy. Balit dari outstation di Muar terus kenak kerja Sabtu Ahad sempena program Hari Jutaan Belia di Putrajaya. Esok hari Sabtu pun kenak kerja. Jeles ngan sidak Borneo cuti rituk sampei 4hb kelak.

So, dikesempatan tuk aku nak wish sahabat-sahabat Sarawakian selamat menyambut Hari Gawai Dayak dan pada sahabat-sahabat Sabahan selamat menyambut Pesta Kaamatan, gayu guru gerai nyamai dan kotobian tadau tagazo do kaamatan.. Balit kampong sila hati-hati di jalan raya.. Ya jaklah.. Selamat berhujung minggu! :)



Jejak Cahaya



Classic Hotel



Muar v1



Laman Maharani

Wednesday, April 25, 2012

Bermain dengan "Pengatup Perlahan" - fotografi di malam hari



NEX-5N + Sony 30mm f2.8 macro



Bermain "pengatup perlahan" atau slow shutter atau juga long exposure walau apa nama sekalipun memang seronok dua ronok! 3 gambar dari atas adalah hasil dari cubaan try test bermain pengatup perlahan. Saya juga mencuba mengambil gambar dengan kamera Sony NEX-5N dipasangkan dengan lens SEL18-55mm, Sony 30mm f2.8 macro dan Minolta 50mm f1.7 RS version. Lens-lens yang lain saya tak bawa untuk kerja luar kali ini. Malas nak menggalas beg yang berat dengan lens.

Untuk bermain fotografi sebegini, apa yang paling penting adalah keselamatan diri, al-maklumlah malam-malam gelap ni macam-macam boleh berlaku. Kalau boleh biar datang berkumpulan dan jangan berani datang seorang diri. Pernah seorang sahabat jurugambar kamera dia dirompak dan di "paw" kerana datang bermain seorang diri. Bahaya tuu..

Setting untuk bermain "pengatup perlahan" ini adalah mudah:
1. Gunakan mode manual sepenuhnya. (M mode pada body, manual mode pada lens)
2. Gunakan apa-apa lens seperti kitlens pun boleh tapi sebaiknya lens bukaan f2.8 hingga f1.4
3. Setkan aperture ke f8 ke atas
4. Setkan kelajuan shutter selama 10 saat ke atas
5. Gunakan tripod yang steady
6. Tanggalkan sebarang filter pada lens (uv filter, cpl filter, dll)

Harap perkongsian setting daripada saya ini boleh membantu dan jika ada kesilapan saya mohon maaf sebab saya pun seorang amatur jalanan sahaja. Adios amigos, carpe manana! ;)

 
SIngapore NEX-5N + Minolta 50mm f1.7 RS Version

NEX-5N + Sony 30mm f2.8 macro

NEX-5N + Sony 30mm f2.8 macro

NEX-5N + SEL18-55

Friday, April 20, 2012

Sony NEX-5N yang gempak!


Sembawang Power Plant, Singapore


Semalam sempat main slow shutter di Pantai Stulang Laut, Johor Bahru. Kali ini saya sedang outstation selama 2 minggu di Johor. Buat pertama kalinya saya mencuba kamera baru iaitu Sony NEX-5N. Kamera ini adalah kesinambungan siri sistem NEX (NEX-3, NEX-5, NEX-C3) dari Sony dengan ciri terbaru seperti skrin sesentuh, low light control yang sangat bagus pada waktu malam dan pengurusan noise yang lebih baik berbanding kamera "gigilasi" Sony A77 itu sendiri. Sensor kamera ini juga digunakan dalam kamera Sony yang lain dan juga kamera Nikon D7000 dan kamera jenama Pentax. Bercakap tentang sensor, semakin besar sensor seperti yang terdapat dalam dslr, maka semakin banyak cahaya yang boleh dirakam oleh kamera ini berbanding kamera yang menggunakan sensor kecil seperti yang ditawarkan oleh Nikon J1/V1, Panasonic Lumix dan Olympus.

Bayangkan kamera ini adalah sebuah kamera yang kecil dan ringan tetapi mempunyai keupayaan seperti dslr! Kualiti pengurusan noisenya lebih baik dari kamera "raja segala APS-C Sony" iaitu Sony A77! Dahsyat bukan? Kamera Sony NEX-5N ini juga adalah "barang panas" dalam dunia fotografi sekarang ini sehinggakan ramai pengguna dslr dari jenama lain seperti amatur hinggalah profesional pun juga ingin memilikinya. Ya, kamera ini boleh dipasangkan dengan apa jua jenama lens lain termasuklah Canon dan Nikon dengan menggunakan adaptor khas yang mudah didapati di pasaran.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kamera ini, sila lihat video Mat Salleh di bawah ini. 4 gambar yang kat belah bawah tu pula adalah gambar yang diambik kat Dataran Bandaraya JB time makan-makan semalam. Seriously, saya sangat teruja dengan kamera ini dan sanggup meninggalkan kamera "gigilasi" yang besar gedabak kat rumah semata-mata nak menggunakan kamera ni sepenuhnya semasa traveling.. Sony NEX-5N.. memang terbaek dan berbaloi-baloi!! :)

 
Battlestar Galactica #2 @ Sembawang Power Plant, Singapore

Stulang Laut



DSC00071

DSC00075

DSC00074

DSC00072

Thursday, June 30, 2011

Besut, Terengganu

Pantai Air Tawar



Inilah al-hasil yang sempat aku snip-snap semasa berada di Besut, Terengganu pada 23-25 Jun 2011 baru-baru ini. Menginap di Hotel Primula Pointray, Besut dengan harga bilik RM290.00 berkongsi berdua dengan geng. Katil dah le besar, queen bed memang puashati boleh lompat-lompat hehe.. Pantai pun dekat jer dalam 5 minit berjalan kaki.

Sekarang ni aku sedang busy sesangat tengah wat preparation untuk travelling lagi selama sebulan kemungkinan aku kena Johor kot. Dah terbayang-bayang nak pusing satu Johor, setiap daerah, bandar dan pedalaman. :)



Pantai Air Tawar



Primula Pointray, Besut



Primula Pointray, Besut



Primula Pointray, Besut



Primula Pointray, Besut



Pantai Air Tawar



Pantai Air Tawar



Pantai Air Tawar

{ My Popular Posts }