Assalamualaikum diariku. Cepatnya masa berlalu sedar sik sedar udah 2 bulan lebih sik update blog. Maaf, sebab terlalu gago ngan kerja kebelakangan tuk. Untuk permulaan, gambar-gambar masa kerja di Miri reya bulan September 2012. Rinduk juak ati bila dapat pergi Miri. Kotan lamak dah sik ke sia rasa mok juak nangga macamney rupa Miri setelah kali pertama datang tahun 2000 dolok. Sia lah mulanya cerita masa bercan dolok. Di sia lah nemu can setelah lamak sik bertemu lekak SPM. Tapi sik sangkak yalah pertemuan pertama dan ya juaklah pertemuan terakhir. Ditakdirkan Tuhan, can ku pergi selamak-lamaknya, pergi tak kembali. Sebab ya setiap kali ninjak bumi Miri piluk jak rasa hati sebab ke siney pun aku melangkah mesti teringat ngannya. Yalah tek, barang yang lepas eboh dikenang kata orang. Hidup mesti diteruskan. Dah lamak rasanya ku sik menitiskan aik mata bila kenangan lamak datang balit dalam pikiran. Ya jaklah tek. Wassalam.
Wednesday, December 12, 2012
Monday, October 1, 2012
Entahlah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa kabar tek? Sehat? Semoga semuanya sehat-sehat dan apa juak yang dirancang ktkorg berjalan dengan lancar. Rasanya nak dekat sebulan atau bersamaan dengan 28 hari ku sik berblog. Blogger tegar macam ku tok biasanya paling lamak pun seminggu jak mun sik update, mun lebih juak alu kedak org kenak sawan arum bulaknya tek. Macam-macam jak dipikir semenjak duak menjak tok ditambah dengan gago kerja luar terbang ke Sabah-Sarawak atas urusan kerja perintah.
Gambar melobo-lobo jak sik diedit masih disimpan debah ketiak dalam harddisk..
Dalam masa yang sama juak aku dalam proses transformasi (katanya tek) dari menggunakan kamera dslr menjadi transformer kamera Sony NEX-5N sepenohnya. Maksudnya tek, mulai harituk, sekdo maso ku nak ngebeng kamera besar kulu-kilir gik macam biasa tapi lebih kepada mode "mun rasa rajin baruk ambik gambar".. Yupp.. Aku akui hobi main basikal kamera tok nang nang kosnya tinggi melantun arum bulak adik-kakak ku dah ngabis duit dalam RM30k lebih kedakya.. Masa untuk nyimpan daun duit atau menabong kata org tek nak neylah tauk pandei mok pergi umrah kah, nait hajikah, atau apa-apa jaklah.. Bak kata org ninggal ninek ku dolok, "konsenteret" jak dengan benda lain yang lebih memerlukan.. yerrr.. Molah design dan fotografi kinektok adalah sekadar hobi untuk isik masa lapang jak dan aku sedar betapa banyak masa lapang aku udah terbuang selamak tok.
Apa-apapun, ku merlu doa adik-kakak kawan-kawan semua semoga apa jak yang ku polah pastuk berjaya.. Aminnnn.. Ku pun mendoakan perkara yang sama sak kita sama-sama berjaya mengatasi apa juak cabaran hidup dan berjaya dalam apa juak yang dirancang.. Aminnn.. Apa kaitan dengan gambar? Entahlah.. Tiba-tiba rasa sayuk, rindu gilak-gilak.. Berayi eh.. Berayi nak balit kampong.. Mintak-mintak opisku pastuk dah start jadi open dan boleh trenspa.. Ku dah rasa macam nak sot dah tuk.. Moga Allah percepatkan dan permudahkan urusanku.. Aminnn.. Andai kata ku ada molah kesalahan atau tersilap perkataan dengan ktkorg selamak tok, ku mohon kemaafan dari hujong rambut sampei hujong jarik kaki. Aku cuma manusia biasa, blogger picisan, photographer amatur yang sememangnya "poyo".. - ikhlas dari hati..
Monday, September 3, 2012
Instagram Raya
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.. Kita masih lagi dalam bulan Syawal kan?? Semangat raya masih berkobar-kobar.. Pergi open house sana, pergi open house sini.. Ni saje-saje nak share gambar2 instagram dalam fon aipong. Fenomena instagram telah melanda kampung ku.. Khamis ni dah "beraya kerja" pulak ke Miri - Bintulu - Kuching.. Salam Aidil Fitri! Maaf zahir dan batin..
Wednesday, August 29, 2012
Selamat Hari Raya Aidil Fitri!
Assalamualaikum.. Semasa balik beraya hari tu di Serian, Sarawak, aku cuba try test Maxis berukben dan ternyata terukkkkk sesangat line tenet Maxis kat sana.. So aku try upload sampai habis raya pun belum tentu boleh upload. Hari ni dah balik KL barulah dapat upload. Jadi masih lagi dalam bulan Syawal rasanya masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua kawan-kawan blogger alam maya ni.. Sekiranya ada terkasar bahasa, terover bergurau-plentey, tersilap tutur kata maka haraplah diampunkan. Maaf zahir dan batin.. :)
WARNING! The opinions expressed herein are my own personal opinions and do not represent other people's view in anyway. Reproduction, transfer, distribution or storage of part or all of the contents in any form or medium without express written permission is prohibited except in accordance with the following permission. All other products, logos and company mentioned in this weblog may be trademarks of their respective owners. I shall not be responsible for any damages suffered as a result of your use of the information in this weblog and in no event shall I be liable for any indirect punitive or consequential damage howsoever arising from your use of this weblog or the information contained herein. All my photos are under full copyright and any downloading, blogging, unauthorized use or distribution of any image is strictly prohibited. © 2007-2012 Khairul Onggon. All rights reserved.
WARNING! The opinions expressed herein are my own personal opinions and do not represent other people's view in anyway. Reproduction, transfer, distribution or storage of part or all of the contents in any form or medium without express written permission is prohibited except in accordance with the following permission. All other products, logos and company mentioned in this weblog may be trademarks of their respective owners. I shall not be responsible for any damages suffered as a result of your use of the information in this weblog and in no event shall I be liable for any indirect punitive or consequential damage howsoever arising from your use of this weblog or the information contained herein. All my photos are under full copyright and any downloading, blogging, unauthorized use or distribution of any image is strictly prohibited. © 2007-2012 Khairul Onggon. All rights reserved.
Tuesday, August 14, 2012
Tamparuli, Sabah
Salam.. Hari dah Ramadhan yang ke 25.. Cepatnya masa berlalu kan.. Tinggal beberapa hari je lagi nak raya.. Ekceli ni nak share gambar-gambar masa kat Tamparuli Sabah. Kalau pernah dengar lagu Jambatan Tamparuli, so ni ler tempatnya.. Nak ke sini senang jer.. On the way nak pergi Kundasang, mesti lalu sini punya.. :)
Tuesday, August 7, 2012
Kota Kinabalu, Sabah - Part 4 - Makan Seafood!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sedar tak sedar hari ni dah masuk 18 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu kan? Tak lama lagi dah nak raya.. Korang balik kampung tak? Angguk-angguk geleng-geleng.. Ok.. Ni sambungan gambar-gambar di Kota Kinabalu Sabah hari tu. Tinggal sikit lagi nak habis yeyehh! :)
Ni kalau sesiapa yang pernah pergi KK mesti tau port makan seafood ni kan? Pergi carik Pasar Philippines dan pergi kat belakang pasaor tu mesti jumpa tempat ni. Kat sini makanan dia memang murah-murah-murahhh.. Aku kalau nak pergi kat mana-mana, yang first sekali aku target ialah makanan tempatan.. Lepas puas makan makanan local barulah makan makanan yang lain macam fast food McD KFC apa semua tu.. Kat KL pun ada kan? SO, kalau korang Cuti-Cuti Malaysia kat Sabah, carik tempat ni dan makan sepuas-puasnya.. KK memang syurga makanan! *gulp*
Thursday, August 2, 2012
Kota Kinabalu, Sabah - Part 3
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Hari ni dah masuk 13 Ramdhan. Tapi gambar-gambar kat Sabah ituari tak habis-habis lagi. Kali ini gambar di rakam di sekitar kawasan belakang Pasar Filipina. Ikan yang berwarna merah tu nama dia ikan Ujie Rashid sebab mata dia besor... Okeh.. Selamat menunaikan ibadah puasa.. Wassalam :)
Gambar diambil menggunakan kamera Sony NEX-5N + Sigma 10-20mm 4.5-5.6 lens ;)
Labels:
borneo,
kota kinabalu,
malaysia,
pasar filipina,
pasar Philippines,
sabah
Subscribe to:
Posts (Atom)
{ My Popular Posts }
-
1. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Jikalau berkunjung ke Kundasang jangan lupa untuk singgah ke ladang ternakan lembu tenusu yang te...
-
Pada 30 Mac 2012 yang lalu saya berkesempatan untuk singgah di Kampung Orang Asli Bumiputra Dalam yang terletak di Rengit, Batu Pahat, Jo...
-
Assalamualaikum kaki sekodeng kaki melungak kaki busy body ehekk.. Jangan marah gurau jer. Tetiba hari ni nak kecek standard BM plak. M...