Sunday, December 20, 2015

Makan Mi Goreng Udang Besar Sambil Menyanyi di Tanjung Dawai





Mari nyanyi..

Telah bertahun lama,
Tenggelam arus masa,
Di dalam ingatanku,
Masih segar terasa..

Terkadang aku sama,
Mengatur bunga cinta,
Keadaan memaksa,
Kita terpisah jua..

Andainya aku berdaya,
Kan kucoretkan untukmu,
Sebagai kenangan kita,
Kan ku buktikan untukmu,
Akan aku buktikan..


Kuukir namamu,
Di awang Gunung Jerai,
Disaksikan laut daun nyiur melambai,
Jauh pandangan permai,
Di situ Tanjung Dawai,
Terkenang peristiwa,
Cinta kita terurai..

Oh! Indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

Masih ingatkah oh kekasih,
Biarpun kini kau di mana,
Namun dengarlah lagu ini,
Cinta kita di Pantai Merdeka..


Biasa dengarkan lagu kat atas? Tanjung Dawai terletak di daerah Kuala Muda dan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sungai Petani kerana jaraknya cuma 30km dari bandar Sungai Petani, Kedah. Tanjung Dawai ni pemos dengan makanan laut. Penduduk sini kebanyakannya merupakan golongan nelayan dan petani mungkin kerana kedudukan Tanjung Dawai itu sendiri yang terletak di muara sungai.




Ini adalah first time saya berkunjung ke sini. Kebetulan baru sahaja habis bermesyuarat di Alor Setar perut pulak berbunyi-bunyi menandakan masuknya waktu makan. Jadi dah kebetulan jalan ni tembus-menembus juga ke destinasi seterusnya di Pulau Pinang, maka singgahlah sebentar di Arked Tanjung Dawai. Mula-mula tengok biasa jer tempat ni tapi bila dah duduk kat kedai-kedai makan situ barulah ternampak menu Mi Goreng Udang. Terdetik di hati nak cuba try test. Tanpa ragu-ragu, terus pesan sepinggan. Alangkah terkejutnya saya bila yang dipesan rupanya Mi Goreng Udang besar, sebesar tapak tangan 2 ekor pula tu! So masing-masing kami meneka harga. Ada yang teka RM9.00 sepinggan, ada yang teka RM20.00 sepinggan akhirnya harga yang sebenar ialah RM15.00 sepinggan. Berbaloi per!

Dengan makan-makan udang besar macam tu dan pemandangan kapal-kapal nelayan lalu lalang dan Pantai Merdeka nampak nun seberang sana, adalah satu pengalaman yang sangat menarik bagi saya. Makan dapat, pemandangan cantik pun dapat, aweks cun-cun pun dapat. Dapat tengok jerlah.








Lepas makan menjadi perkara wajib tengok apa yang istimewa sangat kat Arked Tanjong Dawai ini. Jadi kami meronda kedai ke kedai menjual pelbagai hasil laut dari ikan pekasam, sotong kering, ikan bilis dan belacan Tanjung Dawai yang pemos-emos. Tanjat boboi tengok kat sini ada jual ikan terubuk masin!

Jadi, janganlah lupa untuk singgah sini. Kebanyakan orang-orang Utara suka mai sini untuk mendapatkan bekalan makanan laut mereka untuk dibawa pulang ke kampung atau pun KL sewaktu balik dari bercuti.

Saturday, December 19, 2015

Mohamed Che Hussin The Legend






Keterangan gambar:

Biasalah manusia. Jaik-jaik giney pun bila dah sekda (pencen) baruklah dikenang. Kadang-kadang tetiba jak alu bersusey tentang urang ya. Urang lam gambar tok namanya Mohamed bin Che Hussin atau nama glamournya Abang Mad RTM. Nya bekerja di Cawangan Penyelidikan, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik di Putrajaya. Pemos nya tuk arum bulak di langit dan di bumi terutama di RTM Angkasapuri dan juak di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya (dolok dikenali sebagai Kementerian Penerangan). Ada urang madahnya tok kambong ada orang madah nya tok eksen dan ngegeh tapi sik juaklah bak kata urang, sik kenal maka sik cinta. Ada juak kebaikannya.



Antara kata-katanya yang ku ingat:

1. "Hidup ni jange kedekut sangat, jangan asyik ore yang samo jer belanja makei." (nya madah sidak tiga ekok tuk paling kedekut dalam opis nya:  si C, si H dan si Z. Taem makan susah nak ngeluar duit pakei bayar mala ngarap urang jekjak).

2. "Masa muda belilah rumah sebab harga rumah makin lama makin mahal." (nya madah ada sidak dalam opis ya sik meli-meli rumah sampei makin berumo).

3. "Nak menipu agak-agaklah, ingat kita bodo ka?" (nya manas ada sekok ya bagei sik pernah molah kerja).

4. "Saya dah berenti isap rokok lama dah tapi abe ni punca saya isap rokok semula." (nya nudoh aku penyebabnya isap rokok balit tegal kotak rokok aku atas meja bilit otel nya nangga-nangga kakya nya yang ambik dikpun alu isap tanpa ku suroh).

5. "Orang Korea putih-putihhhhhh belake comey-comey." (nya ncerita taem nya di Korea dolok).



Masanya jadi supabaiza (supervisor/penyelia) taem outstation,  nemiak takut ngannya tok, bagei nangga rimo dari jaoh udah gelisah sik tentu arah. Sapa pernah ngekotnya kerja nang gerenti tauk nya tok nang strict. Tapi ya taem kerja. Taem rilex-rilex minum teh tarek hepi go lucky jak nya. Selamat berpencen Cik Mad!

Friday, December 18, 2015

Selamat Hari Jadi Ke-20 Windows 95 [Repost]

Ya! Hari ini 24 Ogos 2015 maka genaplah usia 20 tahun sistem operasi Microsoft iaitu Windows 95. Banyak kenangan dan pengalaman yang saya kutip sepanjang menggunakan sistem operasi yang pernah dianggap "canggih" pada zamannya itu sehinggalah setahun kemudian, saya beralih kepada sistem operasi Mac (Mac OS atau sekarang dikenali sebagai Apple) pada tahun 1996 hinggalah tahun 2000. Teringat pada masa itu saya menggunakan cakera liut (floppy disk/diskette) sebesar saiz pinggan mangkuk hahaha.. Pada masa itu juga komputer peribadi tidaklah sehebat mana dan sangat lembab.



Berbeza dengan komputer peribadi jenama Macintosh keluaran Apple, pada penghujung tahun 90an yang menghampiri tahun milenium, komputer Power Macintosh 6300, Power Macintosh 6400/Perfoma dan PowerMac G4 adalah komputer yang paling kerap saya gunakan dan juga merupakan komputer pilihan saya.

Namun pada 24 Ogos 2001, Microsoft telah melancarkan sistem operasi barunya yang diberi nama Windows XP. Maka saya telah beralih semula kepada sistem operasi Windows dan kekal sehingga Windows 7 dan sekarang mengunakan kedua-dua sistem operasi sama ada Windows atau Apple.

Windows 8 dan Windows 10 adalah sistem operasi yang pada hemat saya sangat menyusahkan dan tidak mesra pengguna.

Mohon maaf pada Cikgu Kamaruddin kerana saya pernah "merosakkan" komputer cikgu. Terima kasih kepada pihak sekolah yang memberi kepercayaan kepada saya dengan melantik saya sebagai Naib Presiden Kelab Komputer walaupun saya hanya bantu buka pintu makmal komputer selepas itu saya "escape" hahaha.. Kenangan..

Wednesday, December 16, 2015

Wow! Bangi Gateway Shopping Complex



Ini adalah kali pertama saya datang ke sini. Dari Putrajaya ke Bandar Baru Bangi hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan. Dari luar, bangunan yang nampak 'biasa-biasa' ini tidak menarik perhatian saya langsung pada mulanya. Setelah masuk ke parkir tingkat bawah seperti kompleks membeli-belah yang lain, jangkaan saya meleset sama sekali. Maka dengan ini saya berasa teruja untuk berkongsi pengalaman dengan apa yang telah saya lihat petang tadi. Maaf, gambar dirakam menggunakan telefon pintar iPhone 5. Kebetulan hujan lebat petang tadi dengan suasana agak gelap sedikit tetapi dilimpahi dengan lampu premis dan lampu kelip-kelip (lampu raya). 



Apa yang menariknya? Menjejakkan kaki ke sini merupakan satu pengalaman yang amat menarik kerana kebanyakan kedai-kedai di sini diusahakan oleh majoriti orang Melayu. Selebihnya kaum lain boleh dikira dengan jari. Biasanya kalau kita ke pusat beli-belah yang lain, kebanyakan peniaga adalah dari kaum Cina. Di sini, suasana itu begitu berbeza seolah-olah saya berada di negeri Kelantan.



Kompleks membeli-belah ini menempatkan ruang perniagaan seperti Spa untuk muslimah, farmasi, butik-butik pakaian dari baju kurung hingga ke jubah, kedai kain tudung, kedai menjahit pakaian, kedai makanan segera, kedai makanan Jepun dan Korea, kedai telefon, kedai barangan runcit, kedai emas, kedai cermin mata, kedai buku, kedai barang hiasan rumah, kedai mencetak t-shirt, pusat permainan dan hiburan keluarga  dan banyak lagi. Terdapat juga arked yang menempatkan pakaian muslimin dan muslimah, gerai-gerai makanan yang sedap-sedap dan Bangi Gateway Hotel di dalam bangunan kompleks beli-belah yang sama..

Jika anda berminat untuk datang 'cuci mata', membeli-belah atau jalan-jalan cari makan, berikut adalah maklumat yang boleh dijadikan rujukan.



Alamat: Persiaran Pekeliling, Seksyen 15,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

No. telefon: 03-33746888

Masa operasi: 10 pagi - 10 malam

Peta lokasi:
 Peta Lokasi
























Tuesday, December 15, 2015


MH2710 Kuala Lumpur - Sandakan


Assalamualaikum. Catatan kali ini adalah sekadar untuk berkongsi maklumat. Selepas kita dikejutkan dengan trajedi kehilangan pesawat MH370 baru-baru ini, ramai di antara kita sudah mula takut atau phobia untuk menaiki kapal terbang. Ada juga yang sudah mula tidak percaya bahawa kapal terbang adalah pengangkutan paling selamat di dunia. Siri kejadian yang membabitkan kapal terbang kebelakangan ini juga menambahkan lagi ketakutan. Bermula dengan kehilangan pesawat MH370, enjin pesawat Malindo Air terbakar dan mendarat cemas, tayar meletup, ancaman bom palsu, satu demi satu kejadian ini berlaku bagaikan badi yang tidak berkesudahan. Tidak dinafikan memang berlaku beberapa masalah teknikal pada pesawat-pesawat tempatan sebelum ini namun bukankah masalah sedemikian juga menimpa syarikat-syarikat penerbangan terkemuka dunia seperti Qantas Air dan Virgin Air yang dikatakan memiliki rekod terbaik dari segi tahap keselamatan mereka?

Siapalah kita untuk melawan takdir Allah SWT? Jika Dia berkehendakkan sesuatu, dengan hanya berkata jadi, maka jadilah ia. Jika sudah sampai ajal kita, bukan sahaja di dalam kapal terbang, di mana-mana pun kita pasti akan mati juga. Saya bukanlah pakar agama, tetapi ini hanyalah sekadar tazkirah (peringatan) untuk diri sendiri dan kita semua. Konspirasi? Sabotaj? Itu terpulanglah pada persepsi masing-masing. Memahami apa itu takdir dan memahami cara untuk menerima takdir adalah perkara yang tidak boleh diambil ringan. Melawan takdir atau tidak mahu menerima hakikat takdir pula adalah suatu perbuatan tidak yakin pada qada' dan qadar dan secara otomatik tidak mempercayai rukun iman yang keenam dalam agama Islam yang boleh menyebabkan tertolaknya iman seseorang. Wallahu 'aklam.

Kita sering lupa untuk membaca doa menaiki kapal terbang.


Doa menaiki kenderaan:

بِسْمِ اللَّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا 

Ertinya: "Dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya."

Keterangan: Doa ini bersumber dari Al-Qur'an, surat Huud ayat 41. Di zaman Rasulullah SAW, doa ini adalah doa untuk menaiki kenderaan laut dan setelah ada kenderaan udara (kapal terbang), alim ulama sepakat menyatakan bahawa doa ini juga boleh digunakan.



Jangan lupa untuk memberikan perhatian pada arahan keselamatan daripada anak kapal walaupun anda berasakan bahawa anda sudah tahu atau pernah melihat dan mendengar tentang taklimat keselamatan sebelum ini. Taklimat atau arahan keselamatan adalah berbeza dari pesawat ke pesawat yang lain.


Adalah digalakkan untuk membaca doa untuk perjalanan jauh bermula dari keluar rumah lagi ditambah pula dengan bacaan selawat, al-fatihah, ayat kursi dan bertawakal (berserah) pada Allah SWT agar perjalanan kita diberkati dan selamat tiba ke destinasi. Apabila sudah di dalam kapal terbang, maka bacalah doa seperti di atas. Bukankah doa itu ialah satu ucapan permohonan dari hamba-Nya kepada Allah dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolongan-Nya atau menolak segala bahaya, bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu? Sekian. Wassalam.

Sunday, December 13, 2015

JOM MAKAN-MAKAN RESTORAN MABIQ DI KUANTAN

Daging Salai Masak Kicap + Sayur + Tempoyak Petai Ikan Bilis + Ikan Pekasam = RM8.00


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya ingin bercerita mengenai Restoran MABIQ yang terletak di Kuantan, Pahang. Tidak semua orang tahu mengenai "lokasi rahsia" restoran ini waima orang Kuantan sendiri sekali pun. Saya sendiri kerap kali turun ke Kuantan atas urusan kerja bertahun-tahun lamanya namun tidak sedar akan kewujudan restoran sangat istimewa ini. Kalau dah sekali datang ke sini, anda akan rasa nak datang lagi dan lagi dan lagi.

Pelbagai menu di sini hingga tak tahu nak makan apa..


MABIQ adalah singkatan kepada "Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran" yang merupakan sebuah Maahad Tahfiz persendirian yang berkonsepkan pendidikan kebajikan untuk anak yatim dan fakir miskin. Ianya diasaskan oleh Ustaz Jamaluddin di atas tanah beliau sendiri yang berukuran kurang suku ekar di Kg Peramu, Kuantan. Walau bagaimanapun, segala perbelanjaan pendidikan dan makan minum para pelajar ditanggung sepenuhnya oleh pihak MABIQ hasil daripada sumbangan derma ikhlas orang ramai dan juga hasil jualan daripada Restoran MABIQ itu sendiri. Secara ringkasnya, setiap kali anda makan di sini, sebenarnya anda telah membantu meningkatkan ekonomi pihak MABIQ.

Ikan patin ini hanya berharga RM2.00 satu


Apakah yang isitimewa sangat makan di sini? Antara menu utama yang popular di sini ialah Daging Salai Goreng Kicap, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Paeh Patin, Patin Masak Tempoyak, Sambal Hitam, Gulai Lemak Rebung Perut dan banyak lagi. Itu baru sikit menu yang saya senaraikan. Saya akui bahawa kesemua menu yang disebutkan tadi adalah lazat-lazat belaka. Saya berani kata bertaraf 5 bintang! Bayangkan saya dan kawan-kawan seramai lima orang makan di sini dan kelima-lima kami sebulat suara mengakui lauk-pauk yang ada di sini memang tip-tiop dan sangat sedap hingga menjilat jari.

Orang ramai yang berkunjung ke sini tdak putus-putus..


Seperti yang saya maklumkan tadi, tempat ini sangat tersorok. Jika anda hendak datang makan-makan di sini, sebagai panduan, dari bandar Kuantan kena melalui Tanjung Lumpur (yang ada gerai-gerai makan yang banyak tepi jalan sebelah kiri) teruskan ke depan sikit lagi akan nampak papan tanda sebesar skrin komputer belah kiri tertera perkataan MABIQ bersamaan simpang ke Yayasan Pahang. Nampak sahaja papan tanda tersebut terus masuk kiri dan masuk dalam lagi lebih kurang 3-5 minit. Nampak sahaja kereta banyak parking di situ maka itulah MABIQ.

Antara menu istimewa di sini iaitu Paeh Patin (ikan patin yang 'di-paeh' bersama tempoyak) berharga RM7.00


Paeh Patin sungguh memikat selera..


Restoran MABIQ beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 4 petang dari hari Ahad hingga Khamis sahaja. Jadi, jika anda berkunjung ke Kuantan, pastikan anda tidak melepaskan peluang merasa masakan mereka yang menjadi bualan mereka-mereka yang pernah makan di situ. Sedap, lazat dan semestinya halal.

Restoran MABIQ

{ My Popular Posts }