Showing posts with label cuti-cuti johor. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti johor. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Wow! Pantai Air Papan di Mersing Johor

Pantai Air Papan



Pada hari last sebelah petang di Mersing, aku dan kawan-kawan berkesempatan untuk melepaskan tension di Pantai Air Papan lebih kurang 20 minit dari pusat bandar Mersing. Kalau dah namanya melepaskan tension, korang tengok sendiri gambar Mr. Peter Cheah melompat ala-ala Kungfu Panda hehehe..

Masa ni aku dah standby bawak macam-macam filter kononnya nak ambik gambar slow shutter. Sekali dah sampai sini aku terlupe bawak tripod pulak.. Adohhhhhhh.. Makin tension gua.. So, terpaksa le ambik gambar handheld je lah..

Esok start koleksi gambar di Terengganu pulak. Aku cuba try test nak habiskan gambar yang aku ambik sepanjang aku kerja luar ni. Aku masih supa-dupa sibuk dan hanya sempat nak update bila dah larut malam.. Okeh, adios amigos.. Carpe manana.. :)



Pantai Air Papan



Pantai Air Papan



Pantai Air Papan



Pantai Air Papan



Pantai Air Papan



Pantai Air Papan



Pantai Air Papan



Pantai Air Papan



Pantai Air Papan



Pantai Air Papan



Pantai Air Papan



Pantai Air Papan



Pantai Air Papan



Pantai Air Papan

Saturday, July 23, 2011

Best Jugak Ye Bandar Mersing, Johor Ni

196km



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hampir seminggu demam + selsema + batuk barulah aku dapat update blog ni. Setelah berkampung di Hotel Prime City di Kluang selama 11 hari, aku dan kawan-kawan sekerja bergerak ke Mersing pula dan bermalam di Hotel Havanita selama 3 malam. Sepanjang berada di Mersing, kerja memang banyak giler mengalahkan YB melawat kawasan.

Ini adalah kali kedua aku berkunjung ke Mersing. Kat sini memang boleh tahanlah panas dia kan. Sesiapa yang pernah ke Pulau Tioman mesti dah biasa ke sini. Penduduk melayu cina dan india kat sini memang peramah. Tapi kalau bab aweks, dibandingkan dengan Kluang, aweks Kluang lagi cun-melecun hehehe jangan marah ye orang Mersing hehehe.. Itu pendapat kawan-kawan aku jer..

Kalau nak menginap di Mersing, aku rekomen sangat-sangat Hotel Havanita. Bilik diakan sangatlah chantek ala-ala tradisional Melayu mix dengan ala-ala Bali mix lagi dengan ala-ala moden. Bilik dalam bilik dengan 2 tv di dalam bilik tidur dan ruang tamu. Siaran tv pulak siap dengan saluran Astro seperti ESPN, Star Movie, NatGeo dan lain-lain.

Dari hotel ke bandar cuma berjalan kaki selama 10 minit merentasi jambatan yang pemandangan kiri-kanannya tebingan sungai yang sungguh chantek seperti di dalam gambar nombor 2. Kalau nak jalan-jalan di tepi pantai pulak, orang Mersing cakap Pantai Air Papan chantek tapi agak jauh sikit dalam 20 minit perjalanan menggunakan kenderaan. Itu esok-esok aku cuba uploadkan gambar.. Sehingga berjumpa lagi.Adiaos amigos. Carpe manana!



Mersing



Mersing



Havanita Hotel



Havanita Hotel

Friday, July 15, 2011

Bila Boring dan Tension Bersatu

Suka-Suka



Kelihatan dua susuk tubuh di dalam bilik hotel di Kluang, Johor ini. Sebenarnya yang duk kat bilik ni dua orang jer. Abe Yus dia bilik bawah, dia saje je suke lepak-lepak ngan ktorg. Masing-masing boring tak tau nak buat ape ditambah lagi dengan tension akibat penat bekerja pada sebelah siang.

Pabila boring dan tension bersatu, maka inilah hasilnya.. Rasa nak terbang-terbang hehehe.. Mari lepaskan tension anda! Oleh kerana banyak gambo tak senonoh, ni jer gambo senonoh yang aku boleh share dalam blog ni hehehe.. Esok dah pindah Mersing pulak.. Yahuuuu!!!



Suka-Suka



Suka-Suka



Suka-Suka



Suka-Suka

Thursday, July 7, 2011

Kluang, Johor ~ Part 3

Telur Masin



Hari ketiga di Kluang, Johor. Takde ape yang menarik sebab masih lagi bekerja macam robot kena tarik hidung, eh ade ker?? . Kalau kerja dah selesai nanti barulah boleh berfoye-foye ehekk.. Petang semalam mathari bulat bak telur masin seperti komen si EB dalam komen entry semalam hehe.. Tapikan, cermin hotel kotor ler antara penyebab kenape gambar sunset tak sharp (alasan hehe).

Sebelum tu sebelah pagi terjah Kampung Sri Tambak jauh sikit dari bandar Kluang. Tapi biasalah kampung kalau belah pagi sape yang ade kan? Just pakcik-makcik yang tua-tua jer. Dah tau sangat dah pagi-pagi oreng tuas sajes yang ades lagis mo caris ker? Haiyaaa.. Hari ni ntah ke mane plak nak pergi. Okeh. Adios amigos. Carpe manana!



DSC06563



DSC06573



Kg. Sri Tambak



Kg. Sri Tambak

Wednesday, July 6, 2011

Kluang, Johor ~ Part 2

DSC06498



Hari kedua di Kluang, Johor. Letih sebab terjah penduduk Felda sekitar Kluang pagi tadi. Ada le orang tu main teka umur, dia cakap umur aku 25 tahun hehehe.. Terasa muda remaja plak aku yang umur 50 tahun nih.. ehekk..

Ada aweks Kluang mintak no telefon. Aku bagi nombor, tapi nombor sape ntah aku bagi hehe.. Maaf, aku sudah berpunya. Ada pakcik tua bercerita zaman susah dia sehingga dia menyertai tanah rancangan Felda. Dia kata dia sangat-sangat bersyukur kepada Tuhan dan sangat-sangat berterima kasih pada kerajaan. Sambil menitikkan air mata dia memuji Gagasan 1Malaysia dan kepimpinan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Kemudian aku jumpa sekumpulan peneroka yang sedang berehat minum kopi-o. Tengah sembang-sembang dengan dorang gedebukkk!! durian gugur dari pokok. Terus dorang bukak suruh aku makan. Durian fresh tu wow! Terima kasih warga Felda (tak ingat Felda ape).

Balik semula ke bandar Kluang singgah tapau Nasik Baryani Ayam kat gerai Baryani Gam Sulaiga. Perghhh.. Memang sedapppp.. Habislah diet akuuuu.. Habisss.. Habisss.. Petang pulak operasi sekitar bandar Kluang dan petang sempat tangkap gambar sunset dari tingkap hotel. Sebab itu gambar tak berapa nak clear dan ade bayang-bayang lain hehe.. Okeh, nanti sambung lagi. Adios amigo. Carpe manana..  ;)



DSC06500



DSC06495



Baryani Gam Sulaiga

{ My Popular Posts }