Tuesday, May 31, 2011

Kapal Angkasa Makhluk Asing di Malaysia?

Spaceship

Camera: Sony DSLR-A300  Exposure: 20  Aperture: f/9.0 Focal  Length: 50 mm ISO: 100



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini sebenarnya adalah sambungan entry "Port Dickson ~ Part 1". Ok, semasa aku berkursus di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 6 hingga 8 Mei yang lalu, aku dan kawan-kawan cuba untuk memenuhi masa-masa kursus yang sungguh membosankan dengan aktiviti mengambil gambar. Cubaan untuk bermain "star trail" pada pukul 11.50 malam ternyata gagal kerana kawasan Pantai Gemok, dilimpahi cahaya membuatkan aku terpaksa berhenti mengharap agar lampu-lampu itu dipadamkan dan aku pun mengalihkan lensa kamera pada kapal tangki yang sedang berlabuh di pelantar minyak. Dengan sedikit imaginasi, gambar bintang-bintang di cantumkan dengan gambar kapal maka terhasillah seperti gambar ala-ala kapal angkasa makhluk halus asing seperti di atas. Maka tajuk entry takde kena-mengena pun sebenarnya hehehe..





DSC01239

HDR  |  Camera: Sony SLT-A55V  Exposure: 0.025 sec (1/40)  Aperture: f/5.6  Focal Length: 11 mm  ISO: 100



Hotel Le Paris ni pemandangan dia memang lawa lebih-lebih lagi time senja dengan matahari terbenam depan balkoni hotel (gambar akan dikongsikan dalam entry yang seterusnya). Malangnya perkhidmatan hotel ini sangatlah menyakitkan hati dengan 1001 masalah dari paip air bocor, air berkarat, kunci pintu rosak, aircond tak kuat, bilik dewan yang sungguh panas dan macam-macam lagi masalah dari yang remeh-temeh sehinggalah sebesar-besar masalah. Nanti aku akan mengumpat kaw-kaw pasal hotel ni sebab pengurusan dorang degil nak mampos dah banyak kali wat komplen buat donno jer sedangkan bilik aku simpan harta kerajaan yang bernilai berpuluh-puluh ribu kalau hilang aku jugak yang kena. Hangin pulak aku dengan hotel yang tak profesional ni.





DSC01504

Camera: Sony SLT-A55V  Exposure: 0.005 sec (1/200)  Aperture: f/7.1  Focal Length: 18 mm  ISO: 100



Jadi, tension tension jugak tapi redakan tension itu dengan mengambil gambar insyaAllah akan ok punyer. Macam terapi lah konon. Tu la pasal aku suka sangat fotografi ni. Selain mencuba sesuatu yang baru, kita juga sebenarnya menghargai akan apa yang ada di sekeliling kita dan dalam masa yang sama mendapat kepuasan dan ketenangan. Pakailah apa kamera sekalipun, ambiklah apa gambar sekalipun,  jika hati tenang, insyaAllah gambar akan cantik, kalau tidak di mata orang lain, sekurang-kurangnya cantik pada mata kita sendiri. Sehingga berjumpa lagi.. Adios amigos.. Carpe manana! Wassalam :)







(,") (",)  Psssssstt....
Kepada geng blogger yang menyambut Hari Gawai Dayak (dan Hari Keamatan)
aku ucapkan Gayu Guru Gerai Nyamai Lantang Senang. Agi Idup Agi Ngelaban.
Oooooohhhhaaaa!

Monday, May 30, 2011

Blog Review: Liyana Zahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang dijanjikan, ini adalah blog pertama yang aku terjah untuk buat review. Sape yang pernah komen-romen dan follow blog aku, aku akan pilih secara random. Selain dapat berkongsi maklumat, dapat jugak tolong kawan-kawan promote blog dorang kan. Kali ini blog yang bertuah cececeh ialah blog kepunyaan Cik Liyana Zahim dengan blognya http://liyanazahim.blogspot.com







Aku ni bukanlah pengkomen tetap mane2 blog tapi lebih kepada silent reader dan memberikan komen bila betul2 ada masa. Tetapi ada satu tarikan di blog Cik Liyana Zahim kita ni. Suka baca entry2 yang dia tulis tentang apa yang berlaku dalam kehidupan beliau ditambah dengan gambar-gambar yang melengkapkan lagi penceritaan dalam blog beliau cheewah. bagi aku lah kan.. Blog dia ni sempoi dan penulisan yang mudah untuk difahami yang kadang-kadang ad jugak cerita kelakar, ada cerita happy dan informasi yang dia kongsikan bersama.



Liyana Zahim yang manis bertudung hitam  berlesung pipit.




So, siapakah gerangan Liyana Zahim ni? Kalau tengok kat gambar (maaf cilok gambar dan edit cara lain) macam tinggi jugak orangnya kan. Dia ni sangat mencintai buku dan suka pada kucing. ehekk.. Berasal dari Kota Konstantinopel negeri Pahang Darul Makmur (katanya).. Beliau juga adalah seorang penulis. Tak percaya? Ni dia buku yang beliau tulis sendiri.. "Rindu Tercipta". Untuk lelaki di luar sana, jangan nak verangan kerana cik kita ni dah berpunya.. Tak ke gitu Liyana? hehe..



Carik via google dan aku edit hehe..





So, ni aku copy paste dari blog dia.. Sape yang berminat dengan novel ni boleh carik kat mana-mana kedai buku atau pun beli kat sini, atau kat sini.. Kepada sesiapa yang pernah baca novel beliau, tahniah kerana anda boleh berinteraksi secara langsung dengan penulis di blog beliau seperti disebutkan di atas.



=======================================================================

Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Liyana Zahim
ISBN: 978-983-124-539-2

" Sinopsis: SAAT Anis mengumpul sejuta semangat untuk terus bertahan selepas kematian ibunya, Azizah... hadir insan lain menghulurkan simpati.

Ternyata, kasih seorang sahabat seperti Qistina tiada hadnya. Ceritera hidupnya bermula tatkala mengenali Hykal. Mana tahu lelaki yang dianggap seperti abang kandung itu menjadi cinta pertamanya. Bagi Anis, kasihnya terhadap Hykal setinggi langit. Tiada orang lain lagi sebelum dan selepas Hykal. Namun, takdir TUHAN merubah perjalanan hari.

Hykal disahkan menghidap penyakit kronik. Betapa segala harapan cintanya musnah buat Anis. Setiap derita ditanggung sendirian. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri. Saat mengusir lara, hadir Zerril ingin memulihkan rasa kecewa yang bermukim.

Namun, bukan senang untuk meraih hati Anis... Kalau tidak kerana sahabat, Zerril tidak akan berkorban sejauh ini."

=======================================================================



Kepada kawan-kawan semua, jom kita follow ramai-ramai blog beliau. Kepada Cik Liyana Zahim pula, semoga bertambah-tambah rezeki, terus berkarya dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Maka ini sahajalah untuk kali ini. Semoga kita berjumpa lagi. Adios amigos. Carpe manana! Wassalam :)

Sunday, May 29, 2011

Kamera Sony NEX3/5 ~ Tamat!

DSC00140
Sony NEX-5 + Sony 18-250mm


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah entry terakhir mengenai kamera Sony NEX-3 (atau NEX-5). Membeli kamera sama jugak seperti memilih samada ingin membeli kereta transmisi manual atau kereta transmisi automatik, kereta cc besar atau kecil. Semuanya adalah pilihan anda sendiri. Maka, menurut pengetahuan patik yang cetek ilmu ini juga dari sudut pandangan seorang poyographer amatur jalanan, kamera NEX ini tidaklah sesuai untuk digunakan oleh pengguna yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia dslr. Patik sendiri tiada jodoh dan tidak ditakdirkan untuk bersama dengan kamera ini.


DSC00089
Sony NEX-5 + Sony 30mm f2.8 macro



Maka berikut adalah beberapa sebab kenapa aku cakap sedemikian rupawan haha:


1. Capaian menu yang kurang memberangsangkan. Kena tekan banyak kali dalam-dalam-dalam semata-mata untuk menukar setting. Dalam situasi yang memerlukan kepantasan, aiyoooo.. boleh terlepas moment semata-mata nak tukar setting. Masa itu emas. Bagi seseorang photographer, kecepatan capaian menu adalah sangat-sangat penting. Tetapi untuk yang suka-suki ambik menggunakan mode auto, ini bukanlah satu masalah. Takkan selamanya pakai auto kan?

2. Pilihan lens yang terhad. Setakat ini, hanya ada 3 lens sahaja di pasaran iaitu 16mm, 18-55mm dan 18-200mm yang mana harganya mahal mengalahkan lens A-mount pada dslr. Itu belum ambik kira aksesori yang lain pulak. Kalau ada banyak pilihan lens sekali pun, lens tetap bagak-bagak dan no point le Sony wat body NEX kecik tapi lens besar gedabak.

3. Auto focus yang agak lembab pada pemerhatian aku dan kurang tepat. Ini boleh mendatangkan marah sebab macam aku cakap tadi masa itu emas. Bagi photographer, moment tu penting dan tak boleh terlepas semata-mata kerana kamera yang lambat fokus.

4. Gambar JPG yang "soft" di keseluruhan gambar (lens 16mm f2.8) dan noise yang ketara terutama gambar indoor tetapi masih boleh diterima dan lebih bagus dari kualiti gambar kamera kompak. Tapi menggunakan lens A mount, tak nampak sangatlah (bagi aku yang rabun ni).

5. Tiada "shutter release cable" untuk pecinta gambar landscape macam aku ni (ye ker?).. Main remote control tak naklah.. Nak yang manual jugak hahaha..


DSC00137
Sony NEX-5 + Sony 18-250mm


So, tu dia yang nak share. Tadi banyak lagi aku nak complaint tapi dah lupa. Termakan sekawan semut tadi kot haha.. Andai kata sebab-sebab di atas adalah berlainan atau tidak dapat diterima oleh anda, aku mintak maaf. Nama pun poyographer amatur jalanan, bukannya pro. Kalau pro mungkin dorang wat review siap dengan analisis teknikal lagi tu.


DSC00485
Sony NEX-5 + Sony 16mm f2.8 + Sony NEX Ultra Wide Adapter

Kesimpulannya, kamera Sony NEX-3 atau NEX-5 ni bagus sebenarnya, bagus untuk yang jenis berduit dan suka kamera kecik yang boleh tukar-tukar lens. Tapi apa perlu beli kamera kecik kalau lens nya besar kan? Kalau lens pun dah sama besar dengan kamera dslr yang bagak tu, better beli terus dslr seperti Nikon D3100, Canon 1000D, Sony a550 dan sebagainya. Kalau tak pun baik beli kamera kompak seperti Canon Powershot G12, Nikon Coolpix, Sony DSC HX1, Cybershot bla bla bla.. Dah tentu senang bawak, lens pun takyah nak tukar-tukar. Walaubagaimanapun, semuanya terpulang pada korang sendiri. Tepuk dada dan tanyalah poket masing-masing. Sehingga berjumpa lagi.. Adios amigos. Carpe manana!


(,") (",)  Esok ada blog review.. sila singgah di blog ni esok pagi ye.. :)

Wednesday, May 25, 2011

Minta Perhatian!

DSC03598
This photo was taken at Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu on January 26, 2008 using a Sony DSC-H9




Salam dan selamat tengahari. Aku nak minta maaf sebab semenjak-dua menjak kebelakangan ni ada yang kata aku wat entry jiwang karat le, jatuh cinta la, putus cinta la, gila la haha.. Aku sangat sibuk sehinggakan tak dapat nak terjah blog kawan-kawan semua. Sekarang ni tengah prepare untuk kerja luar ad hoc tu yang kelam-kabut minggu ni.

Pastu pulak aku sibuk buat pemasangan wifi "mesra rakyat 1Malaysia" di satu bangunan kerajaan ni. Sibuk tolong install itu ini kawan-kawan yang beli iPad 2, sibuk dengan perlawanan ping pong perseorangan dan regu dan sibuk dengan urusan jual-beli kamera dan sibuk jadi OP percuma sedara kawen hehe.. Minggu depan dan seterusnya ada lagi nak kena jadi OP tak rasmi.. Bisnes? Takdelah.. Niat tolong mane yang mampu jer.. Segan nak share gambar yang tak seberapa hehe..

Jadi jika ada sebarang salah dan silap sepenjang membuat entry blog, terlanjur kata-kata atau perbuatan, aku nak minta maaf dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Maafkan aku. Aku akan cuba aktif berblog terjah-menerjah seperti biasa. Lepas ni rasanya nak wat review nak tolong promote para followers blog aku. Nanti aku pilih secara random lah kan. Oklah. Sehingga bertemu lagi dalam entry yang akan datang.. Adios amigos. Carpe Manana!  :)

Tuesday, May 24, 2011

Romantika di Tampoi


Gila! Haha!

This photo was taken at Kota Bharu, Kelantan on June 14, 2008 using a Sony DSC-H9.







klik kanan dan pilih stop utk menghentikan streaming



jangan kamu mu
mula ketawa wa
walaupun geli li
lihatkan saja
memang tidak dak
dapat dilupa pa
pada cerita ta
taman bahagia


macam-macam gila
terjadi sini sana
membuat kita ketawa
seribu satu cerita
bila jadi kaya semuanya nak dirasa
macam dunia yang dia yang punya
enjoy disini sana


taman bahagia di tampoi
membuat kita enjoy (mak oi)
taman bahagia di tampoi
memang untuk orang tak betul
taman bahagia di tampoi
kena jaga betul-betul
jangan sampai
kau yang biol nanti kau yang benjol


jangan kamu mu
mula ketawa wa
walaupun geli li
lihatkan saja
memang tidak dak
dapat dilupa pa
pada cerita ta
taman bahagia


taman bahagia di tampoi
membuat kita enjoy (mak oi)
taman bahagia di tampoi
memang untuk org tak betul
taman bahagia di tampoi
kena jaga betul2x
jangan sampai
kau yang biol nanti kau yang benjol


gila orang muda
asyik leka bercinta
bila makwenya tak suka
panyakit angau pun tiba


gila no kuda
asyik-asyik nak teka
tapi tak pernah dia kena
habis semua harta


taman bahagia di tampoi
membuat kita enjoy (mak oi)
taman bahagia di tampoi
memang untuk org tak betul
taman bahagia di tampoi
kena jaga betul-betul
jangan sampai
kau yang biol nanti kau yang benjol

Monday, May 23, 2011

Selamat Tinggal Duniaku v0.1

DSC01738

This photo was taken at Batang Sadong, Samarahan, Sarawak on April 7, 2009 using a Sony DSLR-A350.






Beberapa hari yang lepas aku mendapat panggilan dari seseorang. Dia bertanyakan beberapa soalan untuk mendapatkan kepastian. Dia tergesa-gesa mahukan jawapan. Soalan demi soalan bertali arus ditujukan kepada aku ibarat sesi soal siasat pihak polis. Setelah penjelasan demi penjelasan, dia amat berpuashati. Akhir sekali soalan paling penting ditanyakan, "Adakah kamu benar-benar yakin kali ini kamu telah membuat keputusan yang betul?" Aku terdiam seketika dan berfikir adakah aku mampu melalui semua itu nanti. "Kalau kamu benar-benar serius, kamu mesti yakin, dan saya harap kamu memberikan yang terbaik untuk saya." kata dia.






Aku dan Kamu
This photo was taken at Pantai Klebang, Melaka on March 8, 2011 using a Sony DSLR-A300.



Setelah berfikir sejenak aku pun berkata "Aoklah mun cemya esoklah kamek ngirum ngan kitak makei poslaju. Sekali lagik kamek madah kitak, dalam kotak ya kelak ada Sony NEX-5 dengan lensa 16mm f2.8, NEX ultra wide adapter, NEX mount adapter, Sony 50mm f1.4 dan Sony HVL-F42AM flash. Kitak paham sik?" Dia pun bersetuju. Nahhh.. Akhirnya aku akan meninggalkan dunia fotografi selamanya. Selamanya? Oh tidak.. Fotografi itu subjektif.. Pakai kamera henpon pun fotografi jugak kan? InsyaAllah, aku pasti kembali. Selamat tinggal duniaku. Adios amigos! Astalavista Baby! Carpe manana!






(,") (",)  Suspenlah? Gambar dan entry mengarut ini tidak ada kena-mengena dengan sesiapa yang hidup atau mati 
(apsal le aku nak kena ulang statement ni?)

Saturday, May 21, 2011

Hanyut

Hanyut

This photo was taken on July 14, 2008 using a Sony DSLR-A350 + 55-200mm kitlens










Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja




(,") (",)  Faizal Tahir - Hanyut
Haishhhh.. Entry secara general, tidak kena-mengena dengan sesiapa. Harap maklum.

Friday, May 20, 2011

Cinta Kejam, Tamak dan Sombong

143



Kenapa kerana cinta manusia sanggup menjadi kejam, tamak dan sombong? Bukankah fitrah semulajadi manusia itu ialah ingin mencintai dan ingin dicintai? Kenapa harus berdendam dan mengapa harus ada benci? Jawapannya ialah kerana mementingkan diri sendiri! Mahu orang lain memahami sedangkan dia sendiri tidak memahami orang lain.

Ada pelbgai jenis cinta.. Cinta monyet, cinta terpaksa, cinta kesian, cinta murahan, cinta setia, cinta PJJ, cinta dunia, cinta akhirat, bla.. bla.. bla..  Apakah ukuran sebagai bukti cinta? Apakah bentuk pengorbanan yang perlu pada cinta? Adakah cinta mempunyai berisiko? Perlu lafaz ikrar cinta? Manusia mula alpa saat dia sudah berada di zon selesa, comfort zone katanya. Di saat dia baru hendak bertatih, maka ada insan disisi sehingga dia berjaya berdiri sendiri. Akhirnya insan itu tadi dipijak, ditendang dan diludah serta dibuang seperti sampah. Itulah permainan dunia.

Bila bercinta, semuanya nampak indah, semuanya harum mewangi, semuanya nampak sempurna. Tatkala diuji sedikit mulalah goyah untuk mempertahankan keimanan cinta. Inilah barisan insan-insan bacul yang tidak yakin pada cinta mereka. Hanya pandai berjanji tapi tidak pernah menunaikannya. Curang pada cinta yang pernah dia tagih, curang pada cinta yang pernah dia tabur. Putus cinta? Biarlah Tuhan menjadi kecintaan kita yang pasti. Bak kata hukamak, "Cinta pada bunga, bunga akan layu, cinta pada Allah, itulah cinta yang kekal abadi". Biarlah kita menunggu cinta yang benar-benar ikhlas, yang benar-benar yakin dan yang benar-benar cinta!

Sekian sahaja nukilan mengarut. Terima kasih.









Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita




Errrr.. Minta maaf entry ni saje je takde kena mengena dengan sape-sape pun. Jangan salah faham. hehe..



(,")  (",)  Benar-Benar Cinta ~ Adam
Gambar diambil menggunakan kamera Sony a300 dengan 3 layer superimposed, iaitu bulan, bintang dan i love you!

Thursday, May 19, 2011

Halusinasi Basi


Semalam tuan punya blog dah rasa pening-pening lalat dan hari ini disahkan demam kura-kura. Bila tuan punya blog bangkit pagi tadi, ada kura-kura di atas kepala. Semakin lama semakin berat menyebabkan tuan punya blog makin tak bermaya. Maka bercuti sakitlah tuan punya blog ini.

Bingkas bangun dengan kekura comel di kepala hehe.. Tetapi oleh dek kerana demam, kelapa tuan punya blog bertambah-tambah pening bila mencuba untuk online menyakat mereka-mereka yang sedang bergumbira. Apa yang difikirkan selama ini sudah menjadi kenyataan. Dari harapan menjadi igauan ngeri. Dari igauan ngeri menjadi Sony NEX-5. Dari Sony NEX-5 ingatan tuan punya blog hanyalah pada sang mentari kekasih hati. Ibarat kambing mengiyau manja, kucing mengembek di tepi tangga.

Tiap-tiap pagi kucing itu cuba meragut rumput. Akhirnya makan salad KFC kononnya untuk menjaga body. Cuma pagi ini tuan punya blog belum menjamah walaupun sebutir nasi, setitis air atau sebutir mutiara untuk ditelan hidup-hidup ditipu kerana kelapanya pening memikirkan sesuatu yang tak pasti.

Anda pening membaca entry ini? Ya! Tuan punya blog lagilah pening ape ke bende mengarut pun aku tak tau. Jangan tuan punya blog tenggelam dalam karya sudaaa.. Hanyut dalam khayalan yang sia-sia.. Apa kaitannya dengan matahari ni? Sebab setiap kali tuan punya blog melihat sang mentari hampir terbenam, setiap kali itu juga tuan punya blog akan terasa rindu dan ingat pada seseorang. Sekian merepek. Terima kasih.



(,") (",) Gambar di ambil menggunakan Sony NEX-5 semasa ujikaji cuba try test dengan lens Sony 18-250mm

Wednesday, May 18, 2011

Kamera Sony NEX3/5 ~ Part 3

Domo




Sony NEX-5 + Sony 30mm f2.8 macro



Aku rasa kamera ni sebenarnya Sony tujukan pada orang yang nak beralih dari kamera kompak biasa ke kamera yang kira advance nih. NEX ni kalau nak guna kenalah ada basic sikit pasal dslr. Kalau tak, nanti mesti pening-pening lalat. Tapi kalau orang yang jenis suka main auto, kira oklah, no problemo. Sila layan contoh gambar yang aku ambik menggunakan Sony NEX-5 + Sony 30mm f2.8 macro dan Sony 50mm f2.8 macro.



Sony VCL-ECU1



Ape yang aku suka:

- Comel, kompak dan ringan, mudah dibawa ke mana-mana
- Sesuai untuk pengembara, pecinta alam seperti landscape photographer (eh iye ke?)
- Fungsi "seperti" dslr. Aku tak rasa NEX ni ialah dslr 100%
- Gambar boleh tahan walaupun ISO dinaikkan hingga 1600
- Warna yang terang dan lawa
- Sesuai untuk pengguna kamera kompak yang ingin berhijrah ke alam dslr
- Ada HD video (tapi jarang guna pun)
- 7fps best untuk ambik gambar-gambar aksi seperti budak main skateboard dll
- entah?
- tak tau!
- aku blurred!


Ape yang aku tak suka:

- Mahal, harga yang sama boleh beli kamera dslr yang besar
- Menu kena tekan banyak kali sub-sub-sub untuk tukar setting
- Tiada butang shortcut seperti kebiasaan pada dslr
- Tiada "Super Steady Shot" seperti dslr Sony yang lain (sebab kecik tak muat nak letak kot)
- Noise gambar bagi aku masih perlu diperbaiki lagi
- Pilihan lens yang terhad dan  agak mahal (bagi aku le)
- Lens selain Sony 16mm semuanya bagak-bagak jadi no pointlah buat body je kecik tp lens bagak!
- Auto focus hanya berfungsi dengan lens Sony yang mempunyai ciri-ciri SAM dan SSM
- Lens 16mm f2.8 gambar tak sharp mana pun.. I hate you! ehekk..
- Focussing tidak berapa tepat dan agak lembab (bagi aku yang dah  biasa pakai dslr)
- Takde port untuk kabel shutter release dan hanya NEX-5 je yang ada remote commander
- Body takde weather seal



Kenny Rogers



Kesimpulannya, aku nak kata suka sangat kamera ni tak le, nak kata tak suka pun tidak. Untuk newbies, kira ok le kamera ni. Bagi yang dah lama pegang dslr mesti ada rasa kehilangan sesuatu iaitu butang yang banyak dan capaian menu yang cepat, sebab bagi aku masa itu emas. Nak access menu ke, nak tekan ape ke semuanya nak kena cepat. Walau bagaimanapun, kamera ini masih lagi kamera terbaik untuk sesiapa yang ingin memulakan hobi dan sesuai untuk dibawa mengembara. Harga untuk Sony NEX-3A (flash + lens 16mm f2.8+8gb sd card) ialah RM1388 di Sony Centre Studio Zaloon, Pudu manakala di Sony Centre lain harga masih lagi macam saham turun naik RM1700-1800++ hehehe.. Bagi Sony NEX-5A pula  (flash + lens 16mm f2.8+8gb sd card), harga ialah sekitar RM2200-2400++. Sekian. Terima kasih cikgu. Tamat sudaaaa.. :P



Kenny Rogers




Lowepro



(,") (",) Gambar-gambar telah di edit sedikit untuk memberikan umppph! ehekk..

Tuesday, May 17, 2011

Kamera Sony NEX3/5 ~ Part 2

Sony VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter



Sorry skema sikit, ehekkk.. Kali ini aku nak ulas sikit pasal Sony VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter dari kacamata seorang amatur jalanan seperti aku ni. Gambar-Gambar berikut diambik menggunakan Sony NEX-5 dengan lens 16mm f2.8 bersama dengan VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter manakala gambar yang kedua diambik menggunakan iPhone 3GS. Ok, adapter ini menambah keluasan gambar sebanyak 0.75 kali atau menjadikan lens 16mm tadi menjadi 12mm (dari wide angle menjadi ultra wide angle). Harga adapter ini ialah RM399.00 dan boleh didapati di mana-mana Sony Centre berdekatan.



Sony NEX-5 with VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter



Gambar berikut mempunyai dua gambar yang berbeza yang mana sebelah atas tanpa adapter dan sebelah bawah pulak adalah menggunakan adapter tersebut. Kebetulan hari ni hujan, so aku tak dapat nak test gambar-gambar landscape di luar. Bagi akulah kan, adapter ni diperlukan jika korang suka ambik gambar-gambar pemandangan (landscape photography) sebab adapter ni sesuai digunakan untuk landscape photography atau di dalam ruang kawasan yang sempit untuk mendapatkan view yang lebih luas seperti di dalam rumah (pelamin pengantin dll). Esok mungkin ulasan terakhir aku tentang kamera ini beserta dengan harga pasaran sekarang dan sedikit ulasan dari segi kualiti gambar. InsyaAllah.



Sony NEX-5 with VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter




Sony NEX-5 with VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter




Sony NEX-5 with VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter




Sony NEX-5 with VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter


(,")  (",) eh.. ada gambar aku dalam satu gambar tu kekekeke..

Monday, May 16, 2011

Kamera Sony NEX3/5 ~ Part 1

Sony NEX-5



Aku bercadang untuk beralih kepada sistem kamera Sony NEX sepenuhnya, atau sebagai backup camera (kamera kedua). So, aku dah merayau-rayau merata tempat semata-mata nak cuba try test kamera NEX-3 dan NEX-5 ni. Setelah puas bermain-main dengan kamera ini, berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat aku kongsikan dari kacamata seorang amatur.



Sony Centre



Apa itu kamera NEX? Berbeza dengan kamera dslr yang besar gedabak, NEX adalah kamera boleh-tukar lens yang menggunakan sensor yang sama seperti dslr, maksudnya sensornya lebih besar dari kamera kompak biasa dan mempunyai keupayaan kualiti gambar sama seperti dslr tetapi di dalam badan yang bersaiz kecil dan kompak. Oleh kerana terlalu kecil, kamera ini menggunakan sistem anti gegar (Super Steady Shot) bukan pada body, sebaliknya pada lens.



Sony NEX-3



Kamera ini menggunakan sistem E-mount berbeza dengan sistem dslr yang biasa menggunakan A-mount. Namun dengan menggunakan adapter khas, lens dari kamera lain (A-mount) seperti Nikon, Canon dan Sony sendiri boleh digunakan pada kamera ini. Tetapi hanya lens A-mount dari Sony yang mempunyai ciri-ciri SAM (Smooth Auto-focus Motor) dan SSM (Super Sonic wave Motor) sahaja yang boleh menggunakan auto-focus sepenuhnya manakala selain dari lens tersebut, hanya boleh menggunakan lens secara manual.



Sony NEX-5



NEX-3 dan NEX-5 hanya mempunyai perbezaan yang sedikit dan  masing-masing mempunyai format video MP4 dan HD. NEX-3 mempunyai keupayaan video 720 HD  manakala NEX-5 pula ialah 1080 Full HD.

Body NEX-3 diperbuat daripada plastik manakala NEX-5 pula adalah dari magnesium, secara logiknya magnesium lebih tahan lasak sebab aku ada tengok kamera NEX-3 body plastik, display set yang dah scratch.

NEX-3 mempunyai bahagian pemegang (grip) yang agak nipis tetapi lebar manakala NEX-5 mempunyai pemegang yang tebal. Masing-masing mempunyai pro dan cons bergantung kepada saiz tangan seseorang.

NEX-3 mempunyai banyak pilihan warna iaitu hitam, putih, silver, merah dan pink manakala NEX-5 hanya ada dua warna iaitu silver dan hitam.

Kedua-dua model NEX mempunyai fungsi dan keupayaan yang sama kecuali dari segi video HD dan buatan body seperti yang diterangkan di atas. Hanya NEX-5 boleh dikawal menggunakan remote commander (optional, beli sendiri).

Cubaan menggunakan "optical viewfinder" (ovf) yang bernilai RM599 menunjukkan ianya adalah tidak praktikal sebab ovf hanya sesuai digunakan untuk lens tele yang panjang sahaja seperti nak ambik gambar-gambar sekodeng ehekk.. Lagipun, skrin tetap hidup (tetap on) lagi walaupun kita menggunakan ovf, membazirkan tenaga bateri kamera.

Tidak lama lagi Sony akan melancarkan kamera NEX terbarunya yang dikenali sebagai NEX-C3 dan mungkin jugak NEX-7 dengan ciri-ciri yang diperbaharui. Ok. InsyaAllah nanti aku cuba try test wide angle adapter pulak. Kang panjang cerita ni kang hehehe.. :)

(,") (",) Gambar-gambar di atas diambil menggunakan iPhone 3GS

Sunday, May 15, 2011

Cantik

Cantik



Para alim ulamak terdahulu  pernah berkata:


"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupa parasnya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar banyak ilmunya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ketinggian akhlaknya."






Teringat satu lagu nyanyian oleh Hijjaz dan pernah dinyanyikan juga oleh Puteri Al-Arqam sekitar tahun 80an kalau tak silap. Pada zaman Al-Arqam itu lagu nyanyian mereka tiada diiringi oleh sebarang alatan muzik termasuklah kompang. Sekarang generasi baru kumpulan nasyid bekas Al-Arqam dikenali sebagai Mawaddah. 


"Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih.

Hati kalau terlalu bersih pandangannya akan menembusi hijab. Hati jika sudah bersih firasatnya tepat kehendak Allah tapi hati bila dikotori bisikannya bukan lagi kebenaran.

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah, jasad lahir tumpuan manusia. Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia."




(,") (",)

Saturday, May 14, 2011

Salleh Yaacob Kahwin 4?

Wahhhh.. Abang kita ni memang power. Kalau mampu ape salahnya kan. Ini antara topik hangat dalam minggu ni habis tenggelam isu video tooot anwar Ibrahim hehehe. Benda-benda yang baik eloklah media ketengahkan macam cerita abang Salleh Yaacob kita ni. Nak tau siapa gadis ke-4 pilihan hati beliau? Kena lah tengok video bawah ni :)










Kalau korang perasan, media elektronik dan cetak banyak bercerita perihal keburukan berpoligami. Tujuannya adalah sebagai peringatan supaya kaum hawa yang lain berhati-hati dan menjadikannya sebagai sempadan. Habis semua kes-kes yang negatif diketengahkan sebagai bukti. Yang positif pulak, jarang sangat-sangat diketengahkan oleh khalayak media. Sepatutnya yang positif juga perlu dihebah-hebahkan pada masyarakat supaya menjadi contoh dan tauladan.

Soalnya sekarang kita bercakap hukum Al-Quran atau hukum suratkhabar? Pihak barat, bersungguh-sungguh menentang poligami sehingga ada pemimpin mereka yang lantang bersuara atas nama kebebasan hak wanita akhirnya tersungkur dengan terbongkarnya skandal-skandal yang mengejutkan. Ada yang mempunyai perempuan simpanan, ada yang melanggan pelacur. Sila google video "Ahmad Deedat - Polygamy" kalau tak percaya.

Sebagai orang Islam, kita sepatutnya mendoakan kebaikan jika ianya adalah jodoh mereka, bukannya menikam dari belakang atau memusuhi mereka. Ya, aku tau kaum hawa luar sana ramai yang menolak poligami. Tapi awas! Mulut yang kuat menentang ini selalunya kena pada batang hidung sendiri. So, bersangka baiklah pada Allah SWT kerana Dia lah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Thursday, May 12, 2011

Penawar Semalu

Bunga Daun Semalu



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni aku blurred sikit. Semua benda serba tak kena. Cuma nak share gambar bunga daun semalu yang halus mulus ni. Beginilah rupanya pabila dibesarkan dengan lensa macro. Nak bercerita hal daun semalu tapi takde idea. Last-last teringat ngan lagu Kak Ziana Zain kita ni. So, mohon maaf sebab aku sedikit sibuk kebelakangan ni. So layan je lah video Kak Ziana Zain kita ni kan.. Adios amigos. Carpe manana!






Terbuka kelopak walau tiada harum
Namun tetap berseri
Dalam taman larangan tersendiri
Tersentuh jejari dalam asyik berjaga
Tidak disangka berduri
Bisa telus menyentuh ke hati
Lukaku berdarah sebelum sampai waktunya

Mengalir ke lurah asing nan berliku
Dan merempuh tebing kasih
Selama ini gagah bertahan
Menghakis segunung rindu yang teguh
Dihanyut arus rapuh untuk kuberpaut
Di mana kutemui penawar ini
Mengharap lagi
Terbukalah kembali… mekar semula

Setangkai semalu malu bila kusentuh
Namun kan berseri
Dalam taman larangan tersendiri
Usah disentuh lagi…

Wednesday, May 11, 2011

Akhlak Ibarat Bunga Diri

DSC00088


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekadar tazkirah untuk kita semua. Akhlak ibarat bunga diri. Ke mana saja kita pergi pasti orang akan suka. Adalah fitrah semulajadi manusia inginkan kebaikan dan kebaikan itu ditunjukkan dalam bentuk akhlak yang baik. Akhlak ibarat cermin. Apa-apa saja perbuatan dan kata-kata kita melambangkan tahap akhlak kita. Orang yang yang berakhlak itu semakin tinggi akhlaknya semakin merendah dirilah dia (tawaduk).

Dia tidak akan menyebut-nyebut kehebatan dirinya samada dari segi kerjaya, pendidikan mahupun pengalamannya pada orang lain. Bahkan kekadang orang semacam tidak percaya yang dia sebenarnya hebat disebalik selimut tawaduknya itu tadi. Selama dia bergaul, tahu-tahu dia adalah doktor, engineer, cikgu, ketua jabatan dan sebagainya. Lagak gayanya seperti kerani cabuk sahaja. Di akhir zaman susah hendak mencari orang sebegini. Jikalau ada pasti boleh dikira dengan jari. Yang ramai adalah manusia yang suka mendabik dada akulah engineer! akulah doktor! akulah bos! Yang membezakan kita di dunia ini hanyalah taqwa. Maka didiklah anak-anak kita berkerjaya tapi bertaqwa. Engineer yang bertaqwa, doktor yang bertaqwa, seorang bos yang bertaqwa dan sebagainya. Fikir-fikirkanlah.

*Maaf, entry ini tidak ada kaitan dengan sesiapa. Ini adalah secara umum sahaja tidak berkait dengan mana-mana engineer, doktor, cikgu dan sesiapa yang dikenali di alam maya ini. Sekian. Terima kasih.

Tuesday, May 10, 2011

Aku Rindu ~ Part 3

DSC00047


Semalam ada kawan nurse di Hospital Sibu, Sarawak sms aku. Dia kata "adik kitak dah ready nak beranak. Caesar!". So dah tengah malam aku taknak le kacau ketenteraman awam adik aku tu kan. Mula-mula dulu dia mendapat dugaan yang hebat. Kandungan pertamanya gugur. Sape tak sedih kan. Alhamdulillah kali ni dia selamat melahirkan anak lelaki yang sihat lagi kiut-miut yang beratnya 3.2kg. Tahniah. Tahun lepas adik aku yang sorang lagi dapat anak kembar dua-dua lelaki. Aku rindu nak berhari raya ramai-ramai dengan adik-beradik. Dewasa ini faktor kerja dan masa telah banyak memisahkan kami. Cheewah. Sebelum aku terlebih merapu, baik aku stop dulu. Aku tengah sibuk edit gambar untuk program bengkel kementerian itu hari. Hari ni nak pekena Pizzahut ngan air asamboi hehehe.. Adios amigos. Carpe Manana! - abaikan gambar bawah yg out of focus tu :P


DSC00031

Monday, May 9, 2011

Aku Rindu ~ Part 2

DSC00082


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam Hari Ibu kan? Rasanya masih sempat lagi nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibunda tercinta iaitu Puan Dayang Normadiah binti Haji Bakri (nama sebelum register), ibu sorang lagi di Kamunting dan juga di Kuala Selangor serta semua insan-insan yang bergelar ibu di dunia ni. Actually aku dah wish awal-awal tepat 12 tengah malam lepas, ingatkan dorang dah tidur so aku tak telefonlah kan. Sekali masing-masing reply sms "Terima kasih anakanda, semoga anakanda ditambahkan lagi rezeki.. aminnn.." Ya.. amin amin ya rabbal 'alamin.. Untuk ibu-ibu di luar sana, nah aku hadiahkan gambar-gambar ni sebagai tanda ingatan kasih dan sayang.. Cheewah! Rindu semua.. :)


DSC00091



DSC00086

Sunday, May 8, 2011

Port Dickson ~ Part 1

Colors


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 6-8 Mei 2011 iaitu hampir genap setahun kedatangan terakhir aku ke Port Dickson, aku datang lagi kat sini tetapi kali ini kerana menghadiri bengkel motivasi ofis aku. Sempat gak shoot sunset dan cuba menangkap bulan serta bintang. Banyak benda aku nak ngerepak (membebel) kali ni. Tapi itu untuk entry dalam 2-3 hari lagi kot.

Sebelum itu layan dulu foto tahun lepas iaitu 14-17 Mei 2010, inilah kali pertama aku bermalam di bandar minyak yang terkenal ni iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan. Kira "pestaem" jadi orang minyak lah hahahaha. Dah berkali-kali dah datang ke sini atas urusan kerja tapi biasa singgah makan atau "limpas" (lalu) jer. Inilah kali pertama jugak aku tinggal di Le Paris International Hotel & Resorts. Gahkan bunyi nama hotel ni. Kemain lagi. Disebalik nama yang hebat ni sebenarnya banyak yang perlu diperbaiki dari segi kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Hotel ni ada dua bahagian, satu ialah Le Paris Hotel manakala satu lagi adalah Costa Rica Apartment. 2010 aku duduk hotel lah. 2011 aku duduk apartment. Alah balkoni dekat-dekat je hotel ngan apartment ni. Yang bezanya apartment bilik dia ada dua boleh duduk 4-6 orang manakala bilik hotel macam biasa dua orang jer. Kalau nak tau  "masalah-problem" hotel ni, tunggu aku entry pasal hotel ni sikit hari je lagi. Adios amigos. Carpe Manana!


Le Paris Hotel, Port Dickson



Le Paris International



Costa Rica Apartment



Oil & Gas



Port Dickson



Port Dickson

Friday, May 6, 2011

Terseksa Tapi Seronok!

DSC03811



DSC00015


Minggu lepas aku berkursus bahasa Inggeris, minggu ni pulak 3-5 Mei 2011 aku berkursus bahasa Mandarin. InsyaAllah kalau ada rezeki, kursus bahasa Arab le pulak. Kursus memanjang sebab bukannya ada kerja pun kat ofis. Dah namanya takde kerja, tak salahkan kursus sampai lebam? Tak kisahlah ko nak kursus banyak-banyak janji ko ada usaha jugak nak berkursus dari duduk diam buat benda takde faedah kan.. kan.. kan?


DSC00012



DSC00071


So nak cerita panjang-panjang tak boleh sebab aku hari ini lepas sembahyang Jumaat akan bergerak ke Port Dickson berkursus "Search and Destroy" selama 3 hari. Maka dipendekkan cerita, kursus bahasa Mandarin ini juga kali pertama yang dianjurkan sendiri oleh Kementerian Penerangan. Yang datang dari pelbagai Jabatan lah kan. Kursus ni bolehlah tahan bagusnya. Cikgu yang mengajar namanya Kent Lau. Bagi akulah kan, cikgu ni cukup sengal. Dia cakap tunang dia orang Labuan. Ayah tunang dia orang Sarawak. Tunang dia lahir di Sabah, tapi rumah di Keningau. Hahh?? Camana tu? Orang mane sebenarnya? Bila tanye camana boleh kenal tunang? Dia jawab dia pun tak tau hahaha..


DSC00050


Cikgu ni memang fasih dan terer berbahasa Mandarin. Segala hukum-hakam harkat-dengung dia tau. Kesungguhan dia mengajar memang terpancar di atas segala usaha dia. Tapi hanya ada satu masalah. Bahasa Malaysia dia tunggang langgang.. Memang kelakar cikgu ni. Suka senyum dan suka bergambar! Berikut adalah beberapa perkataan yang cikgu tersilap cakap yang sempat aku catat dalam buku sebagai kenangan kekekeke... (nanti aku tambah lagi tunggu kawan punye pulak)..

air kepala - sebenarnya air kelapa
tegala - sebenarnya telaga
kambing susu - sebenarnya susu kambing
barat utara - sebenarnya barat laut
saya berteman - sebenarnya saya menemani

{ My Popular Posts }