Friday, May 18, 2012

Laaa.. Tangkak terletak di daerah Ledang rupanya


DSC05351


Kesian kat saya ni enchek.. Nampak sangat dah lama tak ke Tangkak. Rasanya last sekali ke Tangkak tak pernah ambik gambar pun. Kamera dslr pun waktu tu saya takde lagi. Mesti banyak benda yang dah berubah kan? Yang paling berubah ialah Tangkak bukan lagi di bawah jajahan daerah Muar. Rupa-rupanya Tangkak dah di "upgrade" jajahannya di bawah daerah baru iaitu Ledang. Kalau bukan kerana kerja, memang tak sampai ke Tangkak lagi kot. Bila ke sekolah-sekolah di Tangkak baru tau Tangkak adalah di bawah daerah Ledang. Errr.. sempat lagi wish Selamat Hari Guru pada semua guru-guru sekalian hehe.. So, waktu rehat jam 1-2 petang, kami ke Pekan Tangkak sambil cuci mata nengok pelbagai kain yang ada dijual di sana. Sekarang ni tak semestinya nak beli kain kena datang Tangkak sebab kat Nilai 3 pun ada banyak kedai-kedai kain. Tapi feel nak beli kain sebagai buah tangan di tangkak memang lain, walaupun saya takde beli satu pun hehe.. Geng perempuan je yang beli.. :P

Berikut adalah pendapat enchek Wikipedia tentang daerah Ledang:

Ledang adalah sebuah daerah yang baru diwujudkan di negeri Johor, Malaysia. Ibu daerah Ledang ialah Tangkak. Daerah Ledang merangkumi bandar Tangkak, Tanjung Agas, Sungai Mati, Kesang, Serom, Sagil, Bukit Gambir, Kundang dan Kesang. Asalnya daerah ini adalah bahagian utara daerah Muar yang dipisahkan dengan bahagian selatan oleh Sungai Muar. Daerah Ledang merupakan sebuah daerah daripada 10 daerah di negeri Johor secara rasminya telah menjadi daerah baru pada 9 Jun 2008 bersamaan 5 Jamadil Akhir 1429H dirasmikan oleh Sultan Johor secara gilang-gemilang dan mempunyai keluasan 239,751 ekar atau 97,024 hektar. 

Mengikut bancian penduduknya berjumlah 132,778 orang. Kedudukannya agak strategik di mana ia terletak di tengah-tengah negeri Johor bersempadan dengan negeri Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan. Daerah Ledang mempunyai 6 Mukim iaitu Tangkak, Serom, Gersik, Bukit Serampang, Kundang dan Kesang. Lokasi Pejabat Tanah Ledang terletak di Jalan Dataran 1, 84900 Tangkak Ledang Johor. Nama Ledang diambil sempena Gunung Ledang, gunung tertinggi di negeri Johor.

Psssstt.. Siaran radio Nogori Sembilan dan Melaka memang clear..  :)

 
DSC05348

DSC05358

Panorama Shot ala HDR

DSC05371

DSC05375

DSC05378

SMK Ledang

SMK Ledang

SMK Ledang

SMK Ledang

11 comments:

  1. Banyak juak kedei kain kat sia...

    ReplyDelete
  2. Tak singgah air terjun Gunung Ledang di Sagil... cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya teringin jugak nak ke air terjun situ tp kerja tak mengizinkan utk singgah :(

      Delete
  3. Tuk paduhal nyok nama pekan Tangkak syurga kain kata sidak pompuan.Nang murah kah kain sia ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok Uncle... nang murah2 juak.. Tp dah x rami org mcm dolok.. :)

      Delete
  4. Assalamualaikum, mek dah gi ctok :) best2x.. and dah mandi kat gunung ledang ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ompuan nang best pegi situk hehehe... aek terjun kmk x sempat pegi sbb kmk ada urusan ngan pejabat2 dan sekolah di Tangkak sia :(

      Delete
  5. Nang best mun pat shopping ctok aih....
    Buy one free one. mun buy 10 free 10 la juak tek nak.. yahh.. ahaha

    ReplyDelete
  6. SUKO NANGGA GAMBAR YA....
    KAIN MURAH...MUN SEMPAT PAKEI GAWAI..HEHEH

    ReplyDelete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }