Showing posts with label muar. Show all posts
Showing posts with label muar. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Selamat selamat selamat!

Laman Maharani



Entry ringkas jak tuk. Kebelakangan tuk mala jak busy. Balit dari outstation di Muar terus kenak kerja Sabtu Ahad sempena program Hari Jutaan Belia di Putrajaya. Esok hari Sabtu pun kenak kerja. Jeles ngan sidak Borneo cuti rituk sampei 4hb kelak.

So, dikesempatan tuk aku nak wish sahabat-sahabat Sarawakian selamat menyambut Hari Gawai Dayak dan pada sahabat-sahabat Sabahan selamat menyambut Pesta Kaamatan, gayu guru gerai nyamai dan kotobian tadau tagazo do kaamatan.. Balit kampong sila hati-hati di jalan raya.. Ya jaklah.. Selamat berhujung minggu! :)



Jejak Cahaya



Classic Hotel



Muar v1



Laman Maharani

Monday, May 21, 2012

Apa yang ada kat Parit Jawa tu?


DSC05428


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah kali kedua saya sampai di Parit Jawa, Muar di negeri Johor ni. Kebetulan pada tarikh gambar ini dirakam iaitu 19 Mei 2012 adalah tarikh yang sama saya datang kali terakhir di sini iaitu pada 19 Mei 2010, ngam-ngam 2 tahun yang lepas. Dah macam lagu "Suratan atau Kebetulan" pulak..

Apa yang menarik kat tempat ni? Ok.. Parit Jawa ni dekat je dari Muar lebih kurang 17km. Yang sebenarnya ia adalah perkampungan nelayan dan sangat terkenal dengan masakan asam pedas. Siap ada medan selera lagi khas untuk masakan asam pedas. Ada pelbagai jenis ikan masak asam pedas di sini seperti ikan merah, sembilang, siakap, kembung, pari, cencaru dan lain-lain lagi. Juga terdapat spesis Burung Botak yang datang berhijrah ke sini pada bulan-bulan tertentu membuatkan Parit Jawa menjadi destinasi pelancongan terkenal. Yuppp.. yang Burung Botak yang keluar dalam Majalah 3 tu..

Kalau dulu saya pernah merasa makan asam pedas di Gerai Pak Ya TV3, kali ini saya dan kawan-kawan nak try kedai lain pulak iaitu Asam Pedas Mak Ngah. So, boleh tahan sedaplah Mak Ngah punya masakan.. Bak kata seorang kawan yang join sekali time makan ni.. "kuah asam pedas dia tak banyak minyak macam kuah asam pedas tempat lain.. Mas (nama samaran haha) siap hirup lagi kuah dia Bang Kerul.. Sedapppp.." hahaha.. Tudiaaa kan.. Saya pula mencuba bahagian ekor ikan merah yang agak besar berharga RM18.00 Memang berbaloi-baloi.. Jangan risau, ikan merah besar memang lah harga dia mahal sikit. Ikan-ikan lain seperti kembung dan pari murah je. Jadi, jika anda kebetulan kena outstation di Muar, jangan lupa mencuba masakan asam pedas Parit Jawa.. Datang tempat orang, kenalah try masakan orang tempatan.. Rugi ler kalau datang tempat orang tapi makan takat nasi goreng je.. hehe..

 
DSC05425

DSC05469

DSC05416

DSC05406

DSC05443

DSC05485

DSC05514

DSC05496

DSC05501

DSC05493

DSC05456

DSC05517

DSC05519

Saturday, May 19, 2012

Selamat Berhujung Minggu (",)





Muar



Selamat berhujung minggu.. Gambar ni diambil semasa saya dan kawan-kawan sedang berehat di Apple Spa di Muar Traders Hotel. Sib baik tingkap spa mengadap sungai. Semua gambar dirakam antara jam 6.30-7.30 petang setelah selesai tugasan di sekitar bandar Muar. Tak salahkan manjakan badan dengan mandi sauna sekali-sekala.. Lagipun free untuk guest hotel..

Dalam seminggu di sini saya sudah mencuba bermalam di Muar Traders Hotel (RM105-weekdays/RM140-weekend), Hotel Pelangi (RM125) dan sekarang Classic Hotel (RM145). Lusa akan pindah semula ke Muar Traders Hotel tapi kali ini nak cuba try test bilik yang berharga RM405 pulak.. Share ngan kawan-kawan baru dapat merasa.. hehe  (",)

Pssssttt... Gambar last tu gambar instagram.. hehe..



Muar



Sunday, May 13, 2012

Salam Hujung Minggu dari Muar



Hari Terbuka Majlis Perbandaran Muar



Selamat berhujung minggu.. Baru sahaja sampai di Muar, Johor untuk tugasan rasmi. Lebih kurang jam 5.30 petang saya berjalan kaki dari Muar Traders Hotel ke Dataran Tanjung Emas untuk jalan-jalan cari gambar. Kebetulan ada pameran dan persembahan kebudayaan serta pertunjukkan bunga api sempena Hari terbuka Majlis Perbandaran Muar.

Gambar bunga api diambil dari tingkap bilik hotel je. Malas nak jalan sampai malam sebab esok kena kerja. So, inilah sahaja hasil tangkapan untuk hari ini. Gambar diambik di luar waktu bekerja. Kang ada orang cakap ambik gambar time kerja adalah haram hahaha.. Macam-macam.. Saya punya style, sorang-sorang pun boleh ambik gambar.. Guna jari pun bolehhhh.. Dengan kamera Sony NEX-5N yang kecil dan ringan, membuatkan terasa rajin nak ambik gambar hehe..



View from Muar Traders Hotel

Masjid Jamek Sultan Ismail

Jeti Tanjung Emas

Aweks Durian

Dataran Tanjung Emas

{ My Popular Posts }