Wednesday, December 16, 2015

Wow! Bangi Gateway Shopping Complex



Ini adalah kali pertama saya datang ke sini. Dari Putrajaya ke Bandar Baru Bangi hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan. Dari luar, bangunan yang nampak 'biasa-biasa' ini tidak menarik perhatian saya langsung pada mulanya. Setelah masuk ke parkir tingkat bawah seperti kompleks membeli-belah yang lain, jangkaan saya meleset sama sekali. Maka dengan ini saya berasa teruja untuk berkongsi pengalaman dengan apa yang telah saya lihat petang tadi. Maaf, gambar dirakam menggunakan telefon pintar iPhone 5. Kebetulan hujan lebat petang tadi dengan suasana agak gelap sedikit tetapi dilimpahi dengan lampu premis dan lampu kelip-kelip (lampu raya). 



Apa yang menariknya? Menjejakkan kaki ke sini merupakan satu pengalaman yang amat menarik kerana kebanyakan kedai-kedai di sini diusahakan oleh majoriti orang Melayu. Selebihnya kaum lain boleh dikira dengan jari. Biasanya kalau kita ke pusat beli-belah yang lain, kebanyakan peniaga adalah dari kaum Cina. Di sini, suasana itu begitu berbeza seolah-olah saya berada di negeri Kelantan.



Kompleks membeli-belah ini menempatkan ruang perniagaan seperti Spa untuk muslimah, farmasi, butik-butik pakaian dari baju kurung hingga ke jubah, kedai kain tudung, kedai menjahit pakaian, kedai makanan segera, kedai makanan Jepun dan Korea, kedai telefon, kedai barangan runcit, kedai emas, kedai cermin mata, kedai buku, kedai barang hiasan rumah, kedai mencetak t-shirt, pusat permainan dan hiburan keluarga  dan banyak lagi. Terdapat juga arked yang menempatkan pakaian muslimin dan muslimah, gerai-gerai makanan yang sedap-sedap dan Bangi Gateway Hotel di dalam bangunan kompleks beli-belah yang sama..

Jika anda berminat untuk datang 'cuci mata', membeli-belah atau jalan-jalan cari makan, berikut adalah maklumat yang boleh dijadikan rujukan.



Alamat: Persiaran Pekeliling, Seksyen 15,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

No. telefon: 03-33746888

Masa operasi: 10 pagi - 10 malam

Peta lokasi:
 Peta Lokasi
























Tuesday, December 15, 2015


MH2710 Kuala Lumpur - Sandakan


Assalamualaikum. Catatan kali ini adalah sekadar untuk berkongsi maklumat. Selepas kita dikejutkan dengan trajedi kehilangan pesawat MH370 baru-baru ini, ramai di antara kita sudah mula takut atau phobia untuk menaiki kapal terbang. Ada juga yang sudah mula tidak percaya bahawa kapal terbang adalah pengangkutan paling selamat di dunia. Siri kejadian yang membabitkan kapal terbang kebelakangan ini juga menambahkan lagi ketakutan. Bermula dengan kehilangan pesawat MH370, enjin pesawat Malindo Air terbakar dan mendarat cemas, tayar meletup, ancaman bom palsu, satu demi satu kejadian ini berlaku bagaikan badi yang tidak berkesudahan. Tidak dinafikan memang berlaku beberapa masalah teknikal pada pesawat-pesawat tempatan sebelum ini namun bukankah masalah sedemikian juga menimpa syarikat-syarikat penerbangan terkemuka dunia seperti Qantas Air dan Virgin Air yang dikatakan memiliki rekod terbaik dari segi tahap keselamatan mereka?

Siapalah kita untuk melawan takdir Allah SWT? Jika Dia berkehendakkan sesuatu, dengan hanya berkata jadi, maka jadilah ia. Jika sudah sampai ajal kita, bukan sahaja di dalam kapal terbang, di mana-mana pun kita pasti akan mati juga. Saya bukanlah pakar agama, tetapi ini hanyalah sekadar tazkirah (peringatan) untuk diri sendiri dan kita semua. Konspirasi? Sabotaj? Itu terpulanglah pada persepsi masing-masing. Memahami apa itu takdir dan memahami cara untuk menerima takdir adalah perkara yang tidak boleh diambil ringan. Melawan takdir atau tidak mahu menerima hakikat takdir pula adalah suatu perbuatan tidak yakin pada qada' dan qadar dan secara otomatik tidak mempercayai rukun iman yang keenam dalam agama Islam yang boleh menyebabkan tertolaknya iman seseorang. Wallahu 'aklam.

Kita sering lupa untuk membaca doa menaiki kapal terbang.


Doa menaiki kenderaan:

بِسْمِ اللَّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا 

Ertinya: "Dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya."

Keterangan: Doa ini bersumber dari Al-Qur'an, surat Huud ayat 41. Di zaman Rasulullah SAW, doa ini adalah doa untuk menaiki kenderaan laut dan setelah ada kenderaan udara (kapal terbang), alim ulama sepakat menyatakan bahawa doa ini juga boleh digunakan.



Jangan lupa untuk memberikan perhatian pada arahan keselamatan daripada anak kapal walaupun anda berasakan bahawa anda sudah tahu atau pernah melihat dan mendengar tentang taklimat keselamatan sebelum ini. Taklimat atau arahan keselamatan adalah berbeza dari pesawat ke pesawat yang lain.


Adalah digalakkan untuk membaca doa untuk perjalanan jauh bermula dari keluar rumah lagi ditambah pula dengan bacaan selawat, al-fatihah, ayat kursi dan bertawakal (berserah) pada Allah SWT agar perjalanan kita diberkati dan selamat tiba ke destinasi. Apabila sudah di dalam kapal terbang, maka bacalah doa seperti di atas. Bukankah doa itu ialah satu ucapan permohonan dari hamba-Nya kepada Allah dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolongan-Nya atau menolak segala bahaya, bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu? Sekian. Wassalam.

Sunday, December 13, 2015

JOM MAKAN-MAKAN RESTORAN MABIQ DI KUANTAN

Daging Salai Masak Kicap + Sayur + Tempoyak Petai Ikan Bilis + Ikan Pekasam = RM8.00


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya ingin bercerita mengenai Restoran MABIQ yang terletak di Kuantan, Pahang. Tidak semua orang tahu mengenai "lokasi rahsia" restoran ini waima orang Kuantan sendiri sekali pun. Saya sendiri kerap kali turun ke Kuantan atas urusan kerja bertahun-tahun lamanya namun tidak sedar akan kewujudan restoran sangat istimewa ini. Kalau dah sekali datang ke sini, anda akan rasa nak datang lagi dan lagi dan lagi.

Pelbagai menu di sini hingga tak tahu nak makan apa..


MABIQ adalah singkatan kepada "Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran" yang merupakan sebuah Maahad Tahfiz persendirian yang berkonsepkan pendidikan kebajikan untuk anak yatim dan fakir miskin. Ianya diasaskan oleh Ustaz Jamaluddin di atas tanah beliau sendiri yang berukuran kurang suku ekar di Kg Peramu, Kuantan. Walau bagaimanapun, segala perbelanjaan pendidikan dan makan minum para pelajar ditanggung sepenuhnya oleh pihak MABIQ hasil daripada sumbangan derma ikhlas orang ramai dan juga hasil jualan daripada Restoran MABIQ itu sendiri. Secara ringkasnya, setiap kali anda makan di sini, sebenarnya anda telah membantu meningkatkan ekonomi pihak MABIQ.

Ikan patin ini hanya berharga RM2.00 satu


Apakah yang isitimewa sangat makan di sini? Antara menu utama yang popular di sini ialah Daging Salai Goreng Kicap, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Paeh Patin, Patin Masak Tempoyak, Sambal Hitam, Gulai Lemak Rebung Perut dan banyak lagi. Itu baru sikit menu yang saya senaraikan. Saya akui bahawa kesemua menu yang disebutkan tadi adalah lazat-lazat belaka. Saya berani kata bertaraf 5 bintang! Bayangkan saya dan kawan-kawan seramai lima orang makan di sini dan kelima-lima kami sebulat suara mengakui lauk-pauk yang ada di sini memang tip-tiop dan sangat sedap hingga menjilat jari.

Orang ramai yang berkunjung ke sini tdak putus-putus..


Seperti yang saya maklumkan tadi, tempat ini sangat tersorok. Jika anda hendak datang makan-makan di sini, sebagai panduan, dari bandar Kuantan kena melalui Tanjung Lumpur (yang ada gerai-gerai makan yang banyak tepi jalan sebelah kiri) teruskan ke depan sikit lagi akan nampak papan tanda sebesar skrin komputer belah kiri tertera perkataan MABIQ bersamaan simpang ke Yayasan Pahang. Nampak sahaja papan tanda tersebut terus masuk kiri dan masuk dalam lagi lebih kurang 3-5 minit. Nampak sahaja kereta banyak parking di situ maka itulah MABIQ.

Antara menu istimewa di sini iaitu Paeh Patin (ikan patin yang 'di-paeh' bersama tempoyak) berharga RM7.00


Paeh Patin sungguh memikat selera..


Restoran MABIQ beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 4 petang dari hari Ahad hingga Khamis sahaja. Jadi, jika anda berkunjung ke Kuantan, pastikan anda tidak melepaskan peluang merasa masakan mereka yang menjadi bualan mereka-mereka yang pernah makan di situ. Sedap, lazat dan semestinya halal.

Restoran MABIQ

Wednesday, October 30, 2013

Awas! Pecah Lobang! Data Peribadi Kita Ibarat Pepasir di Tepian Pantai.. Pftttt...

Semua benda kau nak kasi up kat facebook, twitter, instagram, tagged, google+, wechat moment dan media-media sosial yang lain. Bangun pagi, sarapan, makan tengahari, jalan-jalan, berak, cuti, sakit, makan malam, dating, beli baju, keretaku cantik, aku ada iphone 5S, aku pergi London, shopping sakan habis ribu-riban semua nak kasi post. Aiyaaaa..
Semua data peribadi kau nak bagitau, kau pendeklah kau tinggilah, kau kurus gemuklah, kau kidal lah tangan kanan lah, no telefon, email, no kad pengenalan, no kad kredit, nombor lesen moto sampaikan nombor ekor kau beli pun kau nak kasi tunjuk kat semua orang. Aiyooo..
Kadang-kadang kita tak sedar.. Tak salah pun.. Cuma kena berpada-pada.. Kena berhati-hati.. Kena berjantung-jantung.. Kena berparu-paru.. Betapa banyak gambar-gambar gadis/jejaka Melayu terakhir yang "dicilok" dan disalahguna untuk menjadi tatapan umum dalam laman-laman nakal tertentu dan adakalanya laman-laman lucah.. Adoyaii..
Cuma berhati-hati.. Pesanan ini bukan untuk orang lain jer, aku pun kena sama.. hehehe.. K.. Bye..

Tuesday, October 8, 2013

Sedapnya dapat makan kat 4x4 Megi Ketam Bistro



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Gambar adalah diambil menggunakan iPhone 4. Pada 3 hingga 5 Oktober 2013 yang lepas, saya bertugas sebagai urusetia kursus di Suria Cherating Resort, Cherating, Pahang. Mengikut maklumat, resort ni bukanlah berada di Pantai Cherating, tapi lebih kepada Pantai Chendor. Namun lokasi resort ini hanya bersempadan dengan bandar Kemaman, Terengganu memberikan kesempatan pada saya dan geng untuk ke bandar Kemaman yang hanya lebih kurang 10 minit jarak perjalanan sahaja. Entry kali ini bukan nak promosikan otak-otak Che Wan yang pemos-amos tu dan bukan juga nak promosikan kepok lekor mahupun satar yang sedap-sedap kat Kemaman, tapi lebih kepada Megi Ketam.

Haaa.. Sepanjang bertahun-tahun ke Kemaman, ini baru kali pertama saya dapat tau ada kedai menjual Megi Ketam. Sedap ker? Jawapannya ialah sedappp bangat. Puas hati. Memang sangat puashati walaupun hanya makan megi dengan ketam gred/saiz D sahaja. Saya pilih untuk makan Megi Goreng Ketam.. Serius sedap weh..

Lokasi 4x4 Megi Ketam Bistro ini hanyalah beberapa minit (5-10 minit) dari pintu gerbang utama "Selamat Datang ke Bandar Kemaman". Cari stesen minyak Petronas (yang belum siap), betul-betul sebelah Petronas jer. Susah-susah, cari pakai GPS pun boleh.. Kesedapan Megi Ketam ni sampai balik KL pun masih teringat-ingat.. Balik KL terus buat sendirik tapi tak berape nak menjadik (gambar last) huhu.. Yang pasti, kalau datang lagi ke Kemaman, siap kau Megi Ketam!









Saturday, October 5, 2013

Faham Tak Faham




Bila madah mena dipadah bulak. Bila cerita bait-bait ditudoh macam-macam. Bila dipadah pia pitok, kakya pandei ada babak tambahan. Susahkah untuk sik bersangkak jaik? Susahkah nak paham yang apa dipolah selamak tok demi masa depan nya kedirik? Kawu sikkan faham SELAMA-LAMANYA.. Semoga kawu sentiasa dalam lindungan Allah SWT. AKu hanya mampu berdoa dari jaoh. Doa yang bagus2..

Mun kaki sakit, coma sikpat jalan. Mun mata sakit coma sikpat ndiat. Tapi mun hati sakit, jalankah nak ndiatkah semua sikpat. Hanya masa yang boleh merawat kata kawu.. Tazkirah untuk kawu dari kawu. Wahai hati, semoga nya dikurniakan kesihatan, kebahagiaan. Aku bukan sakit hati apatah lagik irihati.. Aku just mok nya cuma berhati-hati. 








Tuesday, October 1, 2013

Pantai Remis, Jeram, Selangor




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar stalkers? Hati-hati! Ada yang memerhati! Kali tuk ku just mok share gambar masa pergi outstation reya di area Kuala Selangor. Arum bulak rasa nak muntah ijo kotan lejuk udah 3 kali ku sia tahun tuk tek. Tapi sib bait dtg antu tiba-tiba rajin nak nyenap gambar makei henpon. Semua gambar adalah al-hasil dari iPhone 4 sajorkkkk.. Noise, gambar sik sharpkah apa terimaklah dengan seadanya. Ok apa.. Terus-terang madah masa outstation ya terik asa dirik rajin nak ngebeng Sony a77 ngan Sony a300. Embak kamera, embak tripod kononnya tek nak ngambik gambar kachak. Last-last alu merepuk atas katil ajak kamera ya sik di duli. Hey stalkers! Gago ko ya! Yahhhh.. haha..

Okai.. Pergi Pantei Remis tek hoh.. Tempat tok terletak di sigek kawasan antara daerah Kapar dan Kuala Selangor yang ditunggah sebagai Jeram. Bukan rah Perak nun aaarr.. Tapi rah Selangor. Sama nama tapi sik serhupa. Mun dari Kuala Selangor lebih kurang 20km pia lah. Mun dari KL asanya mok sejam lebih sikit. Jadi apa nok bestnya pantei tok? Biasa-biasa ajak sebenarnya. Tapi mun kaki nangga sunset, kaki makan seafood, kaki main gudi (layang-layang kata org Melaya), then toklah tempat ktkorg. Mun nak mandik-mandik, ku nangga reya sekda pun orang mandik telanjang haha..

Mun mok meli barang makan seafood sitok oklah juak reganya. Murahlah ikit berbanding rega di pasar di KL. Ketam Bunga gred A rega RM23.00 sekilo (lekak tawar dari rega RM27.00) murahlah bagi org KL tek nak. Nok lain paling ku suka sia ialah kedei-kedei makannya nang nyaman-nyaman.. Belalak eh makan rojak sia. Sik ku ingat panama rojak ya, tapi kedai rojak tambi ya bah, bukan rojak mamak, tapi bahasa kita tambi di Kuching nun. Perghhhh... Mun pandei datang ke sitok, ncobalah mun sik cayak.. 5 bintang! Rega RM3.50 murah juaklah ya.. Nok lain makanan-makanan seafoodnya nyaman juak macam rah tempat-tempat lain.

Errr.. Ya ajaklah.. kepak dah tok.. k bye!

















{ My Popular Posts }