Errr.. Malu-malu kucing pulak.. Dulu suka gitu-gitu drama Nora Elena dan sekarang aku "tersuka" dengan drama terbaru iaitu Atas Nama Cinta. Dengar tajuk je dah best. Memula citer ni disiarkan, aku dah bagitau siap-siap dengan "dorang" tapi dorang cakap eleh citer tak mencabar langsunglah, ape yang best sangatlah dan sekarang dorang adalah orang-orang yang akan sentiasa terpacak di depan tv setiap tepat jam 7 petang. First episode pun aku dah agak citer ni akan best walaupun ade part-part tertentu macam tak lojik dek akal.
Tak lama lagi drama ini bakal mengakhiri zaman bujangnya siarannya dan aku sungguh sedih sebab tak tau nak tengok ape dah lepas ni. Hopefully pengganti drama ni pun best-best jugak. Aku pun pelik, lately drama-drama Melayu ni semakin best adakah kerana cinematographynya atau jalan ceritanya atau pelakon-pelakonnya yang hebat-hebat? Adakah ini menunjukkan peningkatan kualiti dalam drama-drama Melayu? Kalau nak dikatakan cinematography, drama Nur Kasih memang ya kot. Kalau Atas Nama Cinta ni rasanya taklah hebat sangat. Mungkin skrip dia power kot ditambahkan tajuk yang kebaboom.. Saudara Wan Shade, mintak maaflah, watak anda menjadi profesor serba tau tak berapa nak menjadilah. Itu hanyalah pendapat aku, orang lain aku tak tau lah.
Apa-apa pun sebelum aku merepek lebih lagi, lagu tema drama ni memang best. Memula dengar tu ade macam lain sket dan bile lama-lama dengar barulah terasa lagu ni ada "roh". Terpulanglah pada yang mendengar samada nak mengaitkan cinta masing-masing pada manusia atau Tuhan Yang Maha Pencipta.. Arghhhh... tak pasal-pasal aku pun dah "tenggelam" dalam drama melayu ni.. Lagi *skrip yang sepatutnya dsiarkan tapi dikeluarkan dari drama ini last minute seperti yang diberitahu oleh sumber yang tidak boleh dipercayai:
Cinta: Awak.. awak.. saya rindukan awak sampai termimpi-mimpikan awak malam tadi..
Epul: Saya tau, kita bahagiakan? Awak lentokkan kepala awak kat bahu saya..
Cinta: Eh.. macamane awak tau?
Epul: Rahsia...
Cinta: Alahhhh.. Bagitaulah..
Epul: Errrrr... sebab.. sebab.. awak sekarang ni pun sedang lentokkan kepala awak kat bahu saya...??
Cinta: Errkk... Im sorry.. saya tak sengaja.. *lalu bangkit membetulkan badan dan kepala*
*rekaan semata-mata hahaha
Lirik Lagu Atas Nama Cinta – Iskandar Shah, Fiza Elite dan Shahz Jaszle (OST Atas Nama Cinta)
Haruskah aku sesali
Atas apa yang terjadi
Pada kisah cinta ini
Haruskah aku bertahan
Walau apa pun dugaan
Cinta ku tetap dihati
Dengarkanlah usikan hati ini sayangku
Dengarkanlah rinduku yang mendamba
Bicara oh kasih mu sayang
Menyintai mu seluruh jiwaku
Mekar bersemi indahnya duniaku
Kau dihatiku hingga akhir waktu
Aku berjanji atas nama cinta
Ku serahkan padamu segala-segalanya
Percayalah kasihku untuk mu selamanya
Menyintai mu seluruh jiwaku
Mekar bersemi indahnya duniaku
Kau dihatiku hingga akhir waktu
Aku berjanji atas nama cinta
Aku nang sik nangga terus cita kat TV3 ya.. haha..
ReplyDeleteku pandei layan cita ya ooo... hehehe...
Delete