Wednesday, May 9, 2012

DSLR kegilaan baru fotografi - Utusan Malaysia

Saya tertarik dengan satu artikel ini dalam sisipan "Megabait" Utusan Malaysia bertarikh 7/5/2012. Sebagai seorang "fenbui" kamera Sony, memang pantang nengok ada gambar kamera jenis ni hehe.. Perhatikan gambar Utusan Malaysia kat bawah ni, kalau tak silap seperti booth kamera jenama Sony. Hanya Sony yang ada lens panjang berwarna kelabu.. Yang putih tu semua jenama ada.. Arghhh!!


Yang menjadi persoalan ialah penulis artikel tersebut tidak mengetahui bahawanya teknologi terkini kamera bukanlah lagi sekadar DSLR akan tetapi DSLT. Cerita pasal DSLR, tapi gambar kamera Sony di bawah semuanya adalah teknologi DSLT.. Kuang.. kuang.. kuangggg...!!!









Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my




KEGILAAN terhadap kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) di kalangan rakyat negara ini semakin meningkat.

Sebut sahaja apa jua jenama DSLR pastinya ada peminat serta pengikutnya yang tersendiri , namun apakah yang membezakan di antara satu-satu jenis DSLR pada kaca mata pengguna.

Kini rata-rata pengeluar siri kamera DSLR tersebut bukan sahaja berlumba-lumba meningkatkan teknologi kamera mereka agar ia lebih mudah dan ringkas digunakan di samping mampu menghasilkan kualiti gambar yang terbaik.

Terdapat pelbagai pilihan DSLR dewasa kini yang boleh dijadikan 'teman' anda untuk merakam saat-saat indah bergantung kepada kemampuan dan kemahiran seseorang itu menggunakannya.

Tetapi, apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai kamera DSLR? Hampir semua kamera DSLR yang ada pada hari ini merupakan kamera digital yang menggunakan sistem cermin mekanikal dan pentaprisma.

Secara asasnya sistem tersebut digunakan untuk memandu cahaya secara terus dari lensa kepada penderia dan juga pencari paparan (viewfinder) yang terdapat pada bahagian belakang kamera.

DSLR merupakan pilihan utama jurugambar imej tetap (still photo) kerana ketepatan paparan yang dilihat pada dedahan (exposure) di dalam kamera semasa merakam dan menghasilkan imej seperti yang dilihat di dalam kamera.

Malah, penggunaan pelbagai lensa mampu meningkatkan kreativiti jurugambar dan mampu menghasilkan pelbagai imej yang menakjubkan.

Selain itu, kebanyakan DSLR juga turut memiliki fungsi yang membolehkan pandangan (preview) yang tepat untuk paparan dalaman medan (depth of field).

Rata-rata, jurugambar profesional lebih memilih DSLR berikutan ia memiliki penderia (sensor) yang lebih besar berbanding dengan kamera kompak dan secara umumnya penderia DSLR juga hampir menyamai saiz kamera filem tradisional yang kebiasaannya digunakan oleh jurugambar profesional apabila mula 'terjun' ke bidang fotografi.

Sama ada siri-siri kamera DSLR yang dikeluarkan oleh jenama-jenama kamera ini baru mahupun lama namun kegilaan terhadap gajet ini dilihat berterusan sehingga kini dan mempunyai peminat serta pengikutnya yang tersendiri.

12 comments:

  1. Mun lens panjang cemya jarak berapa kilometer gambar seh clear?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amir.. clear sik clear gambar bergantung pada jenis gelas lens ya.. Munnya Carl Zeiss kah, G lens kah lebih clear dan sharp dari gelas biasa atau standard. Jarak siklah ku pasti berapa km hehe..

      Delete
  2. mmg mjadi kegilaan tp takat nengok ajela..coz tiada kemampuan..huuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. omputeh cakap, slow-slow ke arah kejayaan hehe.. Nanti dah ade rezeki ade la tu :)

      Delete
  3. DSLR sy ibarat hdup sgan mati tak mau... Huhuhu.. Tak pkai pun...

    ReplyDelete
  4. dan aku tergolong di dalam golongan gila itu hekhekhek...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah! Anda adalah sebahagian daripada stastistikpengguna Dslr Malaysia hehe :)

      Delete
  5. cam sikda modal jak dak utusan tok kan?padahal benda tok dah lamak..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tek.. nang xda modal lah Utusan tuk.. CIta politik jak gik bagus haha..

      Delete
  6. Dalam paparan Khairul itu Wa ingat nak dijelaskan sikit tentang DSLT tu. Apa bezanya berbanding DSLR? Kesihan pula penulis UM tu, gambar tak begitu ngam dengan cerita. Ni betul-betul kes "gambar hiasan", bukan "gambar ilustrasi". Salam sejahtera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak ape yang Wa Temuk cakapkan tu.. Ini kes gambar sekadar hiasan ni hehe..

      Delete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }