Ini adalah berita baik untuk pengguna internet tegar. Maxis Berhad menawarkan untuk tempoh terhad sehingga 30 Jun ini, pakej internet fiber optik kelajuan tinggi iaitu "Home Fibre Internet" selaju 10mbps dengan kuota 100mb yang kini kuotanya dibuka menjadi tanpa had (unlimited) hanya RM118 sebulan sampai bila-bila iaitu dua kali ganda lebih dari segi kelajuan dan kapasiti kuota yang ditawarkan oleh TM Unifi. Walaupun kuota tanpa had boleh digunakan sehingga akan diberitahu kelak, 100mb sudah cukup banyak dan berbaloi-baloi kalau dibandingkan dengan pesaing lain yang hanya menawarkan kuota kurang atau separuh daripada yang Maxis tawarkan. Namun pada masa ini, perkhidmatan internet fiber ini hanya ditawarkan kepada mereka yang tinggal di Lembah Klang termasuk Putrajaya, kawasan-kawasan tertentu di Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh dan Melaka sahaja.
Saya turut diberitahu oleh agen jualan bahawa Maxis dan Astro sedang bekerjasama untuk menyediakan perkhidmatan tv internet mereka dengan pelbagai saluran dari RTM1 hingga TV9 dan juga 4 jenis saluran lain seperti saluran Sukan, Pendidikan, Kartun dan Movie. Dua-dua syarikat pun bos yang sama perasan tak? Apa yang paling penting ialah ianya adalah internet fiber optik kelajuan tinggi yang mana taliannya adalah sangat konsisten berbanding dengan talian internet biasa apatah lagi kalau dibandingkan dengan internet tanpa wayar yang semua orang tahu tidak begitu stabil. Maka dari segi konsistensi talian adalah terjamin sama seperti Unifi. Bahkan TM Unifi (seperti diberitahu oleh agen) turut menyewa atau menggunakan khidmat fiber optik yang disediakan oleh syarikat Time.
Kalau dibandingkan harga untuk kelajuan internet 10mbps antara Fiber P1, TM Unifi dan Maxis, harga RM118 yang ditawarkan jauh 50% lebih murah. Semalam seorang kawan yang melanggan Unifi terus melanggan pakej yang ditawarkan Maxis ini.. hehe.. Apa-apapun semuanya di tangan anda sebagai pengguna bijak. Tepuk dada tanya selera poket masing-masing. Kalau nak jimat tapi dalam masa yang sama nak lebih kelajuan dan kapasiti kuota, maka pilihlah pakej Maxis ni..
Segala maklumat yang ditulis di dalam entry kali ini adalah berdasarkan perbualan dan soal-jawab penulis dan kawan-kawan dengan agen Maxis yang mengaku diri mereka sangat arif tentang pemasaran internet fiber optik semasa di program Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya baru-baru ini. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.maxis.com.my/home/plans_fibre_10mb.asp