Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 6-8 Mei 2011 iaitu hampir genap setahun kedatangan terakhir aku ke Port Dickson, aku datang lagi kat sini tetapi kali ini kerana menghadiri bengkel motivasi ofis aku. Sempat gak shoot sunset dan cuba menangkap bulan serta bintang. Banyak benda aku nak ngerepak (membebel) kali ni. Tapi itu untuk entry dalam 2-3 hari lagi kot.
Sebelum itu layan dulu foto tahun lepas iaitu 14-17 Mei 2010, inilah kali pertama aku bermalam di bandar minyak yang terkenal ni iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan. Kira "pestaem" jadi orang minyak lah hahahaha. Dah berkali-kali dah datang ke sini atas urusan kerja tapi biasa singgah makan atau "limpas" (lalu) jer. Inilah kali pertama jugak aku tinggal di Le Paris International Hotel & Resorts. Gahkan bunyi nama hotel ni. Kemain lagi. Disebalik nama yang hebat ni sebenarnya banyak yang perlu diperbaiki dari segi kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Hotel ni ada dua bahagian, satu ialah Le Paris Hotel manakala satu lagi adalah Costa Rica Apartment. 2010 aku duduk hotel lah. 2011 aku duduk apartment. Alah balkoni dekat-dekat je hotel ngan apartment ni. Yang bezanya apartment bilik dia ada dua boleh duduk 4-6 orang manakala bilik hotel macam biasa dua orang jer. Kalau nak tau "masalah-problem" hotel ni, tunggu aku entry pasal hotel ni sikit hari je lagi. Adios amigos. Carpe Manana!