Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah kali kedua saya sampai di Parit Jawa, Muar di negeri Johor ni. Kebetulan pada tarikh gambar ini dirakam iaitu 19 Mei 2012 adalah tarikh yang sama saya datang kali terakhir di sini iaitu pada 19 Mei 2010, ngam-ngam 2 tahun yang lepas. Dah macam lagu "Suratan atau Kebetulan" pulak..
Apa yang menarik kat tempat ni? Ok.. Parit Jawa ni dekat je dari Muar lebih kurang 17km. Yang sebenarnya ia adalah perkampungan nelayan dan sangat terkenal dengan masakan asam pedas. Siap ada medan selera lagi khas untuk masakan asam pedas. Ada pelbagai jenis ikan masak asam pedas di sini seperti ikan merah, sembilang, siakap, kembung, pari, cencaru dan lain-lain lagi. Juga terdapat spesis Burung Botak yang datang berhijrah ke sini pada bulan-bulan tertentu membuatkan Parit Jawa menjadi destinasi pelancongan terkenal. Yuppp.. yang Burung Botak yang keluar dalam Majalah 3 tu..
Kalau dulu saya pernah merasa makan asam pedas di Gerai Pak Ya TV3, kali ini saya dan kawan-kawan nak try kedai lain pulak iaitu Asam Pedas Mak Ngah. So, boleh tahan sedaplah Mak Ngah punya masakan.. Bak kata seorang kawan yang join sekali time makan ni.. "kuah asam pedas dia tak banyak minyak macam kuah asam pedas tempat lain.. Mas (nama samaran haha) siap hirup lagi kuah dia Bang Kerul.. Sedapppp.." hahaha.. Tudiaaa kan.. Saya pula mencuba bahagian ekor ikan merah yang agak besar berharga RM18.00 Memang berbaloi-baloi.. Jangan risau, ikan merah besar memang lah harga dia mahal sikit. Ikan-ikan lain seperti kembung dan pari murah je. Jadi, jika anda kebetulan kena outstation di Muar, jangan lupa mencuba masakan asam pedas Parit Jawa.. Datang tempat orang, kenalah try masakan orang tempatan.. Rugi ler kalau datang tempat orang tapi makan takat nasi goreng je.. hehe..
Kerap lalu Pari Jawa ni, tapi lum berkesempatan singgah kat medan selera asam pedas, sbb bukan waktu makan...
ReplyDeleteABg Mie kena singgah jugak le pasni hehe... :)
Deleteperghhhh asam pedas!
ReplyDeletesekali-sekala pekena asam pedas perghhh nikmat hehe..
DeleteBEST NANGGA GAMBAR YA..
ReplyDeletemasak asam pedas..fehh mabelesssss!
Asam pedas situk nang mabeles eh.. :)
Deleteasam pedas?? hadohh. lamak mek xmakan asam pedas kohh..
ReplyDeletegamba nang superb! mek suka nok black n white ya hee
Makasih.. :) NYamannn... hehe
Deletecantiknya.. ajarkan saya tangkap gambar cantik macam ni
ReplyDeleteHai Intan.. saya amatur je.. heee :)
Deletenang boleh tahan nemiak ya berpanas..
ReplyDeleteasal gmbr kat sungei, kat air, nang susah bena mok nangg tuan blog nak bergmbar..hahahahaha!!!
aok.. tuan blog nya beremdam lam aik sekda org mok ambik gambarnya bah.. tedah.. kenak ktk mcm interested ngan aek? ktk takut aekkah atau ktk nang kambin? hahahaa
DeleteGambar2 kat dlm blog sgt dkt dgn kehidupan.. So natural!
ReplyDeleteSaya sangat suke gambar2 yg berlatarbelakangkan landskap atau pemandangan semulajadi.. :)
DeleteAs-salam. Wa Temuk nak kata, semua foto tu cantiiik banget, kecuali foto yang 'last' tu. Yang 'last' itu, cantiiik banget + seeedap sangat!
ReplyDeleteKhairul sempat belajar sikit-sikit bahasa orang Parit Jawa, tak?
Terima kasih Wa Temuk.. Ada dgr bebudak tu ckp mcm bahse negeri sembilan pun ade tp saya asyik dgn ambik gambar x sempat nak belajar hehe :)
Delete