Showing posts with label pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label pulau pinang. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan 10 Disember 2011

Moon Eclipse [10 Dec 2011]



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Tanggal 10 Disember 2011, jam 8.30 malam hingga tengah malam berlakunya gerhana bulan yang jarang-jarang kita tengok dengan mata kepala kita sendiri. Kira malam tadi adalah first time le aku tengok kesian kan? Aku malas nak tulis panjang-panjang sebab info pasal gerhana bulan ni boleh tanye ngan Uncle Google. Lagipun aku sedang kepenatan selepas Program Jalur Lebar dan Merakyatkan Seni di Taman Puteri Gunung, Seberang Perai Selatan, di Pulau Pinang. Gambar bulan ni pun aku ambik just duduk tepi tingkap tanpa lens panjang dan tanpa tripod. Ambik handheld jerdengan lens kontot plak tu. Okeh.. Itu sahaja laporan dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk kali ini. Wassalam :)

Friday, October 28, 2011

Entahlah di Pantai Batu Feringghi

Aishah



Salam 1Malaysia. Gambar-gambar berikut diambil semasa kitaorang habis kerja terus singgah minum kat Pantai Batu Feringghi di Pulau Pinang. Masa ni hari hujan dan agak gelap so aku tak bolehlah nak ambik gambar sesuka hati aku. Lagipun aku hanya menggunakan lens 18-250mm iaitu lens feveret aku semasa traveling. Aku boleh ambik gambar ni pun sebab kebetulan kereta kitaorang rosak. So, time Tuan Haji pergi carik bengkel, time ni ler aku ambik gambar. Kalau tidak, sorry to say lah kan.



Batu Feringghi



Batu Feringghi



Batu Ferengghi



Batu Feringghi

Wednesday, October 26, 2011

Hangin Satu Badan di Pulau Pinang

Penang Island



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku kat Penang siyesli memang busy giler sampai masa nak jalan-jalan memang tak dan. Kalau ada singgah mane2 pun memang kebetulan laluan kerja jer. Bayangkan rehat tengahari dalam 1-2 jam jer dah start buat kerja balik. Kerja kali ni memang super-duper payah. Nak kena jumpa ahlul politik dan pihak media. Masa pulak dah suntuk.

Aku tengah hangin satu badan ni. Ada manusia yang menggunakan kepentingan peribadi sewaktu bekerja. Agenda politiking famili sampai menyusahkan orang lain memang aku dari dulu sampai sekarang paling aku tak suka. Jangan sampai aku hilang respect sudaaa.. Time kerja, ko kerja lah betul2.. Ko nak jumpe famili ko ke, nak ambik anak buah ke, nak bawak sedara ko jalan2 ke ko buatlah time habis kerja. Jangan ler time kerja. Kenalah profesional sket. Ko dah kerja bertahun2 takkan tak tau. Ingat sket kat kakitangan yang letih kerja ni camane kan. Pentingkan diri sendiri. Ni yang hangin ni. Aku nak bawak perkara ni ke atas. Aku tak pedulik. Aku nak jugak <--- eh mcm skrip sang monyet ngan sang kancil plak. Adoyaii..

Sori.. entry kali ini emo.. Takde kaitan dengan gambar pun hehehe.. Ekceli gambar2 ni semua kat Pulau Pinang. Esok lusa aku up entry kat pantai pulak.. So, bila dah luahkan dalam blog ni barulah aku rasa lega. Kepada kawan2, jangan jadi macam aku. Sila bersabar dan tingkatkan aura positif korang. Jangan sesekali menyusahkan orang lain. Prinsip aku, susahkan diri sendiri tarakhal, jangan sampai menyusahkan orang lain.  Jangan sampai kepercayaan orang pada kita hilang. Paling penting, jangan sampai orang hilang respect ngan kita. Berape banyak jangan daaa.. Sehingga bertemu lagi dalam entry yang akan datang. Wassalam. ;)



KOMTAR



Penang Ferry Service



Penang



Penang



Penang

Saturday, October 22, 2011

Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Bukit Mertajam



Seperti yang dijangka, kajian BERNAMA yang dianggap senang-lenang menjadi lintang pukang, jiwa tarak senang, busy memanjang. So, ini sahaja shot yang aku dapat sepanjang 2 hari di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.. Percaya tak? Tension gue.. Selamat berhujung minggu ;)

Friday, October 21, 2011

Kenangan di Pulau Pinang

A Believer



Salam 1Malaysia. Hari ni aku akan bekerja luar di negeri Pulau Pinang selama 5 hari dan negeri Perak selama 5 hari berikutnya. Lama dah tak pergi Penang. Teringat gi sana bawak girlfriend nama dia "Sonia" iaitu Sony a700 kesayangan aku. Hasil dari kamera ini memang aku suka. Sayangnya atas alasan nak cuba teknologi terkini aku terpaksa lepaskan Sonia pergi. Maaf gambar terdahulu terlebih sharp, tak pandai lagi nak edit gambo masa tu.

Sekarang bertemankan kawan baru, bukan girlfriend iaitu "Jebon" kamera Sony a77 aku pun tak pasti bagaimana kemampuan kamera ini untuk ambik gambo2 sebegini. Dah ler kerja kali ni very the busy kan, takut tak dan nak ambik gambar. Harap2lah aku dapat shot candid ke kan sepanjang kat Penang Road nanti sebab area situ banyak aktiviti yang menarik untuk ditangkap gambarnye hehe.. Okeh, nak gerak gi Penang dulu.. Sehingga bertemu lagi pada entry akan datang insyaAllah. ;)



α700



An Evening in Penang



Bomba & Penyelamat



Feri Penang



Penang Street



Beach Street



Welder Man



Canon & Nikon


{ My Popular Posts }