Tuesday, February 28, 2012

Cameron Highlands Part 2

DSC04272



1. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil sepanjang berada di Heritage Hotel yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highland sempena menghadiri Bengkel Sasaran Kerja Tahunan 2012 dan Team Building 1Hati-1Destinasi pada 24-26 Feb 2012 baru-baru ini. Bengkel ini adalah anjuran Bahagian Dasar Perancangan Strategik (Penerangan), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

2. Semua gambar dirakam menggunakan kamera Sony NEX-5 (i love u!) kecuali group photo menggunakan kamera Sony a550. Ini adalah kali kedua aku menjejakkan kaki ke sini semenjak kedatangan kali terakhir pada tahun 2007. Sejuk? Sejuklah jugak walaupun sejuk 10 tahun dulu mana nak sama dengan sejuk sekarang. Kalau time hujan lagilah sejuk. Pagi buta dan malam pun sejukkkkk...

3. Tak dinafikan di Cameron Highlands ada banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Nak tau lebih lanjut kena tunggu entry seterusnya. Penat.. Penat-penat pun sempat jugak main star trails hehe.. Cobaan tak menjadi sangat.. Takpe.. Lain kali boleh try lagi :P



DSC04080



DSC04177



DSC04081



DSC04079



_DSC1810



DSC04211

Monday, February 27, 2012

Bunga dari Cameron Highlands Untuk Kamu

DSC04064Y



Assalamualaikum dan selamat pagi. Tuan tanah kedaong masih letih baru balik dari berkursus di Tanah Rata, Cameron Highlands malam tadi. Jadi, ini adalah 3 gambar pertama untuk entry kali ini. Gambar-gambar diambil menggunakan kamera Sony NEX-5 +  lens Sony DT 30mm F/2.8 SAM Macro. Nah.. bunga untuk kamu semua. Sehingga berjumpa lagi pada entry akan datang. Wassalam..  ;)



DSC04064X



DSC04142

Wednesday, February 22, 2012

Matu - Daro - Mukah - Dalat - Tanjung Manis, Sarawak

Mukah



1. Awas! Entry ini penuh dengan gambar stok lama. Ini adalah entry "recycle" yang terpadam dari blog lama dulu. Gambar kali ini dirakamkan menggunakan kamera Sony DSC H9 sekitar bulan Oktober tahun 2007. Maaf di atas kualiti gambar yang tidak seberapa untuk kali ini.

2. Di negeri Sarawak, Matu, Daro, Dalat dan Tanjung Manis adalah kawasan majoriti penduduk kaum Melanau. Ada yang muslim dan ada yang tidak. Menariknya, budaya kaum Melanau ni tidak jauh berbeza dengan kaum Melayu di Sarawak. Satu rumpun jugakkan. Wallahu'aklam.

3. Dalat juga dikenali sebagai "Dallas" dan Mukah juga dikenali sebagai "Mekah" ehekk.. Kampung aku di Serian org panggil "Syria" hehehe.. Main-main jer uols. Semasa kat Daro ni lah aku berkenalan dengan seorang blogger iaitu enchek Mat Mie aka Tok Mat tapi sayangnya blog beliau sudah tutup kedai. Kenak tutup Mat?

4. Sekarang setelah 4 tahun lebih, dah banyak pembangunan yang berlaku di tempat2 yang telah disebutkan di atas. Errr.. itu sahaja yang arif. Sekian. Terima kasih. *Tutup buku*



Berani



Alone



Ferry Lagi



Mukah



Sago Mukah, Sarawak



Kampung Nelayan Mukah



Mukah, Sarawak



Mukah, Sarawak



Dalat



Ambulan | Dalat



Nelayan | Daro



Ferry vs Ferry



Nak Pergi Dalat



Daro, Sarawak



Daro, Sarawak



Daro, Sarawak



Daro, sarawak



Daro, Sarawak



Daro, Sarawak



Daro, Sarawak



Daro, Sarawak



Sarikei - Daro, Sarawak



Tanjung Manis - Sarikei, Sarawak



Tanjung Manis - Sarikei, Sarawak

Monday, February 20, 2012

Dream World Resort di Kundasang Sabah

Dream World Resort



1. Assalamualaikum dan selamat pagi. Jawab salam  jangan tak jawab. Berdosa tau.. Kalau jadi minggu ni ada kursus di Cameron Highland. So, sebelum pergi kursus, ni aku up sket gambar-gambar masa kat Kundasang, Sabah yang diambik pada November tahun lepas. Harap maaf, gambar adalah kurang memuaskan. Pada masa gambar ini diambik keadaan cuaca adalah mendung, gelap nak hujan. Selepas diedit, barulah cerah sikit..

2. Ok. Tidak berapa jauh dari ladang ternakan lembu tenusu, terletaknya Dream World Resort, iaitu tempat penginapan ala-ala 5 bintang di atas kaki bukit. Harga penginapan untuk semalam bermula dari RM250 ke atas. Kat sini pelawat boleh menikmati udara gunung yang sejuk dan segar dengan keindahan pemandangan Gunung Kinabalu. Keindahan pemandangan di sini membuatkan kita seolah-olah berada di luar negara gitu..

3. Nak bercerita panjang dah tak larat so untuk mengetahui lebih lanjut tentang resort ini, sila layari laman sesawang berikut: http://www.beautifulkk.com/2010/07/26/dream-world-resort

4. Untuk "parasit" ofis aku.. kau ade kew? hahaha...



Dream World Resort



Dream World Resort



Dream World Resort



Dream World Resort



Dream World Resort

Tuesday, February 7, 2012

Ikan Spa di Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru, Ranau 2010

DSC02414



1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah gambar arkib yang dirakam pada 24 Jun 2010 dan pernah disiarkan dalam blog ini namun terpadam oleh penggodam pada tahun lepas. Ya, aku guna istilah "ter"padam. So, kasi up semula untuk kenangan. Gambar dirakam menggunakan kamera dslr Sony a700. Tuhan je yang tahu betapa aku sangat sayangkan kamera ni sebelum aku bertukar ke Sony a77. Kang aku beli Sony a900 baru tau :P

2. Kalau kita bandingkan kamera a700 dengan a77, entah apsal plak aku rasa gambar a700 lagi sedap lagi rangup.. Cuba bayangkan, kamera Sony DSLR a700 + Sony 18-250mm lebih cantik berbanding Sony DSLT a77 + Carl Zeiss 16-80mm??? Ini menunjukkan kamera dan lens mahal (kira CZ mahal lah) tidak menyebabkan gambar kita jadi cantik. Bak kata masta terkenal Sony iaitu enchek Shaiful Zamri, "maksimakan apa yang di tangan, bukan apa yang di angan.."

2. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempat ni, sila klik versi 2011 di sini: Cuti-Cuti Sabah: Sungai Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau 2011



DSC02354



DSC02429



DSC02387



DSC02425



DSC02440



DSC02418



DSC02411

Cuti-Cuti Sabah: Sungai Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau 2011

Tagal Sungai Moroli



1. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Betapa super-duper pemalasnya nak update blog kebelakangan ni. Ikutkan hati nak tutup terus je blog ni. Tapi bila difikirkan balik berapa kali nak bukak-tutup blog? So, biarlah.. Lagipun tema blog dah bertukar jadi sekadar coretan tentang jalan-jalan cuti-cuti Malaysia. Tiada lagi kidungmu, eh maksudnya, tiada lagi cerita-ceriti yang bersifat peribadi. Kalau ada pun sikit-sikit je.. ehekk.. Dah x kisah orang nak cakap apa.. Belog aku, aku punya belog lah.. (pinjam ayat masta blogger otai)..

2. Gambar-gambar ini dirakam menggunakan Sony SLT-A77. Minor editing sebab sekarang ni kalau boleh nak kasi 0% editing kononnya. Al-maklumlah bila dah pindah ofis baru, bukan sebab sibuk dengan kerja semata-mata, tapi badan letih berulang-alik ke Putrajaya. Biasanya sampai rumah dan lagi nak pilih-pilih gambar untuk diedit tapi sekarang masa untuk flickr dan blog agak kureng.

3. Berbalik pada gambar. Jikalau ke Ranau tak lengkap rasanya cuti-cuti Sabah anda kalau tidak singgah ke Tagal Sungai Moroli yang terletak di Kampung Luanti Baru di Ranau ini. Tagal dalam bahasa Kadazan Dusun bermaksud "dilarang memancing", tak boleh tangkap ikanlah tu

4. Nak bermesra-mesraan dengan ikan kat sini kena bayar. Tiket berharga RM5 untuk orang dewasa, dan RM2 untuk kanak-kanak. Untuk makanan ikan pula harganya adalah dalam RM1-RM3 kalau tak silap. Kalau ramai pengunjung, kita kena ikut giliran, duduk tunggu nombor kita dipanggil. Bila nombor kita dipanggil, kita hanya ada masa dalam 15 minit sahaja untuk bermain-main dengan ikan. Adalah dilarang sama sekali untuk mengocak-ngocakkan air atau menangkap ikan.

5. Ramai yang takut-takut dan geli-geleman bila ikan datang ambush kat kaki. Jangan risau, ikan-ikan ni nampak je besar, tapi bukannya ikan pirana. Ikan apa entah ler sebab aku buta nama ikan-ikan ni. Cara yang betul ialah dengan menggenggam makanan ikan dalam tangan dan merendamkan tangan anda sehingga ikan datang "menyedut" tangan anda. Tu baru betul.. Kalau kena sedut, jangan kasi lepas.. Takpe, beberapa jam lagi aku publish gambar Sungai Moroli tahun 2010 pulak. Untuk yang versi 2010, barulah nampak jelas akan ikan-ikan itu "menyedut".. :P



Tagal Sungai Moroli



Tagal Sungai Moroli



Tagal Sungai Moroli



Tagal Sungai Moroli



Tagal Sungai Moroli



Tagal Sungai Moroli



Tagal Sungai Moroli

{ My Popular Posts }