Friday, April 20, 2012

Sony NEX-5N yang gempak!


Sembawang Power Plant, Singapore


Semalam sempat main slow shutter di Pantai Stulang Laut, Johor Bahru. Kali ini saya sedang outstation selama 2 minggu di Johor. Buat pertama kalinya saya mencuba kamera baru iaitu Sony NEX-5N. Kamera ini adalah kesinambungan siri sistem NEX (NEX-3, NEX-5, NEX-C3) dari Sony dengan ciri terbaru seperti skrin sesentuh, low light control yang sangat bagus pada waktu malam dan pengurusan noise yang lebih baik berbanding kamera "gigilasi" Sony A77 itu sendiri. Sensor kamera ini juga digunakan dalam kamera Sony yang lain dan juga kamera Nikon D7000 dan kamera jenama Pentax. Bercakap tentang sensor, semakin besar sensor seperti yang terdapat dalam dslr, maka semakin banyak cahaya yang boleh dirakam oleh kamera ini berbanding kamera yang menggunakan sensor kecil seperti yang ditawarkan oleh Nikon J1/V1, Panasonic Lumix dan Olympus.

Bayangkan kamera ini adalah sebuah kamera yang kecil dan ringan tetapi mempunyai keupayaan seperti dslr! Kualiti pengurusan noisenya lebih baik dari kamera "raja segala APS-C Sony" iaitu Sony A77! Dahsyat bukan? Kamera Sony NEX-5N ini juga adalah "barang panas" dalam dunia fotografi sekarang ini sehinggakan ramai pengguna dslr dari jenama lain seperti amatur hinggalah profesional pun juga ingin memilikinya. Ya, kamera ini boleh dipasangkan dengan apa jua jenama lens lain termasuklah Canon dan Nikon dengan menggunakan adaptor khas yang mudah didapati di pasaran.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kamera ini, sila lihat video Mat Salleh di bawah ini. 4 gambar yang kat belah bawah tu pula adalah gambar yang diambik kat Dataran Bandaraya JB time makan-makan semalam. Seriously, saya sangat teruja dengan kamera ini dan sanggup meninggalkan kamera "gigilasi" yang besar gedabak kat rumah semata-mata nak menggunakan kamera ni sepenuhnya semasa traveling.. Sony NEX-5N.. memang terbaek dan berbaloi-baloi!! :)

 
Battlestar Galactica #2 @ Sembawang Power Plant, Singapore

Stulang Laut



DSC00071

DSC00075

DSC00074

DSC00072

14 comments:

  1. Ingin juak nak berisik kemere Nex5 ya..

    ReplyDelete
  2. Wow, Wa Temuk kena cari + baca lebih mengenai kamera Sony yang hebat tu. Wa agak ia lebih user-friendly. Gambar2 yg diposkan tu memang fantastik! Salam.

    ReplyDelete
  3. best2. Lamak dah kamek sik megang 7D. huhu..
    lamak dah sik snap eh. wahh... lamak dah terperam eh..
    huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 7D ya wooo... dasat ktk eh.. jual ngan kmk jak hehe..

      Delete
  4. wooo...nang kacak gambar 1-3 kitak ya!
    Kamek pun dah ada NEX-5N..wohoo..mari kita ber-experiment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh... wah tu da club... ktk jgn lupak isik workshop sony alpha/sony NEX.. free jak :)

      Delete
  5. saye dah beli.. makin bnyk explore mkn impress dgn 5n nih.. ade workshop utk sony?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah! Workshop SOny bolehlah klik di sini: http://mysony.sony.com.my/MyWorkshop/WorkshopListing.aspx :)

      Delete
  6. i got one and has no regret at all.. bile workshop sony ?

    ReplyDelete
  7. saye dah beli.. makin bnyk explore mkn impress dgn 5n nih.. ade workshop utk sony?

    ReplyDelete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }