Friday, December 18, 2015

Selamat Hari Jadi Ke-20 Windows 95 [Repost]

Ya! Hari ini 24 Ogos 2015 maka genaplah usia 20 tahun sistem operasi Microsoft iaitu Windows 95. Banyak kenangan dan pengalaman yang saya kutip sepanjang menggunakan sistem operasi yang pernah dianggap "canggih" pada zamannya itu sehinggalah setahun kemudian, saya beralih kepada sistem operasi Mac (Mac OS atau sekarang dikenali sebagai Apple) pada tahun 1996 hinggalah tahun 2000. Teringat pada masa itu saya menggunakan cakera liut (floppy disk/diskette) sebesar saiz pinggan mangkuk hahaha.. Pada masa itu juga komputer peribadi tidaklah sehebat mana dan sangat lembab.



Berbeza dengan komputer peribadi jenama Macintosh keluaran Apple, pada penghujung tahun 90an yang menghampiri tahun milenium, komputer Power Macintosh 6300, Power Macintosh 6400/Perfoma dan PowerMac G4 adalah komputer yang paling kerap saya gunakan dan juga merupakan komputer pilihan saya.

Namun pada 24 Ogos 2001, Microsoft telah melancarkan sistem operasi barunya yang diberi nama Windows XP. Maka saya telah beralih semula kepada sistem operasi Windows dan kekal sehingga Windows 7 dan sekarang mengunakan kedua-dua sistem operasi sama ada Windows atau Apple.

Windows 8 dan Windows 10 adalah sistem operasi yang pada hemat saya sangat menyusahkan dan tidak mesra pengguna.

Mohon maaf pada Cikgu Kamaruddin kerana saya pernah "merosakkan" komputer cikgu. Terima kasih kepada pihak sekolah yang memberi kepercayaan kepada saya dengan melantik saya sebagai Naib Presiden Kelab Komputer walaupun saya hanya bantu buka pintu makmal komputer selepas itu saya "escape" hahaha.. Kenangan..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }