Sejak bila drama ni start saya pun tak tau sebab saya jadi minat nengok pun semasa outstation di JB tempoh hari, itupun sewaktu lepak kat bilik kawan yang berbangsa cina iaitu Enchek Cheah. Daripada hari tu saya tidak melepaskan peluang untuk menonton drama tersebut samada melalui tv, laptop atau internet henpon.
Apa yang menarik sangat drama ini? Drama Korea bertajuk "Dong Yi" mengisahkan perjuangan seorang perempuan bernama Choi Dong Yi daripada golongan kasta bawahan iaitu golongan Cheonmin pada zaman pemerintahan Raja Suk Jong semasa Dinasti Chosun. Dia merupakan anak yatim piatu setelah ahli keluarganya ditangkap dan dibunuh. Dia menyamar menggunakan nama Cheon Dong Yi untuk menyiasat punca kematian ayahnya yang difitnah mengkhianati negara. Dong Yi menyelinap masuk sebagai pelayan air yang menjadi orang kepercayaan Permaisuri Inhyeon, kemudiannya dilantik menjadi dayang istana dan akhirnya menjadi dayang kesukaan Raja. Drama ini mempunyai 60 episod kesemuanya.
Semasa dia menjadi dayang ni lah dia tidak sengaja bercinta dengan Raja yang menyamar menjadi rakyat biasa maka berlakulah kisah romantik dan pahit manis dalam dia mencari kebenaran. Seorang demi seorang mereka yang hasad dengki cuba menjatuhkannya dengan pelbagai cara dan fitnah. Kelebihan dia sebagai bekas anak koroner menyebabkan setiap perkara yang berlaku disiasat terperinci ala-ala CSI dan berjaya dirungkai satu demi satu.
Dipendekkan cerita, pelbagai kisah suka duka berlaku dan untuk mnegetahui adakah Dong Yi akhirnya berjaya menjadi permaisuri dan melahirkan putera untuk baginda Raja yang dicintainya, maka saksikanlah drama ini yang bersiaran di 8TV, Isnin hingga Jumaat pada jam 5 petang. Bagi saya, inilah kali pertama saya "melekat" depan tv dek kerana drama Korea yang best giler macamni sebab jalan cerita yang menarik dan kreatif tidak seperti drama-drama Korea lain yang pernah saya tengok. Kalau sesiapa yang tertinggal banyak episod bolehlah menonton secara online di sini: http://koreandrama.us/korean-drama-play-dong-yi.action atau di sini: http://www.mysoju.com/korean-drama/dong-yi/
Berikut adalah barisan pelakon drama ini (disalin dari wikipedia):
Han Hyo Joo as Dong Yi, later Choi Sook-Bin
Kim Yoo Jung as Dong Yi (child)
Ji Jin Hee as King Sukjong
Bae Soo Bin as Cha Chun Soo
Lee So Yeon as Jang Hee Bin
Park Ha Sun as Queen Inhyeon
Jung Jin Young as Seo Yong Gi
Kim Hye Sun as Court Lady Jung
Choi Ran as (Hee Bin’s mother)
Lee Jung Gil as Oh Tae Suk
Lee Kye In as Oh Tae Poong
Kim Yoo Suk as Jang Hee Jae
Park Jung Soo as Queen Myeongseong (Sukjong’s mother)
Jung Sung Woon as Dong Joo
Choi Soo Han as Ge Dwo Ra
Choi Chul Ho as Oh Yoon
Jung Yoo Mi as Jung Im
Kim Hye Jin as Seol Hee
Jung Sun Il (정선일) as Park Doo Kyung
Chun Ho Jin as Choi Hyo Won
Choi Ha Na as Mi Ji
Lee Kwang Soo as Dong Yi’s childhood friend
Berikut adalah barisan pelakon drama ini (disalin dari wikipedia):
Han Hyo Joo as Dong Yi, later Choi Sook-Bin
Kim Yoo Jung as Dong Yi (child)
Ji Jin Hee as King Sukjong
Bae Soo Bin as Cha Chun Soo
Lee So Yeon as Jang Hee Bin
Park Ha Sun as Queen Inhyeon
Jung Jin Young as Seo Yong Gi
Kim Hye Sun as Court Lady Jung
Choi Ran as (Hee Bin’s mother)
Lee Jung Gil as Oh Tae Suk
Lee Kye In as Oh Tae Poong
Kim Yoo Suk as Jang Hee Jae
Park Jung Soo as Queen Myeongseong (Sukjong’s mother)
Jung Sung Woon as Dong Joo
Choi Soo Han as Ge Dwo Ra
Choi Chul Ho as Oh Yoon
Jung Yoo Mi as Jung Im
Kim Hye Jin as Seol Hee
Jung Sun Il (정선일) as Park Doo Kyung
Chun Ho Jin as Choi Hyo Won
Choi Ha Na as Mi Ji
Lee Kwang Soo as Dong Yi’s childhood friend
te asemeni unei stele
ReplyDeletebelum ada masa gik mok nangga dong yi tok..
comel heroin
stele steady stering stering kapal.. jaman dah canggih.. makei fon atau tab/ipad pun dah boleh.. rugi x nangga hehe..
DeleteSik pernah nangga gik bro.. Best ka? Kelak mok carik..
ReplyDeleteAmir.. besttttttttttttt... yah pjg best ku ya hehe..
Deletetidak mengenali....
ReplyDeletelamak dah sik layan korean drama since dah beranak tok.
time pregnant nang sik miss. addict. hehehe.
Kmk pun bukanjenis senang nak suka drama korea tuk koh.. Pandei "tersuka" nangga indah hehe..
Deleteerm xpernah dgr plk psl cite nih.. lov ni sukak gak ngn cite2 korean n japan nih..
ReplyDeleteerm da bca brader khairul punyer sinopsis tros mahu carik nih..hrp2 dpt la ye..xsabar plk mau nengok..