Showing posts with label sony slt a77. Show all posts
Showing posts with label sony slt a77. Show all posts

Friday, October 28, 2011

Entahlah di Pantai Batu Feringghi

Aishah



Salam 1Malaysia. Gambar-gambar berikut diambil semasa kitaorang habis kerja terus singgah minum kat Pantai Batu Feringghi di Pulau Pinang. Masa ni hari hujan dan agak gelap so aku tak bolehlah nak ambik gambar sesuka hati aku. Lagipun aku hanya menggunakan lens 18-250mm iaitu lens feveret aku semasa traveling. Aku boleh ambik gambar ni pun sebab kebetulan kereta kitaorang rosak. So, time Tuan Haji pergi carik bengkel, time ni ler aku ambik gambar. Kalau tidak, sorry to say lah kan.



Batu Feringghi



Batu Feringghi



Batu Ferengghi



Batu Feringghi

Monday, October 10, 2011

Akhirnya Setelah Aku Tunggu Dekat Nak Setahun, Baru Dapat Sony SLT a77

Sony SLT a77



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari Jumaat iaitu 7 Oktober 2011 baru-baru ini, aku dihubungi oleh Miss Felice Ooi dari Sony Centre Mid Valley. "Mr. Khairul, you sungguh untung. Kamera you sudah sampai. You boleh ambik hari ni.." katanya. Kebetulan, masa tu aku berada di Plaza Pudu temankan kawan aku tunggu kamera yang dia order dari Uncle Chin di Sony Centre Studio Zaloon. Tunggu punya tunggu punyalah lama membuatkan kawan aku dah resah gelisah. Dia dah le nak balik Tampin Smallville so last-last dia kenselkan order dan kami kelam-kabut balik ofis dulu.

Kemudian petang tu kitaorang bergegas pulak ke Sony Centre Mid Valley macam orang gila bawak F1. Sampai-sampai Miss Felice dah tersenyum kambing mungkin mengenangkan komisen yang dia dapat dari pihak Sony hehehe.. Amoi yang pandai bergurau, kecik molek, lawa dan comel berasal dari Taiping itu pun terus menguruskan hal-ehwal resit pembayaran. Dia cakap (entah betul ke tak) aku adalah customer pertama di Sony Centre mendapat kamera Sony SLT a77 dan no.2 pulak si kawan aku tadi. So, aku dapatlah beberapa free gift yang customer lain tak dapat berupa beg ori Sony Alpha berserta beberapa hadiah lain dan beberapa keping cd love song edisi Sony Walkman serta voucher barangan Sony Alpha bernilai RM300 yang akhirnya aku tebus-beli Sony cable shutter release dengan kad memori Sony. Maka pada saat itu dengan rasminya aku adalah pengguna Sony SLT a77. Namun Sony a300 masih lagi merupakan kamera DSLR kesayanganku sampai bila-bila.. Dah banyak dah aku memcampakkan duit aku ke lembah kegilaan kamera bermula dari kamera kompak prosumer iaitu Sony DSC H9, Sony DSLR a350, Sony DSLR a700, Sony DSLR a300 lagi, Sony NEX-5, Sony DSLR a300 lagi hinggalah akhirnya pengguna Sony SLT a77.

Lepas dapat a77 aku ke kedai sebelah Key Color alah kedai yang jual pelbagai brand kamera dan aksesori kamera Canon, Nikon Oly, bla.. bla.. bla.. Aku datang nak beli screen protector sebab hard screen protector ori Sony belum ada stok. Staf dan tokei dia terus kerumun aku sambil mintak izin pegang-pegang kamera a77 aku. Staf dia dengan Canon 7D ditengkuk siap excited dan memuji-muji kamera a77 bagaikan memuji-muji amoi yang lawa hehe.. Si tokey pun (mungkin tokei tgk dia yang paling tua) tak nak mengalah dengan staf siap cakap kawan dia pro pun cakap kamera ni bagus. Pastu bila dia tengok free gift yang aku dapat, dia macam tak percaya. Dengan riak wajah yang tak puas hati, dia call member dia kedai kamera lain depan-depan aku. Siap bagitau aku dapat itu ini. Tiba-tiba dia cakap.. "aiyooo.. ini kamera susah dapatlah. Semua kedai pun belum ada stok tapi ramai orang cari". Yelah, benda baru keluar memanglah susah nak cari tul tak? Nanti dah ada banyak stok masa tu orang tak larat nak cari pulak hehe.. Tak habis-habis dia cakap banyak baguslah, untunglah, bla.. bla.. bla.. Lepas pasang screen protector aku bayar dan terus blah..

Secara terus-terang, aku bukanlah minat sangat dengan teknologi SLT (single lens translucent) atau cermin tembus ni sehinggalah aku jatuh chenta dengan a77. Ya kamera sony memang ada masalah noise tapi bukan nak pakai ISO tinggi-tinggi melangit sampai 1600 atau 3200 atau 6400 pun. Paling tinggi pun aku suka pakai ISO sampai 800 sahaja, so bagi aku takde masalah langsung berkenaan noise ni. Lagipun bak kata my sifu Rudy Iskandar - "Noise is Art" hehehe.. Adakah berbaloi untuk memiliki kamera yang agak mahal? Tepuk dada tanya poket.. Itu jer jawapannya. Kekadang kerana nafsu jerr.. (macam aku). Cuma bagi aku, tak salah untuk aku mengikuti perkembangan arus teknologi terkini. Kalau dah minat kapal terbang pun sanggup hijack hehehe..

Memiliki kamera mahal tidak menjadikan kita jurugmbar pro. Pakailah apa kamera sekalipun, jangan nak membandingkan jenama itu ini bagus tak bagus sudah. Aku pun peminat Nikon hehehe.. Cuma kalau dah namanya fenboi mestilah akan lebihkan kamera jenama yang kita pakai kan??? hehehe... Mengaku je lah. Itu adalah lumrah lebih-lebih lagi kalau orang baru. So, apa aku punya 1st impression tentang kamera ini? Nak tau nanti aku cerita lagi dalam entry akan datang. Ada video test ngan slow-shutter test dan macro shot test pulak lepas ni. Setakat ni apa yang aku boleh katakan tentang kamera ini ialah "bapak best!" hehehe.. Ok.. Jumpa lagi.. Wassalam ;)

*semua gambar tidak menggunakan flash ;)



Sony SLT a77



Sony SLT a77



Sony SLT a77



Sony SLT a77

{ My Popular Posts }