Wednesday, April 4, 2012

Ngerepak: Perkhidmatan Asus Malaysia Yang Lembab dan Bodoh!

Harap maaf. Entry kali ini adalah entry panas kari berapi. Aku dah lama sangat bersabar akhirnya meletops jugak kat sini. Dah lama tak meletops macam ni. Bak kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bila dah terkena kat batang hidung sendiri baru tau kari panas berapi kaw-kaw!


Laptop memudahkan kerja kalau kita pergi ke mana-mana termasuklah menyimpan dan mengedit gambar. Macam aku yang selalu kerja luar mengembara seluruh Malaysia tak kira bandar dan kawasan pedalaman selalu mengambil gambar memang sangat-sangat memerlukan laptop. Setiap saat adalah sangat berharga dan aku tak suka buang masa hanya semata-mata kerana laptop aku rosak. Jadi selepas laptop Toshiba aku dulu, aku beli laptop Asus.

Hari ini, genaplah 2 bulan 3 hari (64 hari) laptop Asus aku tersadai di Asus Service Centre di Plaza Low Yatt. Masalahnya, bila laptop Asus aku rosak, aku cuba request via email, pick up and delivery untuk repair service dorang senyap. Aku pergi sendiri kat Asus Service Centre di Low Yatt dan dorang cakap untuk sparepart butang wifi tu kena tunggu 2-4 minggu. Dipendekkan cerita antara minggu ke 3-4 technician dorang call offer aku untuk ganti laptop yang baru. Ingatkan dah settle. 2-3 hari aku tunggu senyap je so aku pun call. Laaaa.. apsal tak cakap awal-awal aku kena scan dan hantar resit pembelian kat dorang. So aku bukan setakat email resit tapi aku bagi semua maklumat sokongan seperti nama, alamat, no IC, no telefon, no kes semua apa yang aku rasa penting yang dorang tak tanya pun. Cuma poskod je yang aku terlupa nak bagi. Bayangkan hangin tak hangin sepanjang minggu-minggu berikutnya sampai 5-6 kali dorang call tanya apa no poskod ofis aku? Aku dah bagi dorang tanya lagi dan lagi.. Bongok betul le dorang ni. Aku dah cakap dah email dah scan alamat adalah di Putrajaya pun masih tanya alamat encik kat Shah Alam ke? Aiyoyoyoooo...

Oleh kerana hangin satu badan, aku hantar email aduan pada HQ Asus dan akhirnya satu emel dari Asus Malaysia menyatakan mintak maaf. Kira aku masa tu ape nak jadi jadilah lantaklah satu Malaysia tau kes ni pun sape suruh buat servis lembab nak mampos. Tu belum kira lagi yang aku share dalam twitter, facebook dan sekarang dalam blog sebab dah tak tahan sangat dah.. Biar sape-sape yang baca entry ni tau dan kalau boleh sebarkan dan share via fb dan twitter korang. Semalam aku call, hari ni pun aku call masih lagi "pihak kami sedang mengaturkan khidmat penghantaran". Yang paling bestnya semalam Asus call cakap laptop dah ready tapi encik kena datang sini hantar battery dan charger cable bla bla bla.. Kalau dah korang nak hantar, tak boleh ke aku bagi terus je kat orang yang hantar? Kalau aku yang hantar ke sana maksudnya bukan delivery service tu maksudnya aku sendiri yang pick up! Perkara simple macamtu pun nak kena bagitau ke? Bodoh! Mangkuk hayun betul!!



Kepada Asus Malaysia, kalau tak boleh tawarkan perkhidmatan seperti yang dijanjikan, tak payahlah offer kat customer. Bukan nak memudahkan pelanggan bahkan makin menyusahkan. Terus-terang aku cakap kat sini, baru je pagi tadi member tanya pasal nak beli laptop Asus, aku cakap boleh beli tapi after sales service dia paling teruk berbanding Toshiba Malaysia, Sony malaysia yang aku pernah lalui. Dulu ye aku rekomen sangat-sangat sampaikan desktop pun Asus! graphic card Asus! motherboard Asus! Sekarang ni harap maaf. Perkhidmatan yang sungguhhhhhhh bodoh dan lembabbbb!! Sekian. Terima kasih.

* Jap tadi Asus call nak hantar malam ni.. Pfttttt!! (kesian brader yang kena hantar naik ERL tu :P)

Ehem-ehem.. Lawa jugak website Asus Malaysia ni.. Produk Asus memang tiptop, itu aku tak nafikan.. Servis je yang bermasalah. Harap maklum. Ini adalah pdf tentang Asus Pick Up and return service.



23 comments:

  1. huhuhu... panas entry ktk tok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah kmk pun dah x tahan gik.. Masa kmk nak publish entry tok, dak Asus cun juak call madah nak ngantar malam tuk nait ERL! Dasatttt...

      Delete
  2. bang onggon, kmk kepak tok..bukan nya mok ncia aek ka mi kolok ka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai brader.. lak chia ktk mi kolok Haji Salleh ait! hehe

      Delete
  3. Aok panas entri tok.susah ati ku baca nya.. nasib bait sikda yang terbunoh nak hoh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya mun terbunoh2 tok hahaha.. welkam bek Odio! :)

      Delete
  4. Nasib sik kat kuching.. Susah gik mok carik rumah kat ctok.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mun di Kuching ku rasa moknya berbulan2 mok temu kali hoh :P

      Delete
  5. hmmm...nasib baik aku tak beli Asus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Krisno, pengajarannya, lain kali meli terus laptop Apple dah tentu pelanggan nang top priority sidak hoh.. hehe

      Delete
  6. saba jak bnyk2 walopun susah tapi nang geram ati juaklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nang geram koh.. dahlah dpt laptop lain.. makin geram.. hehe

      Delete
  7. Hello Bro, jangan banyak bunyi boleh tak?

    ReplyDelete
  8. Haaa sy bace pun panas tau? Sy baru aje beli netbook asus.. Sbb ramai ckp mmg besla apa.. Lps tu 1st bukak da hang.. Org tu ckp kalau nk repait kne p center die.. N then kne tggu dlm sbulan bru blh repair.. Rase nk baling2 je lptop tu.. Nyesalnye beli ASUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!! *Emo sgt ni.. Huhuhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu ler pasal Liyana.. Problem kdg2 x besar mane pon tapi masalahnye cara dorang settlekan masalah tu menjadikan bertambah2 masalah.. gerammmm!! grrrr...

      Delete
  9. Sepatutnya gambar ASUS tu Khairul warnakan merah! Tanda bahaya & kena berjaga-jaga..... Memang menyedihkan bab "servis" di Malaysia ni. Memang ada syarikat-syarikat yang Wa Temuk rasa sangat tak profesional. Janji lebih, nak tepatinya selekeh. Iklan-iklan mereka hebat belaka, tapi janji dan barangannya, indah kabar dari rupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Wa.. Nak repair benda kecik pun saya kena tunggu 64 hari.. Butang suis wifi yg diimport dari Taiwan.. Patutnya kena ade ler sparepart sikit kat Malaysia.. Memang sungguh lembab.. Ada byk lagi syarikat2 kat Malaysia ni yang menawarkan servis indah khbar dari rupa. Tapi Alhamdulillah sepanjang saya berurusan dengan Sony Malaysia di KL, setakat ni mereka on time dan sentiasa sms bagi tau status produk kita yang diservis.. :)

      Delete
  10. panasssss...mek berik kicap cap kipas ngn ktk..hihi...sabar..
    bertukarlah kpd acer...terbaek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acer nilai selepas jualannya paling bagus.. yerrr.. Ya kata kwn2 cina kmk yg berjual komputer lah.. hehe..

      Delete
  11. kamboh juak bilo x ado laptop tuk bilo kejo n sbhgn life kito bgantung ngan laptop huh! dalam kubit..ado juak tiup ktk waa! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. ney gayo eh.. mala jak nyuroh kita stress dak yo.. Mun xdo laptop susah mok ngedit gambar... :)

      Delete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }