Bermain "pengatup perlahan" atau slow shutter atau juga long exposure walau apa nama sekalipun memang seronok dua ronok! 3 gambar dari atas adalah hasil dari cubaan try test bermain pengatup perlahan. Saya juga mencuba mengambil gambar dengan kamera Sony NEX-5N dipasangkan dengan lens SEL18-55mm, Sony 30mm f2.8 macro dan Minolta 50mm f1.7 RS version. Lens-lens yang lain saya tak bawa untuk kerja luar kali ini. Malas nak menggalas beg yang berat dengan lens.
Untuk bermain fotografi sebegini, apa yang paling penting adalah keselamatan diri, al-maklumlah malam-malam gelap ni macam-macam boleh berlaku. Kalau boleh biar datang berkumpulan dan jangan berani datang seorang diri. Pernah seorang sahabat jurugambar kamera dia dirompak dan di "paw" kerana datang bermain seorang diri. Bahaya tuu..
Setting untuk bermain "pengatup perlahan" ini adalah mudah:
1. Gunakan mode manual sepenuhnya. (M mode pada body, manual mode pada lens)
2. Gunakan apa-apa lens seperti kitlens pun boleh tapi sebaiknya lens bukaan f2.8 hingga f1.4
3. Setkan aperture ke f8 ke atas
4. Setkan kelajuan shutter selama 10 saat ke atas
5. Gunakan tripod yang steady
6. Tanggalkan sebarang filter pada lens (uv filter, cpl filter, dll)
Harap perkongsian setting daripada saya ini boleh membantu dan jika ada kesilapan saya mohon maaf sebab saya pun seorang amatur jalanan sahaja. Adios amigos, carpe manana! ;)
nice la. bila la mek da dslr n_n
ReplyDeletemun dah ada kelak boh lupak padah ngan kmk aaarr... :)
DeleteMok perlu k tripod ka jang? Mun sekda tripod jadi sik gambar kedak nak d atas ya.?
ReplyDeleteAok mesti k tripod.. mun x, xpat.. sebab nya makan masa beberapa seken sampei puloh seken mun goyang sikit sekalipun gambar x jadi.. :)
Deletecantik...
ReplyDeleteTerimak kasih Krisno :)
DeleteWa Temuk akan cuba cara tu. Bagus sangat Khairul beri "lesson"
ReplyDeleteseperti itu. Amat dialu-alukan dan berfaedah sekali bagi para
amatur seperti Wa ini. Cantik-cantik betul photos tu TQ. Salam sejahtera.
Terima kasih Wa.. Salam sejahtera juga :)
Deletegambar semua cantik2 :)
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteGamba atas sekali ya kacak lah.. terbaek!
ReplyDeleteMakasih Jura :)
Deletewahh nice picture :D
ReplyDelete