Ini adalah kali pertama saya datang ke sini. Dari Putrajaya ke Bandar Baru Bangi hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan. Dari luar, bangunan yang nampak 'biasa-biasa' ini tidak menarik perhatian saya langsung pada mulanya. Setelah masuk ke parkir tingkat bawah seperti kompleks membeli-belah yang lain, jangkaan saya meleset sama sekali. Maka dengan ini saya berasa teruja untuk berkongsi pengalaman dengan apa yang telah saya lihat petang tadi. Maaf, gambar dirakam menggunakan telefon pintar iPhone 5. Kebetulan hujan lebat petang tadi dengan suasana agak gelap sedikit tetapi dilimpahi dengan lampu premis dan lampu kelip-kelip (lampu raya).
Apa yang menariknya? Menjejakkan kaki ke sini merupakan satu pengalaman yang amat menarik kerana kebanyakan kedai-kedai di sini diusahakan oleh majoriti orang Melayu. Selebihnya kaum lain boleh dikira dengan jari. Biasanya kalau kita ke pusat beli-belah yang lain, kebanyakan peniaga adalah dari kaum Cina. Di sini, suasana itu begitu berbeza seolah-olah saya berada di negeri Kelantan.
Kompleks membeli-belah ini menempatkan ruang perniagaan seperti Spa untuk muslimah, farmasi, butik-butik pakaian dari baju kurung hingga ke jubah, kedai kain tudung, kedai menjahit pakaian, kedai makanan segera, kedai makanan Jepun dan Korea, kedai telefon, kedai barangan runcit, kedai emas, kedai cermin mata, kedai buku, kedai barang hiasan rumah, kedai mencetak t-shirt, pusat permainan dan hiburan keluarga dan banyak lagi. Terdapat juga arked yang menempatkan pakaian muslimin dan muslimah, gerai-gerai makanan yang sedap-sedap dan Bangi Gateway Hotel di dalam bangunan kompleks beli-belah yang sama..
Jika anda berminat untuk datang 'cuci mata', membeli-belah atau jalan-jalan cari makan, berikut adalah maklumat yang boleh dijadikan rujukan.
Laman sesawang: http://www.bangigateway.com/
Alamat: Persiaran Pekeliling, Seksyen 15,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
No. telefon: 03-33746888
Masa operasi: 10 pagi - 10 malam
Peta lokasi:
No comments:
Post a Comment
Terima kasih ;)