Showing posts with label Pantai Tanjung Aru. Show all posts
Showing posts with label Pantai Tanjung Aru. Show all posts

Monday, October 1, 2012

Entahlah..

I Wish You Were Here With Me..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa kabar tek? Sehat? Semoga semuanya sehat-sehat dan apa juak yang dirancang ktkorg berjalan dengan lancar. Rasanya nak dekat sebulan atau bersamaan dengan 28 hari ku sik berblog. Blogger tegar macam ku tok biasanya paling lamak pun seminggu jak mun sik update, mun lebih juak alu kedak org kenak sawan arum bulaknya tek. Macam-macam jak dipikir semenjak duak menjak tok ditambah dengan gago kerja luar terbang ke Sabah-Sarawak atas urusan kerja perintah. Gambar melobo-lobo jak sik diedit masih disimpan debah ketiak dalam harddisk..

Dalam masa yang sama juak aku dalam proses transformasi (katanya tek) dari menggunakan kamera dslr menjadi transformer kamera Sony NEX-5N sepenohnya. Maksudnya tek, mulai harituk, sekdo maso ku nak ngebeng kamera besar kulu-kilir gik macam biasa tapi lebih kepada mode "mun rasa rajin baruk ambik gambar".. Yupp.. Aku akui hobi main basikal kamera tok nang nang kosnya tinggi melantun arum bulak adik-kakak ku dah ngabis duit dalam RM30k lebih kedakya.. Masa untuk nyimpan daun duit atau menabong kata org tek nak neylah tauk pandei mok pergi umrah kah, nait hajikah, atau apa-apa jaklah.. Bak kata org ninggal ninek ku dolok, "konsenteret" jak dengan benda lain yang lebih memerlukan.. yerrr.. Molah design dan fotografi kinektok adalah sekadar hobi untuk isik masa lapang jak dan aku sedar betapa banyak masa lapang aku udah terbuang selamak tok.

Apa-apapun, ku merlu doa adik-kakak kawan-kawan semua semoga apa jak yang ku polah pastuk berjaya.. Aminnnn.. Ku pun mendoakan perkara yang sama sak kita sama-sama berjaya mengatasi apa juak cabaran hidup dan berjaya dalam apa juak yang dirancang.. Aminnn.. Apa kaitan dengan gambar? Entahlah.. Tiba-tiba rasa sayuk, rindu gilak-gilak.. Berayi eh.. Berayi nak balit kampong.. Mintak-mintak opisku pastuk dah start jadi open dan boleh trenspa.. Ku dah rasa macam nak sot dah tuk.. Moga Allah percepatkan dan permudahkan urusanku.. Aminnn.. Andai kata ku ada molah kesalahan atau tersilap perkataan dengan ktkorg selamak tok, ku mohon kemaafan dari hujong rambut sampei hujong jarik kaki. Aku cuma manusia biasa, blogger picisan, photographer amatur yang sememangnya "poyo".. - ikhlas dari hati..

Saturday, December 24, 2011

Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah

Pantai Tanjung Aru



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Gambar berikut diambil semasa bekerja luar di Kota Kinabalu Sabah pada 22-30 November 2011. Al-maklumlah bila dah letih dengan kerja sesekali lepaking kat tepi pantai syiok jugak kan.. Setidak-tidaknya dapat jugak menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.. Kalau dah ke Kota Kinabalu, kenalah datang kat Pantai Tangjung Aru ni. Di sini dikatakan antara port menarik untuk ambik gambar sunset tapi masa aku datang ni hari hujan.. Takde rezekilah.. Ok entry ringkas je ni. Salam kejauhan dari Rawang, Selangor.. Jauh ke? Selamat berhujung minggu..

Photos were taken on November 25, 2011 using a Sony SLT-A77V



Pantai Tanjung Aru



Pantai Tanjung Aru



Otedah!



Erk! Dorang Nampak Aku!

{ My Popular Posts }