Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri!



Selamat Hari Raya Aidil Fitri



Saya Wa Khairul Onggon (dah layak dipanggil Uncle Onggon kot) ingin menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua kawan-kawan beragama Islam samada kawan-kawan blogger, facebook, twitter, flickr dan foursquare serta keluarga masing-masing. Semoga di hari raya ini silaturrahim antara kita semakin erat dan bertambah ceria selalu. Jika ada terkasar bahasa atau tersilap perbuatan harap jangan disimpan di dalam hati, harap diampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Maaf zahir dan batin.

Maka dengan ini, blog ini berhenti rehat selama seminggu lebih untuk cuti hari raya. Sepanjang musim perayaan ini, utamakan keselamatan di jalanraya ehekk.. Sekali lagi, Selamattttt Hariiiii Raaaaaayaaaaaa... teng.. tengg.. tenggg.. tenggg... teng... tenggg...



Lampu Raya



Warisan 2



Fireworks @ Kg. Hilir, Serian



Bakar Lemang



Home Sweet Home



Mohd Iman Danish, my niece..

Monday, August 22, 2011

Bazar Ramadhan Jalan Semarak


DSC08703



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry ringkas je ni tapi gambar-gambar dalam entry ni sangatlah merbahaya untuk dilihat ehekk.. Gambar-gambar berikut telah diambil sewaktu aku berada di Bazar Ramadhan Jalan Semarak di Kuching, Sarawak bukannya Jalan Semarak di KL hoccayyyy.. hehehe..

Macamana bazar Ramadhan di Semenanjung, macamtu ler lebih kurang sama ngan yang di Sarawak. Tapi yang bestnya bazar di Sarawak ni kan, ada pelbagai makanan negeri-negeri lain seperti laksa Penang, laksa Perak, laksam dan macam-macam lagi makanan 1Malaysia. Malangnya hari yang aku bertandang kat sini hari hujan lebat dan keadaan cahaya yang malap sedikit sebanyak menjejaskan gambar-gambar yang aku ambik. So, ini jer yang ok so layan je lah. :P



DSC08672



DSC08691



DSC08706



DSC08676



DSC08677



DSC08684



DSC08668



DSC08686

Friday, August 19, 2011

Jalan Kaki di Serian, Sarawak :P


Bulan Besar Besaq Besau Besai



Gambar kat tasik out, kat tepi sungai pun out sebab apa, sebab setting kamera aku lupa nak adjust, ada ka EV -1 hingga -2 camana tak gelap gambar. Pastu filter ND Grad pulak tak bukak-bukak kat lens. Pemalas betul. Faktor lain hari nak hujan, hari gelap bla bla bla.. Pendek cerita, tak pandai ambik gambar kan senang.. Mengaku je lah hahaha..

Taman Danu Serian atau dikenali juga sebagai Tasik Serian hanya berjalan kaki 10 minit dari rumah aku, manakala Batang Sadong atau Sungai Sadong hanya beberapa meter dari rumah aku. Jalan depan rumah jer. Oh Rumah aku di Kampung Hilir, Serian lebih kurang 45 minit perjalanan dari bandaraya Kuching. Dari Serian ke Kuching jalan canthek, jalan highway tu. Apa persamaan tasik dan sungai ini? Kedua-duanya terdapat buaya yang berasal-usul dari Batang Lupar, Sri Aman tempat lagenda buaya Bujang Senang. So, kalau nak ambik gambar kat tepi tasik atau sungai, sila 10 kali cek pun takpa, yang penting keselamatan. Ambik gambar bulan lagi syok.. Duk kat beranda rumah sambil rilek2 goyang kaki hehe..

Baru aku perasan, aku tak pergi Air Terjun Ranchan rupanya aiseymen.. Patutlah lain macam je koleksi gambar aku kali ni :P Okeh, esok nak post pasal makanan di Sarawak, eh masakan dan kuih-muih kat bazaar Ramadhan di Kuching. Kalau nak tau juadah sama ke tak ngan yang di KL, esok kita tengok dalam blog ni ehekk.. Jumpa lagi. Wassalam.



Tasik Serian



Tasik Serian



Tasik Serian



Batang Sadong



Batang Sadong

Thursday, August 18, 2011

Balit Sarawak Yeyeah! ~ Ngerepak Lok


Belon Air Asia



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Khamis, 11 Ogos minggu lepas bersamaan 11 Ramadhan 1432 Hijrah aku bercuti balit kampong yahuuu!! Sapa yang sik hepi go lucky balit kampongkan? Sepanjang dalam flight dari KL - Kuching aku sik tido pun. Nyela jekjak mata kotan sukk nak balit tek. Macam-macam jak plan nak makan ya makan tuk mun sampei Kuching tek nak.

Sampei-sampei jak di Kuching, cun juak hari start ujan lebat sampei jeraya nang sik nampak papa terpaksa adik ku drive embak slow-slow sepanjang dari epot ke Serian. Sampei-sampei jak Serian ujan pun dah berenti alu singgah pasar malam meli manok panggang, nasik goreng dan keripap seplestik. Sampei rumah duhal makanan gik banyak.

Sekda apa yang hepi melainkan dapat makan masakan mak mena sik? Nyaman giney pun mi kolok nyaman gik masakan mak kita. Cerita hal mi kolok.. Ku singgah rah kedei Sepinang Sari the pemos-amos mi kolok Haji Salleh di Satok sia dalam kol 11 malam gia. Masa ya Haji Salleh berkain kemban pelikat ilek-ilek bergayut lam telepon. Skendelnya kali kataku lam hati tek haha.

Baruk nak engkah burit (burit = bontot dlm bahasa Sarawak) sekali da ranglaki madah mi kolok dah abis.. "Kmk tek ngoda mi kolok tapi Haji madah dah abis. Terpaksa ncarik di Benteng nun" katanya.. Nang terserlah pras mukanya, sepras muka ku. Mok sik maok melintas jerayalah aku seperti manok sekda ekok menuju Mi Kolok CD. Boleh tahan juak sia koh.

Kakya ngagak blogger hebat Su Ijamm dan nangga kawan molah kek lapis Sarawak halalan thoiyibban. Tangga gambar pun dah tauk betapa nya mementingkan kebersihan semasa molah kek lapis yerrr.. Oleh kerana pengusaha kek lapis ya pemalu, penyupan dan penyapu, maka mukanya sik di so sebab nya takut lak nya pemos kedak retis katanya.

Eh berbalit cita rah Kampong ku yang terchenta tek iaitu Kampung Hilir, Serian. Rupa-rupanya rah kampong tuklah best sebab banyak subjek untuk fotografi. Main landscapelah, main macrolah. Main astrophotoglah dan macam-macam. Main potret jak ku sik sempat kotan gago nak ngepong bulan-bintang tek. Sanggup berjaga sampei kol 1 pagi semata-mata mok ambik gambar bulan. Ya jaklah untuk episod kali tuk yerrr.. Lak sambong gik. :P



Atas Awan



Bulan Siang Hari



Rumah Saya



Bulan di Kampung



Mi Kolok CD



Juadah Sungkei



Kek Lapis Sarawak Halal



Kek Lapis Sarawak Halal



Double Expose: Over + Under



Bulan Rindu

Thursday, August 11, 2011

Awas! Aneka Juadah Untuk Berbuka Puasa :P



DSC08354



Jangan! Jangan tak tengok hehe. Kan dah cakap jangan.. hehe.. Gambar-gambar berikut dirakamkan di Bazaar Ramadhan Taiping, Perak. Seperti bulan-bulan puasa yang lepas, aku suka sangat merayau-rayau kat bazaar Ramadhan ni untuk ambik gambar. Cuma kali ini aku nak ambil style lain sikit. Terima kasih kepada Sony Alpha a300 kerana ada skrin lcd yang boleh pusing-pusing, menyenangkan kerja aku. I sayang you tauwww wahai a300 hehehe.. InsyaAllah lepas ni pulak mangsa seterusnya ialah Bazaar Ramadhan Satok di Kuching dan Bazaar Ramadhan Pantai Dalam, KL.

Bazaar Ramadhan Kamunting, Perak, Bazaar Ramadhan Sunway Mentari dan Bazaar Ramadhan Seksyen 14 Petaling Jaya aku tak sempat nak ambik gambar guna kamera dslr. Pakai telepong jerr.. Lain kali jelah. Kepada semua kawan-kawan yang beragama Islam, selamat menunaikan ibadah puasa dan kita jumpa lagi dalam entry seterusnya. Wassalam :)



DSC08312



Buah Melaka



DSC08340



DSC08343



DSC08316



DSC08333



DSC08315



DSC08334



DSC08329



DSC08342



DSC08308

Tuesday, August 9, 2011

Kamera Cinonet Berkuasa Tinggi Untuk Hari Raya..






Allo kawan.. Ni ada iklan baik punyer.. Kamera Sony NEX-C3 terbaru. Apa yang best sangat? Ntah ler.. Aku pun tak pernah cuba try test lagi..  Aku suka lagu latar iklan ni jer.. hehe.. Nak tau spec kamera ni, baik tanye enchek gugel. Masih blur lagi nih.. Nak kamera ape plak aku lepas ni? Betul-betul blur.. Rasa nak balik zaman ambik video macam dulu-dulu. :P


ISO start 200? eh ape daaa..
Peaking mode? manual focus made easy.. best!
Picture Effects? menarik..
Yang lain-lain sama macam NEX-3 atau NEX-5.. Panorama HD video bla bla bla..
Belum ada di pasaran Malaysia.. Lepas raya baru ada.. Cehhh!
Eh dah ada! Kat Studio Zaloon Pudu, KL :)

Friday, August 5, 2011

Ramadhan Terakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa buat kawan-kawan blogger sekalian. Ini adalah cerpen pertama dari aku. Cerpen katanye hehe.. Cerpen ini tidak ada berkaitan dengan sesiapa yang hidup ataupun yang dah mati. Sehingga ke hari ini, tiada seisapa atau mana-mana haiwan terkorban atau dikorbankan untuk menghasilkan cerpen ini. Unsur gurauan atau keseriusan cerpen ini adalah untuk hiburan semata-mata. Tiada apa-apa protokol atau garis panduan cerpen sebenar yang digunakan bahkan sekadar hamtam kromo sesuka hati. Sebarang komen atau kritikan amatlah dialu-alukan. :)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Mat Misai tersenyum riang tatkala semua kenalan dan para jemputan gelojoh menjamu air teh CNInya. Slurrrrppp... satu persatu cawan yang terhidang habis diminum. Ini bukan majlis anjurannya, akan tetapi dia sendiri adalah tetamu jemputan sahabatnya iaitu Zulkifli bersempena kejayaan anak sulung Zul yang berumur 1 tahun tamat pengajian kursus siri asas latihan menembak kambing bilangan 1/2011.


Hello..

Zul berasa lega kerana Mat Misai sudi mampir sambil mempromosikan produk CNInya. Apakan tidak, penat lelah perancangan yang diatur rapi selama ini menjadi. Usaha Zul untuk mengkenenkan Mat Misai dengan Zetty semakin berjaya. Zetty di satu sudut lain sedang bergelak ketawa terbahak-bahak terguling-guling dengan sahabatnya Fadia Fafa Fhewwit. Mat Misai memerhati gelagat Zetty bak  Singa pura-pura membenamkan Harimau Malaya dengan agregat 6-4. Sesekali bila Zetty memandangnya, Mat Misai akan berpura-pura sakit mata, mengenyit-ngenyitkan mata kirinya. Namun Zetty yang rabun ayam tidak nampak akan semua itu.

"Sampai bila kau nak menjadi ciken yang takde ekor? Takkan kau nak biarkan peluang ni berlalu macam tu jer? Kau ni memang ciken takde ekor kau tau tak? Kok! kok! kok!.." provok Zul pada Mat Misai. Sesekali Zetty tersenyum manja seolah-olah mendengar apa yang telah Zul perkatakan. Kelihatan wajah Zetty yang comot dengan makanan yang melekat pada pipi dan dagunya lalu dikesatnya sahaja pada lengan baju. "Ya, aku memang ciken, tapi masih punyai ekor." kata Mat Misai pada Zul. Sekali ditolehnya ke tempat Zul berdiri tadi rupa-rupanya Zul dah lama blah. "Cehh.. Aku cakap sorang-sorang rupanya. Kambing punya Zul." keluh Mat Misai.

Maka diringkaskan cerita, majlis itu pun tamat tanpa ada apa-apa tindakan susulan dari Mat Misai. Ternyata dia memang seekor ciken yang takde ekor, penakut dan bacul. Sia-sia usaha Zul mengadakan majlis itu. Hasil pun tarak. Menghabiskan boreh je. Masing-masing pun balik dan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.

Setelah hampir setahun pun berlalu.. Namun pada suatu pagi Ramadhan, kedengaran bunyi ayam berkokok "kokkk.. kok.. kok.. kokkkkkkkk!!!" Mat Misai tersedar dari tidur. Dilihatnya jam masih sempat lagi untuk bersahur. Cepat-cepat dia turun ke bawah rumah dan tangkap ayam yang bising berkokok tadi. Selepas itu dilepaskannya ditepi jalan dengan harapan ayam itu memohon keampunan. Namun ayam itu buat derk jer. Mat Misai pun hangin satu badan dan membiarkan ayam itu berlalu pergi di dalam kegelapan pagi. "Mungkin ayam itu akan terbang berhijrah ke Amerika bersama-sama sekawanan burung botak" getus hati kecilnya cuba untuk berfikir secara positif dan saintifik.

Sampai sahaja di dapur rumah, dia mencuci tangan dengan sabun fab buku berwarna biru. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.. "Tet tet.. tet tet.. Ada sms ler ciken!" Dia tersentap layu, baru teringat bahawa hampir setahun telefon bimbitnya tidak pernah menerima sebarang sms. Maka dengan perasaan ingin tahu dia pun membuka telefon bimbitnya dengan pemutar skru. Setelah dikeluarkannya 8 bijik skru, barulah dia dapat membaca sms itu. "Salam Ramadhan Abam Mat. Ingat daku dalam tarawihmu. Yang benar Zetty The Pom-Pom Girl." Mat Misai terperanjat. Telefon bimbitnya terpelanting 100 meter akibat terkejutnya itu. Segera dia mencari nombor telefon Zetty dalam buku 555. Ya.. ada.. tertulis "Zetty hutang RM2 ringgit susah bebenor nak bayor. Kalau campur interest ni kurang-kurang jadik RM200. Tapi kalau dia jadik girlfreind aku, free of charge!." Terus dia mendail no Zetty..

Nun jauh di Pantai Hill Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur Zetty yang baru lepas bersahur berdiri tegak sambil mengepakkan kedua-dua tangannya ala-ala Titanic di tingkat atas sekali kondominium. Dilihatnya telefonnya berdering lalu dia pun mengangkatnya. "Hello.. Hallu.. Allohaaaa.." Tapi telefon terus berbunyi. Rupa-rupanya Zetty terambik remote control tv. Dia tersipu malu keseorangan. Pipinya merah menahan malu. "Nasib baik orang tak nampak aku cakap pakai remote tv, kalau tak mesti orang kata aku gila." luahnya dalam hati. Dia terus mencari-cari lalu terjumpa di dalam bakul pakaian di sudut rumah. "Hello-hello-hello-hai hai hai!" jawab Zetty.. Maka perbualan hangit pun berlaku.. 



Mat Misai: Halluu.. Bulih cakap sama itu Jetty? (berlakon dalam loghat cina)

Zetty: Wei, ni she sui?

Mat Misai: Alamakk.. pandai pulok dia ni kecek cino. Kawe baru nak main-main gurau manje jer.. hihi

Zetty: Eh.. macam pernah dengar suara ni tapi kat mane aar? Pelawok.. Pelawok.. Pelawok..

Mat Misai: Cuba teka.. Kalau betul, saya bagi satu BlackBerry kaler biru saya cat sendiri.

Zetty: Ni ex saya dulukan Cheah?

Mat Misai: Hah apaaa?? (sedih)

Zetty: Amirfx kan??

Mat Misai: Hah?? Bukan.. (bertambah sedih sambil tangan meraba-raba atas meja mencari pisau)

Zetty: Shafiq kan??

Mat Misai: Errkkk.. Bukan!!  (sudah menjumpai pisau sambil tangan terketar-ketar)

Zetty: Habis tu kalau semua bukan, takkan bapak saya kot :(

Mat Misai: Errkk! Hampir tepat.. Tekalah lagi..

Zetty: Wait a minute, is it Abam Mat Mustache tu kan??

Mat Misai: Ya betul.. Ingat pun awak. Tapi siapa nama-nama lelaki yang awak sebutkan tadi?

Zetty: Errr... errrr.. (sambil mencari helah) abang-abang sepupu hehe..

Mat Misai: Oh.. phewww! Ingatkan sape tadi. Awak tau tak awak hantar sms kat saya mmg saya terkejut.

Zetty: Maaf klu sms tu mengejutkan awak dari tidur.

Mat Misai: Tak, maksud saya, saya terkesima, tersentap, terperanjat, terpelanting hati saya masa baca sms awak.

Zetty: Apsal pulak? 

Mat Misai: Yelah.. kalau awak nak tau, kebetulan esok adalah hari terakhir saya menggunakan nombor celcom ni. Baru nak tukar nombor lain. Kalau tak, mesti saya tak tau awak ada sms saya. Mesti awak rindukan saya kan?

Zetty: Errrrr.. Sebenornye.. errrr..

Mat Misai: Alah, cakap je lah I lap u! hihi

Zetty: Errrr.. biar saya berterus-terang dengan abam.. Saya sebenarnye nak hantar sms tu pada Abam Mat Komando, tunang saya yang kije sebagai pak guard di Awana Kijal. Tapi tersalah hantor. Maafkan saya abam Mat Misai.. Saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Mat Misai: Apa? Banzaiiiii!!! (sambil dia memegang pisau dan menoreh-noreh dinding rumah menjadi lukisan alam) Tidakkk.. katakan semua ini tidak berlaku! Katakanlah wahai Zetty..

Zetty: You're terminated! Asta lavista Bebeh!

Mat Misai: Tidakkkkkkkkkkkk!!



Maka itulah dia Ramadhan terakhir buat Mat Misai dan Zetty. Mat Misai dikatakan telah berhijrah ke Pakistan dan menjual karpet buatan Malaysia. Dia dikatakan menjadi jutawan dan mempunyai 4 orang isteri dari Pakistan, Uzbekistan, Gohead-Goestan dan Tanjung Rambutan manakala Zetty akhirnya berkahwin dengan abam kesayangannya iaitu Mat Komando dan berniaga senjata api dan akhirnya menjadi isteri mafia tekenal dan mempunyai filem keluarannya sendiri iaitu "My Wife Is A Gangster". Sekian.. Terima kasih.

Monday, August 1, 2011

Sebarkan! Kepalsuan Hadis Kelebihan Tarawih

Sunset



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Atas rasa tanggungjawab dengan ini aku nak berkongsi maklumat penting untuk kita sama-sama tau dan sila sebarkan dan bagitau keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai korang. Mereka berhak untuk tau jugak.. Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua kawan-kawan alam maya ini semoga beroleh keberkatan dan rahmat keampunan Ilahi.. Aminnn..


Petikan asal adalah dari dari laman sesawang http://mufti.islam.gov.my


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. diantara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

{ My Popular Posts }