Monday, October 10, 2011

Akhirnya Setelah Aku Tunggu Dekat Nak Setahun, Baru Dapat Sony SLT a77

Sony SLT a77



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari Jumaat iaitu 7 Oktober 2011 baru-baru ini, aku dihubungi oleh Miss Felice Ooi dari Sony Centre Mid Valley. "Mr. Khairul, you sungguh untung. Kamera you sudah sampai. You boleh ambik hari ni.." katanya. Kebetulan, masa tu aku berada di Plaza Pudu temankan kawan aku tunggu kamera yang dia order dari Uncle Chin di Sony Centre Studio Zaloon. Tunggu punya tunggu punyalah lama membuatkan kawan aku dah resah gelisah. Dia dah le nak balik Tampin Smallville so last-last dia kenselkan order dan kami kelam-kabut balik ofis dulu.

Kemudian petang tu kitaorang bergegas pulak ke Sony Centre Mid Valley macam orang gila bawak F1. Sampai-sampai Miss Felice dah tersenyum kambing mungkin mengenangkan komisen yang dia dapat dari pihak Sony hehehe.. Amoi yang pandai bergurau, kecik molek, lawa dan comel berasal dari Taiping itu pun terus menguruskan hal-ehwal resit pembayaran. Dia cakap (entah betul ke tak) aku adalah customer pertama di Sony Centre mendapat kamera Sony SLT a77 dan no.2 pulak si kawan aku tadi. So, aku dapatlah beberapa free gift yang customer lain tak dapat berupa beg ori Sony Alpha berserta beberapa hadiah lain dan beberapa keping cd love song edisi Sony Walkman serta voucher barangan Sony Alpha bernilai RM300 yang akhirnya aku tebus-beli Sony cable shutter release dengan kad memori Sony. Maka pada saat itu dengan rasminya aku adalah pengguna Sony SLT a77. Namun Sony a300 masih lagi merupakan kamera DSLR kesayanganku sampai bila-bila.. Dah banyak dah aku memcampakkan duit aku ke lembah kegilaan kamera bermula dari kamera kompak prosumer iaitu Sony DSC H9, Sony DSLR a350, Sony DSLR a700, Sony DSLR a300 lagi, Sony NEX-5, Sony DSLR a300 lagi hinggalah akhirnya pengguna Sony SLT a77.

Lepas dapat a77 aku ke kedai sebelah Key Color alah kedai yang jual pelbagai brand kamera dan aksesori kamera Canon, Nikon Oly, bla.. bla.. bla.. Aku datang nak beli screen protector sebab hard screen protector ori Sony belum ada stok. Staf dan tokei dia terus kerumun aku sambil mintak izin pegang-pegang kamera a77 aku. Staf dia dengan Canon 7D ditengkuk siap excited dan memuji-muji kamera a77 bagaikan memuji-muji amoi yang lawa hehe.. Si tokey pun (mungkin tokei tgk dia yang paling tua) tak nak mengalah dengan staf siap cakap kawan dia pro pun cakap kamera ni bagus. Pastu bila dia tengok free gift yang aku dapat, dia macam tak percaya. Dengan riak wajah yang tak puas hati, dia call member dia kedai kamera lain depan-depan aku. Siap bagitau aku dapat itu ini. Tiba-tiba dia cakap.. "aiyooo.. ini kamera susah dapatlah. Semua kedai pun belum ada stok tapi ramai orang cari". Yelah, benda baru keluar memanglah susah nak cari tul tak? Nanti dah ada banyak stok masa tu orang tak larat nak cari pulak hehe.. Tak habis-habis dia cakap banyak baguslah, untunglah, bla.. bla.. bla.. Lepas pasang screen protector aku bayar dan terus blah..

Secara terus-terang, aku bukanlah minat sangat dengan teknologi SLT (single lens translucent) atau cermin tembus ni sehinggalah aku jatuh chenta dengan a77. Ya kamera sony memang ada masalah noise tapi bukan nak pakai ISO tinggi-tinggi melangit sampai 1600 atau 3200 atau 6400 pun. Paling tinggi pun aku suka pakai ISO sampai 800 sahaja, so bagi aku takde masalah langsung berkenaan noise ni. Lagipun bak kata my sifu Rudy Iskandar - "Noise is Art" hehehe.. Adakah berbaloi untuk memiliki kamera yang agak mahal? Tepuk dada tanya poket.. Itu jer jawapannya. Kekadang kerana nafsu jerr.. (macam aku). Cuma bagi aku, tak salah untuk aku mengikuti perkembangan arus teknologi terkini. Kalau dah minat kapal terbang pun sanggup hijack hehehe..

Memiliki kamera mahal tidak menjadikan kita jurugmbar pro. Pakailah apa kamera sekalipun, jangan nak membandingkan jenama itu ini bagus tak bagus sudah. Aku pun peminat Nikon hehehe.. Cuma kalau dah namanya fenboi mestilah akan lebihkan kamera jenama yang kita pakai kan??? hehehe... Mengaku je lah. Itu adalah lumrah lebih-lebih lagi kalau orang baru. So, apa aku punya 1st impression tentang kamera ini? Nak tau nanti aku cerita lagi dalam entry akan datang. Ada video test ngan slow-shutter test dan macro shot test pulak lepas ni. Setakat ni apa yang aku boleh katakan tentang kamera ini ialah "bapak best!" hehehe.. Ok.. Jumpa lagi.. Wassalam ;)

*semua gambar tidak menggunakan flash ;)



Sony SLT a77



Sony SLT a77



Sony SLT a77



Sony SLT a77

Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs Meninggal Dunia




Bukan nak mendewa-dewakan Mat Salleh ni tapi sedih.. itulah yang dapat aku gambarkan kerana aku juga membesar bersama teknologi yang diperkenalkan oleh beliau. Aku pernah menjadi pengguna produk Apple Macintosh Classic sampailah ke PowerMac G4 dan sekarang menjadi pengguna iPad dan iPhone tentulah berita ini sungguh mengejutkan. Berikut adalah berita kematian beliau yang dipetik dari sumber di internet:

Steve Jobs, pengasas bersama Apple dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif yang mencipta alat yang mengubah teknologi setiap hari, dari komputer peribadi ke iPod dan iPhone, telah meninggal dunia pada umur 56 pada hari semalam Rabu 5 Oktober 2011. Apple mengumumkan kematiannya tanpa memberi sebab-sebab yang tertentu. Beliau dikatakan telah melawan barah pankreas.

"Kami amat sedih untuk mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia hari ini," kata syarikat itu dalam satu kenyataan ringkas. "Kecemerlangan Steve, keghairahan dan tenaga adalah sumber inovasi tidak terkira banyaknya yang memperkaya dan meningkatkan kehidupan kita. Dunia ini yang jauh lebih baik kerana Steve."

Beliau telah berjuang melawan kanser pada tahun 2004 dan menjalani pemindahan hati pada tahun 2009 selepas mengambil cuti untuk masalah kesihatan yang tidak dinyatakan. Dia telah mengambil satu lagi cuti pada bulan Januari - ketiga sejak masalah kesihatan beliau mula - sebelum meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif enam minggu yang lalu.

Beliau pernah meninggalkan Apple kemudian kembali semula ke syarikat tersebut. Di bawah kepimpinan gigih dan luar biasa beliau, Apple mencipta beberapa produk yang menjadi ikutan, termasuk iPod, iPhone dan iPad, yang telah merubah wajah teknologi kepada pengguna selama-lamanya.


Tuesday, October 4, 2011

Minolta adalah Sony

Ini entry kawan tolong kawan.. Tolong promote beberapa lens kamera dslr/dslt Sony atau Minolta untuk dijual pada harga berpatutan. Jika korang ada kawan-kawan yang menggunakan kamera dslr/dslt Sony atau Minolta, sila panjangkan entry ini kepada mereka.

Bagi pengguna dslr tegar, siapa yang tak kenal lens keluaran Minolta yang pernah membanjiri pasaran fotografi suatu ketika dulu. Jenama Minolta adalah lagenda dalam dunia fotografi dan telah diambil alih oleh Sony pada tahun 2006 dan seterusnya diberikan penjenamaan semula kepada nama Sony Alpha.

Semua lens dalam keadaan yang baik dan gambar lens berikut diambik menggunakan kamera telefon bimbit Nokia E71. Jika berminat untuk membeli lens tersebut, sila hubungi amantoya di talian 013-22lapan4lapan55. Lokasi jual-beli adalah di sekitar Tampin/Seremban (weekend) KL/PJ (weekdays). Terima kasih daun keladi ;)





Items:
Sony DSLT a55 with 18-55mm SAM lens with original box.
LCD is protected and camera is well kept in
electronic drybox since day 1. Shuttercount is less than 2000.
Description:
Featuring revolutionary translucent mirror technology for faster shooting
and auto-focus between shots, you will never miss a moment with 10 frames per second.
You can also record Full HD movies, with auto-focus and background defocusing effects.
- 16.2 MP Exmor CMOS Sensor
- 10fps Continuous Shooting with Auto-Focus
- Quick AF Full HD Movie Recording
- Quick AF Live View
- 3D Sweep Panorama
- Built-in GPS
Condition:
9.9/10 Like new, no fungus, no scratch, never drop
Warranty:
November 2013 (bought Nov 2010)
Price:
RM1999.00 a55 + 18-55mm kitlens
RM1799.00 without kitlens




Item: Minolta 35-70mm f3.5-4.5
Kondisi: 8/10
Harga: RM250.00 nego



Item: Minolta 28mm f2.8
Kondisi: 9/10
Harga: RM450.00 nego




Item: Minolta AF 100-300 F4.5-5.6 D APO
Kondisi: 9/10
Harga: RM1250.00 nego

Monday, October 3, 2011

Jalan-Jalan ke Kellie's Castle

Kellie's Castle



Setelah penat lelah bekerja untuk Program Merakyatkan Seni di Kampung Gajah, Perak minggu lalu, kami singgah di Kellie's Castle untuk jalan-jalan cari gambar. Ini adalah kali kedua atau ketiga aku singgah kat sini. Lamaaaaa dah tak datang sini. Kali terakhir aku ingat dalam tahun 2000-2003 kot.

Bayaran masuk adalah RM4.00 seorang. Kamera bawak masuk free jer. Gambar kali ini diambik menggunakan teknik dinamik iaitu HDR (high dynamic range) yang menggabungkan sekurang-kurangnya 3 gambar berlainan yang setiap satunya mempunyai kadar dedahan cahaya (exposure) yang berbeza antara gambar terang, gambar normal dan gambar gelap. Ia kemudiannya dicantumkan menjadi satu gambar yang menampakkan butiran (details) yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar sebelumnya.



Kellie's Castle



Nak tau ape yang menarik kat sini? Ni dia copy paste dari wikipedia.. "Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith adalah dari sebuah desa di Skotlandia yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk menghapus 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya."



Kellie's Castle

Tuesday, September 27, 2011

Kerja Cuti-Cuti Malaysia

Memori


Camera: Sony DSLR-A700
Exposure: 0.008 sec (1/125)
Aperture: f/5.0
Focal Length: 55 mm
ISO Speed: 100




Pagi ni aku akan bergerak ke utara tanahair sebab kena BerCuti-Cuti Malaysia kerja sempena Pogram Merakyatkan Seni dan bermalam di Lumut, Perak dan di Kedah (lokasi tak tau lagi) dari 27 Sep hingga 2 Okt 2011. Aku x bawak laptop, xde semakpong, xde internet. Kali ni cuba untuk merehatkan diri daripada internet dan kesibukan kota.. Hanya kamera menjadi teman.. Adalah orang tu kannn.. Dia nak ikut tapi dia kena pindah rumah hahaha.. Sorry ye Felix.. Nampaknya sesi fotografi terpaksa diteruskan tanpamu hahaha.. 

[Bahasa Sarawak Jerman] Felix.. Ko sik jeleskah kmkorg bergoleng2 tepi pantei petang tukkah kedak cita hindustan Felix? Diam hotel apartment ngadap laut gik ya. Dahlah kerja setengah ari jak.. Nok selebihnya ko paham2 jaklah dikpun hahaha.. Adoheh.. Syorga duniaaaaa... hahaha.. (tetak jaik)

Apa-apa pun semalam aku layan citer "Masam-Masam Manis" lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Aku serius minat giler citer2 beliau. Dengar je lagu kat bawah ni terus melayang-layang ingatan.. Cheewah! Gambar kali ni pula adalah gambar stok lama yang aku korek-korek dari portable harddisk aku. Ada banyak gambar yang aku tak pernah upload dalam flickr, so ini adalah salah satu antara gambar-gambar tersebut.. ;)



Dalam Air Terbayang Wajah 

Dalam air ku terbayang wajah
Adikku yang ku puja
Tenteram semula hati gundah
Dapat mambang indah

Di ingatan ku terlukis wajah
Abang ku yang gagah
Baik budi serta ramah tamah
Handsome macam gajah
Rasa di hati masam-masam manis
Rindu asmara

Kanda ku jangan nangis
Hilang rupa lawa
Timbul rupa naga

Kalau hidup tak begurau senda
Hilang nikmat cinta
Bila rindu mendebarkan dada
Tahan nafas sahaja

Kalau hidup tak bergurau senda
Hilang nikmat cinta
Bila rindu mendebarkan dada
Sembunyi bawah tangga

{ My Popular Posts }