Showing posts with label ramadhan al-mubarrak. Show all posts
Showing posts with label ramadhan al-mubarrak. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

"Jom Beli Barang Raya" di Putrajaya Presint 2



Assalamualaikum.. Semalam aku ada tulis pasal "Ape yang menarik di Pasar Ramadhan Presint 2 Putrajaya?" dan bersebelahan Pasar Ramadhan itu juga ada karnival "Jom Beli Barang Raya". Alah sebelah Bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tu ler.. Ada macam-macam barangan dengan harga yang menarik seperti kerongsang dan butang baju melayu dari Sabah, tali pinggang dan wallet jenama Smalto & Arrow original, beg tangan wanita, pakaian hari raya, barangan elektrik, biskut raya dan kek lapis Sarawak, coklat raya dan macam-macam lagi..

Psssttt... Semua gambar diambil menggunakan iPhone 4.. :)


Jom Beli Barang Raya | Putrajaya, Presint 2 | 25-29 Julai 2012 | 10 pagi - 10 malam



Jom Beli Barang Raya | Putrajaya, Presint 2 | 25-29 Julai 2012 | 10 pagi - 10 malam



Jom Beli Barang Raya | Putrajaya, Presint 2 | 25-29 Julai 2012 | 10 pagi - 10 malam



Jom Beli Barang Raya | Putrajaya, Presint 2 | 25-29 Julai 2012 | 10 pagi - 10 malam



Jom Beli Barang Raya | Putrajaya, Presint 2 | 25-29 Julai 2012 | 10 pagi - 10 malam

Wednesday, July 25, 2012

Ape yang menarik di Pasar Ramadhan Presint 2 Putrajaya?

Pasar Ramadhan Putrajaya 2012



Salam Ramadhan Al-Mubarrak.. Dah pukul 3 lebih dah ni.. Nanti balik nak beli juadah ape untuk berbuka? Pernah cuba try test tak beli juadah di Presint 2, Putrajaya? Kat sini memang meriah. Gambar yang aku sempat ambik ni pun gambar hari minggu. Kalau hari bekerja perghhh padat macam sardin. Tapikan.. kat sini banyak juadah istimewa lagi in-ter-na-sio-nal! Ada pelbagai juadah yang menarik dan best-best belaka untuk dicuba. Antaranya ialah "Nasi Mandi Kambing RM7.00" nasi yang biasa dijumpai di Mekah, "Arnab Golek Opah Farm RM60 seekor, RM35 setengah ekor, RM5 satu bahagian kecil", "Murtabak Singapore RM8 kecil, RM18 besar" dan pelbagai lagi juadah yang pelik-pelik dan bukan kebiasaan kita. Okeh, itu sajorkkk... Selamat berbuka puasa semua.. Kbai... :)

Pssst... Semua gambar diambil menggunakan kamera Sony NEX-5N + SEL18-55mm kitlens.. Im not using an ultra wide angle lens for that day :)



Pasar Ramadhan Putrajaya 2012



Pasar Ramadhan Putrajaya 2012



Pasar Ramadhan Putrajaya 2012



Pasar Ramadhan Putrajaya 2012



DPutrPasar Ramadhan Putrajaya 2012ajaya, MYSC07324



Pasar Ramadhan Putrajaya 2012



Pasar Ramadhan Putrajaya 2012

Monday, August 22, 2011

Bazar Ramadhan Jalan Semarak


DSC08703



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry ringkas je ni tapi gambar-gambar dalam entry ni sangatlah merbahaya untuk dilihat ehekk.. Gambar-gambar berikut telah diambil sewaktu aku berada di Bazar Ramadhan Jalan Semarak di Kuching, Sarawak bukannya Jalan Semarak di KL hoccayyyy.. hehehe..

Macamana bazar Ramadhan di Semenanjung, macamtu ler lebih kurang sama ngan yang di Sarawak. Tapi yang bestnya bazar di Sarawak ni kan, ada pelbagai makanan negeri-negeri lain seperti laksa Penang, laksa Perak, laksam dan macam-macam lagi makanan 1Malaysia. Malangnya hari yang aku bertandang kat sini hari hujan lebat dan keadaan cahaya yang malap sedikit sebanyak menjejaskan gambar-gambar yang aku ambik. So, ini jer yang ok so layan je lah. :P



DSC08672



DSC08691



DSC08706



DSC08676



DSC08677



DSC08684



DSC08668



DSC08686

Thursday, August 11, 2011

Awas! Aneka Juadah Untuk Berbuka Puasa :P



DSC08354



Jangan! Jangan tak tengok hehe. Kan dah cakap jangan.. hehe.. Gambar-gambar berikut dirakamkan di Bazaar Ramadhan Taiping, Perak. Seperti bulan-bulan puasa yang lepas, aku suka sangat merayau-rayau kat bazaar Ramadhan ni untuk ambik gambar. Cuma kali ini aku nak ambil style lain sikit. Terima kasih kepada Sony Alpha a300 kerana ada skrin lcd yang boleh pusing-pusing, menyenangkan kerja aku. I sayang you tauwww wahai a300 hehehe.. InsyaAllah lepas ni pulak mangsa seterusnya ialah Bazaar Ramadhan Satok di Kuching dan Bazaar Ramadhan Pantai Dalam, KL.

Bazaar Ramadhan Kamunting, Perak, Bazaar Ramadhan Sunway Mentari dan Bazaar Ramadhan Seksyen 14 Petaling Jaya aku tak sempat nak ambik gambar guna kamera dslr. Pakai telepong jerr.. Lain kali jelah. Kepada semua kawan-kawan yang beragama Islam, selamat menunaikan ibadah puasa dan kita jumpa lagi dalam entry seterusnya. Wassalam :)



DSC08312



Buah Melaka



DSC08340



DSC08343



DSC08316



DSC08333



DSC08315



DSC08334



DSC08329



DSC08342



DSC08308

{ My Popular Posts }