Harap maaf. Entry kali ini adalah entry panas kari berapi. Aku dah lama sangat bersabar akhirnya meletops jugak kat sini. Dah lama tak meletops macam ni. Bak kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bila dah terkena kat batang hidung sendiri baru tau kari panas berapi kaw-kaw!
Laptop memudahkan kerja kalau kita pergi ke mana-mana termasuklah menyimpan dan mengedit gambar. Macam aku yang selalu kerja luar mengembara seluruh Malaysia tak kira bandar dan kawasan pedalaman selalu mengambil gambar memang sangat-sangat memerlukan laptop. Setiap saat adalah sangat berharga dan aku tak suka buang masa hanya semata-mata kerana laptop aku rosak. Jadi selepas laptop Toshiba aku dulu, aku beli laptop Asus.
Hari ini, genaplah 2 bulan 3 hari (64 hari) laptop Asus aku tersadai di Asus Service Centre di Plaza Low Yatt. Masalahnya, bila laptop Asus aku rosak, aku cuba request via email, pick up and delivery untuk repair service dorang senyap. Aku pergi sendiri kat Asus Service Centre di Low Yatt dan dorang cakap untuk sparepart butang wifi tu kena tunggu 2-4 minggu. Dipendekkan cerita antara minggu ke 3-4 technician dorang call offer aku untuk ganti laptop yang baru. Ingatkan dah settle. 2-3 hari aku tunggu senyap je so aku pun call. Laaaa.. apsal tak cakap awal-awal aku kena scan dan hantar resit pembelian kat dorang. So aku bukan setakat email resit tapi aku bagi semua maklumat sokongan seperti nama, alamat, no IC, no telefon, no kes semua apa yang aku rasa penting yang dorang tak tanya pun. Cuma poskod je yang aku terlupa nak bagi. Bayangkan hangin tak hangin sepanjang minggu-minggu berikutnya sampai 5-6 kali dorang call tanya apa no poskod ofis aku? Aku dah bagi dorang tanya lagi dan lagi.. Bongok betul le dorang ni. Aku dah cakap dah email dah scan alamat adalah di Putrajaya pun masih tanya alamat encik kat Shah Alam ke? Aiyoyoyoooo...
Oleh kerana hangin satu badan, aku hantar email aduan pada HQ Asus dan akhirnya satu emel dari Asus Malaysia menyatakan mintak maaf. Kira aku masa tu ape nak jadi jadilah lantaklah satu Malaysia tau kes ni pun sape suruh buat servis lembab nak mampos. Tu belum kira lagi yang aku share dalam twitter, facebook dan sekarang dalam blog sebab dah tak tahan sangat dah.. Biar sape-sape yang baca entry ni tau dan kalau boleh sebarkan dan share via fb dan twitter korang. Semalam aku call, hari ni pun aku call masih lagi "pihak kami sedang mengaturkan khidmat penghantaran". Yang paling bestnya semalam Asus call cakap laptop dah ready tapi encik kena datang sini hantar battery dan charger cable bla bla bla.. Kalau dah korang nak hantar, tak boleh ke aku bagi terus je kat orang yang hantar? Kalau aku yang hantar ke sana maksudnya bukan delivery service tu maksudnya aku sendiri yang pick up! Perkara simple macamtu pun nak kena bagitau ke? Bodoh! Mangkuk hayun betul!!

Kepada Asus Malaysia, kalau tak boleh tawarkan perkhidmatan seperti yang dijanjikan, tak payahlah offer kat customer. Bukan nak memudahkan pelanggan bahkan makin menyusahkan. Terus-terang aku cakap kat sini, baru je pagi tadi member tanya pasal nak beli laptop Asus, aku cakap boleh beli tapi after sales service dia paling teruk berbanding Toshiba Malaysia, Sony malaysia yang aku pernah lalui. Dulu ye aku rekomen sangat-sangat sampaikan desktop pun Asus! graphic card Asus! motherboard Asus! Sekarang ni harap maaf. Perkhidmatan yang sungguhhhhhhh bodoh dan lembabbbb!! Sekian. Terima kasih.
* Jap tadi Asus call nak hantar malam ni.. Pfttttt!! (kesian brader yang kena hantar naik ERL tu :P)
Ehem-ehem.. Lawa jugak
website Asus Malaysia ni.. Produk Asus memang tiptop, itu aku tak nafikan.. Servis je yang bermasalah. Harap maklum. Ini adalah pdf tentang
Asus Pick Up and return service.