Pada 4 April 2012 yang lalu, aku ada menulis tentang perkhidmatan servis ASUS Malaysia yang lembab dan bodoh. Pada hari yang sama juga iaitu jam 8 malam di depan Masjid Besi, Putrajaya aku bertemu dengan dua orang brader yang membawa laptop ganti baru dari ASUS. Aku tak salahkan pekerja yang menghantar, tapi salahkan pihak pengurusan perkhidmatan selepas jualan ASUS (After Sale Service) yang lembab dan tidak profesional.
So, kalau dah dapat laptop baru sebagai ganti, tak adil ler pulak kalau aku tak tulis kat sinikan. Aku nak ucapkan terima kasih pada brader-brader yang tolong hantar laptop tu. Terima kasih pada ASUS Malaysia kerana akhirnya berjaya jugak settlekan masalah aku walaupun mengambil masa 64 hari. Malangnya, pada hari yang dorang nak hantar laptop tu, aku dh meletop dengan menulis entry amekkawww lembab dan bodoh. Maksudnya, laptop tu aku dapat selepas 4 hinga 6 jam selepas entry tu disiarkan.
Cuma, laptop ganti tak sebagus laptop yang aku beli dulu. Memang dari segi spesifikasi, laptop ganti memang bagus, tetapi tidak dengan rekbentuknya. Salah satu aspek utama semasa membeli laptop ASUS N43JM (warna silver) dahulu adalah kerana rekabentuknya yang unik dan chantek. Nampak gah, dan speakernya besar. Sebab tu kalau kita register warranty ASUS, soalan pertama dia tanya ialah "apakah faktor menyebabkan anda membeli notebook ASUS?, sila tandakan - 1.rekabentuk.. 2.kualiti.. bla bla bla.." Bukan nak merungut atau tak bersyukur dengan lappy baru tapi bayangkan benda yang kita beli dengan titik peluh kita sendiri dan sayang pulak dengan design dia.. Entah lerr.. tak reti nak cakap.. Betul-betul kuciwaaaaa!!
The power of blogging, beb :D
ReplyDeleteAhMike yang hensem.. yeah.. maybe coz I copy paste this entry to their FB wall.. kekeke....
ReplyDeletehehehe... mesti ngerepak dolok... mun sik di kerepak... keja sik jalan... ;p
ReplyDeleteMena yaa.. ngerepak ya terapi bah hehe..
DeleteBiasalah..kalau aku pun merepak jugak..
ReplyDeleteMena ya bro hehe :)
DeleteHello bro, diam diam sudah. hahaha
ReplyDeleteShhhhh.... hahaha..
Deletehehe..laptop kita sama!
ReplyDeleteHaaaaa... kita serupaaaa... hehe
Delete