Friday, August 5, 2011

Ramadhan Terakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa buat kawan-kawan blogger sekalian. Ini adalah cerpen pertama dari aku. Cerpen katanye hehe.. Cerpen ini tidak ada berkaitan dengan sesiapa yang hidup ataupun yang dah mati. Sehingga ke hari ini, tiada seisapa atau mana-mana haiwan terkorban atau dikorbankan untuk menghasilkan cerpen ini. Unsur gurauan atau keseriusan cerpen ini adalah untuk hiburan semata-mata. Tiada apa-apa protokol atau garis panduan cerpen sebenar yang digunakan bahkan sekadar hamtam kromo sesuka hati. Sebarang komen atau kritikan amatlah dialu-alukan. :)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Mat Misai tersenyum riang tatkala semua kenalan dan para jemputan gelojoh menjamu air teh CNInya. Slurrrrppp... satu persatu cawan yang terhidang habis diminum. Ini bukan majlis anjurannya, akan tetapi dia sendiri adalah tetamu jemputan sahabatnya iaitu Zulkifli bersempena kejayaan anak sulung Zul yang berumur 1 tahun tamat pengajian kursus siri asas latihan menembak kambing bilangan 1/2011.


Hello..

Zul berasa lega kerana Mat Misai sudi mampir sambil mempromosikan produk CNInya. Apakan tidak, penat lelah perancangan yang diatur rapi selama ini menjadi. Usaha Zul untuk mengkenenkan Mat Misai dengan Zetty semakin berjaya. Zetty di satu sudut lain sedang bergelak ketawa terbahak-bahak terguling-guling dengan sahabatnya Fadia Fafa Fhewwit. Mat Misai memerhati gelagat Zetty bak  Singa pura-pura membenamkan Harimau Malaya dengan agregat 6-4. Sesekali bila Zetty memandangnya, Mat Misai akan berpura-pura sakit mata, mengenyit-ngenyitkan mata kirinya. Namun Zetty yang rabun ayam tidak nampak akan semua itu.

"Sampai bila kau nak menjadi ciken yang takde ekor? Takkan kau nak biarkan peluang ni berlalu macam tu jer? Kau ni memang ciken takde ekor kau tau tak? Kok! kok! kok!.." provok Zul pada Mat Misai. Sesekali Zetty tersenyum manja seolah-olah mendengar apa yang telah Zul perkatakan. Kelihatan wajah Zetty yang comot dengan makanan yang melekat pada pipi dan dagunya lalu dikesatnya sahaja pada lengan baju. "Ya, aku memang ciken, tapi masih punyai ekor." kata Mat Misai pada Zul. Sekali ditolehnya ke tempat Zul berdiri tadi rupa-rupanya Zul dah lama blah. "Cehh.. Aku cakap sorang-sorang rupanya. Kambing punya Zul." keluh Mat Misai.

Maka diringkaskan cerita, majlis itu pun tamat tanpa ada apa-apa tindakan susulan dari Mat Misai. Ternyata dia memang seekor ciken yang takde ekor, penakut dan bacul. Sia-sia usaha Zul mengadakan majlis itu. Hasil pun tarak. Menghabiskan boreh je. Masing-masing pun balik dan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.

Setelah hampir setahun pun berlalu.. Namun pada suatu pagi Ramadhan, kedengaran bunyi ayam berkokok "kokkk.. kok.. kok.. kokkkkkkkk!!!" Mat Misai tersedar dari tidur. Dilihatnya jam masih sempat lagi untuk bersahur. Cepat-cepat dia turun ke bawah rumah dan tangkap ayam yang bising berkokok tadi. Selepas itu dilepaskannya ditepi jalan dengan harapan ayam itu memohon keampunan. Namun ayam itu buat derk jer. Mat Misai pun hangin satu badan dan membiarkan ayam itu berlalu pergi di dalam kegelapan pagi. "Mungkin ayam itu akan terbang berhijrah ke Amerika bersama-sama sekawanan burung botak" getus hati kecilnya cuba untuk berfikir secara positif dan saintifik.

Sampai sahaja di dapur rumah, dia mencuci tangan dengan sabun fab buku berwarna biru. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.. "Tet tet.. tet tet.. Ada sms ler ciken!" Dia tersentap layu, baru teringat bahawa hampir setahun telefon bimbitnya tidak pernah menerima sebarang sms. Maka dengan perasaan ingin tahu dia pun membuka telefon bimbitnya dengan pemutar skru. Setelah dikeluarkannya 8 bijik skru, barulah dia dapat membaca sms itu. "Salam Ramadhan Abam Mat. Ingat daku dalam tarawihmu. Yang benar Zetty The Pom-Pom Girl." Mat Misai terperanjat. Telefon bimbitnya terpelanting 100 meter akibat terkejutnya itu. Segera dia mencari nombor telefon Zetty dalam buku 555. Ya.. ada.. tertulis "Zetty hutang RM2 ringgit susah bebenor nak bayor. Kalau campur interest ni kurang-kurang jadik RM200. Tapi kalau dia jadik girlfreind aku, free of charge!." Terus dia mendail no Zetty..

Nun jauh di Pantai Hill Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur Zetty yang baru lepas bersahur berdiri tegak sambil mengepakkan kedua-dua tangannya ala-ala Titanic di tingkat atas sekali kondominium. Dilihatnya telefonnya berdering lalu dia pun mengangkatnya. "Hello.. Hallu.. Allohaaaa.." Tapi telefon terus berbunyi. Rupa-rupanya Zetty terambik remote control tv. Dia tersipu malu keseorangan. Pipinya merah menahan malu. "Nasib baik orang tak nampak aku cakap pakai remote tv, kalau tak mesti orang kata aku gila." luahnya dalam hati. Dia terus mencari-cari lalu terjumpa di dalam bakul pakaian di sudut rumah. "Hello-hello-hello-hai hai hai!" jawab Zetty.. Maka perbualan hangit pun berlaku.. 



Mat Misai: Halluu.. Bulih cakap sama itu Jetty? (berlakon dalam loghat cina)

Zetty: Wei, ni she sui?

Mat Misai: Alamakk.. pandai pulok dia ni kecek cino. Kawe baru nak main-main gurau manje jer.. hihi

Zetty: Eh.. macam pernah dengar suara ni tapi kat mane aar? Pelawok.. Pelawok.. Pelawok..

Mat Misai: Cuba teka.. Kalau betul, saya bagi satu BlackBerry kaler biru saya cat sendiri.

Zetty: Ni ex saya dulukan Cheah?

Mat Misai: Hah apaaa?? (sedih)

Zetty: Amirfx kan??

Mat Misai: Hah?? Bukan.. (bertambah sedih sambil tangan meraba-raba atas meja mencari pisau)

Zetty: Shafiq kan??

Mat Misai: Errkkk.. Bukan!!  (sudah menjumpai pisau sambil tangan terketar-ketar)

Zetty: Habis tu kalau semua bukan, takkan bapak saya kot :(

Mat Misai: Errkk! Hampir tepat.. Tekalah lagi..

Zetty: Wait a minute, is it Abam Mat Mustache tu kan??

Mat Misai: Ya betul.. Ingat pun awak. Tapi siapa nama-nama lelaki yang awak sebutkan tadi?

Zetty: Errr... errrr.. (sambil mencari helah) abang-abang sepupu hehe..

Mat Misai: Oh.. phewww! Ingatkan sape tadi. Awak tau tak awak hantar sms kat saya mmg saya terkejut.

Zetty: Maaf klu sms tu mengejutkan awak dari tidur.

Mat Misai: Tak, maksud saya, saya terkesima, tersentap, terperanjat, terpelanting hati saya masa baca sms awak.

Zetty: Apsal pulak? 

Mat Misai: Yelah.. kalau awak nak tau, kebetulan esok adalah hari terakhir saya menggunakan nombor celcom ni. Baru nak tukar nombor lain. Kalau tak, mesti saya tak tau awak ada sms saya. Mesti awak rindukan saya kan?

Zetty: Errrrr.. Sebenornye.. errrr..

Mat Misai: Alah, cakap je lah I lap u! hihi

Zetty: Errrr.. biar saya berterus-terang dengan abam.. Saya sebenarnye nak hantar sms tu pada Abam Mat Komando, tunang saya yang kije sebagai pak guard di Awana Kijal. Tapi tersalah hantor. Maafkan saya abam Mat Misai.. Saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Mat Misai: Apa? Banzaiiiii!!! (sambil dia memegang pisau dan menoreh-noreh dinding rumah menjadi lukisan alam) Tidakkk.. katakan semua ini tidak berlaku! Katakanlah wahai Zetty..

Zetty: You're terminated! Asta lavista Bebeh!

Mat Misai: Tidakkkkkkkkkkkk!!



Maka itulah dia Ramadhan terakhir buat Mat Misai dan Zetty. Mat Misai dikatakan telah berhijrah ke Pakistan dan menjual karpet buatan Malaysia. Dia dikatakan menjadi jutawan dan mempunyai 4 orang isteri dari Pakistan, Uzbekistan, Gohead-Goestan dan Tanjung Rambutan manakala Zetty akhirnya berkahwin dengan abam kesayangannya iaitu Mat Komando dan berniaga senjata api dan akhirnya menjadi isteri mafia tekenal dan mempunyai filem keluarannya sendiri iaitu "My Wife Is A Gangster". Sekian.. Terima kasih.

20 comments:

  1. kehkehkeh dah ada kispen...

    teruskan berkarya.. :D

    ReplyDelete
  2. hehehe.sik bleh tetak kuat2 pok.hihi.gila deras cerpen tok pok.bleh masok pertandingan cerpen terbaik. :)

    ReplyDelete
  3. hahaha, pecah perut baca, kisah benar yang dibenar2kan lagi pastu di tambah dengan tokok tambah yang merapu, merepek lagi meraban,


    syabas mere bhai, syabas!!

    ReplyDelete
  4. @Khairul Anatsha.. terima kasih.. hehehe

    @labulabi.. haha.. bila boring melanda, mcm2 idea gila2 kuar hahaha

    @wanna.. hahaha.. kan semalam dah cakap ngan zetty, nak wat cerpen pasal kisah pertemuan dia dgn abg Mat Misai kekeke.. CUma kali ni citer tu dipesongkan dari cerita asal kekeke...

    ReplyDelete
  5. 1st time singgah sini
    hehehee
    thx singgah blog aku...
    ade cerpen pulak eh... slamat berpuase :)

    ReplyDelete
  6. Hahahaha tetak mek baca.. hahaha..
    Terus kaka ofc tu tegur..'tersengih².. hahaha..

    ReplyDelete
  7. Kalau masuk sayembara penulisan cerpen mesti meletopz. Hehehe... kakak ketawa sendirian di jumaat yg indah....:)

    ReplyDelete
  8. Terbaik la cito yooo! sine oleh idea ngerepak tukk!

    ReplyDelete
  9. kehkehkeh.....pande juak kitak oo..hehehehe

    ReplyDelete
  10. Haha.. tajuk lagu sedeh.. crita lagu Maharaja Lawok!
    Selamat berpuasa Wa.. mohon ampun kmk :)

    ReplyDelete
  11. yer..dh jadi penulis eh.bila nak difilemkan cerpen tok wa onggon?

    ReplyDelete
  12. wah bro buat cerpen pulak dah ..kreatif

    ReplyDelete
  13. Wakakakak... Ada bakat nk tulis skrip sitkom komedi neh.. Sian mat misai.. Idop misteri sgt sape suroh.. Neway, nice cerpen ini yehh!!!!

    ReplyDelete
  14. wah!wa khairul ada bakat terpendam paduhal..pendei nulis cerpen..hevat! =0).
    senyum sengih sorang2 mek baca crita tuk eh =0).

    ReplyDelete
  15. haha..tergelak sampai kuar air mata baca...ish....

    ReplyDelete
  16. hahaha.. sentap mak membacanya.... sampai sekarang gelak lagik nih... kalau mimpi.. mesti dah terkencing2 nih...

    ReplyDelete
  17. Haha.. Ado wak namo aku lam cito ya tek jang.. hahaa.. Nice... Ko patut tambah Mat Misai ya bertambah lebat bulu misainya kotan pras ngn Zetty.. Sak jadi kedak Osama Laden.. haha..

    ReplyDelete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }