Wednesday, April 25, 2012

Bermain dengan "Pengatup Perlahan" - fotografi di malam hari



NEX-5N + Sony 30mm f2.8 macro



Bermain "pengatup perlahan" atau slow shutter atau juga long exposure walau apa nama sekalipun memang seronok dua ronok! 3 gambar dari atas adalah hasil dari cubaan try test bermain pengatup perlahan. Saya juga mencuba mengambil gambar dengan kamera Sony NEX-5N dipasangkan dengan lens SEL18-55mm, Sony 30mm f2.8 macro dan Minolta 50mm f1.7 RS version. Lens-lens yang lain saya tak bawa untuk kerja luar kali ini. Malas nak menggalas beg yang berat dengan lens.

Untuk bermain fotografi sebegini, apa yang paling penting adalah keselamatan diri, al-maklumlah malam-malam gelap ni macam-macam boleh berlaku. Kalau boleh biar datang berkumpulan dan jangan berani datang seorang diri. Pernah seorang sahabat jurugambar kamera dia dirompak dan di "paw" kerana datang bermain seorang diri. Bahaya tuu..

Setting untuk bermain "pengatup perlahan" ini adalah mudah:
1. Gunakan mode manual sepenuhnya. (M mode pada body, manual mode pada lens)
2. Gunakan apa-apa lens seperti kitlens pun boleh tapi sebaiknya lens bukaan f2.8 hingga f1.4
3. Setkan aperture ke f8 ke atas
4. Setkan kelajuan shutter selama 10 saat ke atas
5. Gunakan tripod yang steady
6. Tanggalkan sebarang filter pada lens (uv filter, cpl filter, dll)

Harap perkongsian setting daripada saya ini boleh membantu dan jika ada kesilapan saya mohon maaf sebab saya pun seorang amatur jalanan sahaja. Adios amigos, carpe manana! ;)

 
SIngapore NEX-5N + Minolta 50mm f1.7 RS Version

NEX-5N + Sony 30mm f2.8 macro

NEX-5N + Sony 30mm f2.8 macro

NEX-5N + SEL18-55

13 comments:

  1. nice la. bila la mek da dslr n_n

    ReplyDelete
    Replies
    1. mun dah ada kelak boh lupak padah ngan kmk aaarr... :)

      Delete
  2. Mok perlu k tripod ka jang? Mun sekda tripod jadi sik gambar kedak nak d atas ya.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok mesti k tripod.. mun x, xpat.. sebab nya makan masa beberapa seken sampei puloh seken mun goyang sikit sekalipun gambar x jadi.. :)

      Delete
  3. Wa Temuk akan cuba cara tu. Bagus sangat Khairul beri "lesson"
    seperti itu. Amat dialu-alukan dan berfaedah sekali bagi para
    amatur seperti Wa ini. Cantik-cantik betul photos tu TQ. Salam sejahtera.

    ReplyDelete
  4. Gamba atas sekali ya kacak lah.. terbaek!

    ReplyDelete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }