Saturday, February 9, 2013

First Time Buat Video Menggunakan Kamera DSLR dan Inilah Hasilnya :P

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini aku nak share ada dua video yang dihasilkan menggunakan kamera DSLT Sony a77. Sepanjang hayat setia hujung nyawa sekalipun, ini baru kali pertama kali aku merakam video menggunakan kamera DSLR/DSLT. Kalau kamera henpon tu selalulah. Berbekalkan zero pengetahuan, aku main belasah jer cubaan berani mati kamikaze katanyer. Maka, al-hasil, mungkin kualiti audio, video dan cara editing tidaklah seberapa. Idea untuk menghasilkan video ini adalah spontan dengan takde story board ke, draf -draf ke.. Aku pun dalam proses untuk mengenali videografi dengan lebih dekat. InsyaAllah..




Terima kasih juga diucapkan kepada CuMantoya, CuRid dan Cuyus serta model-model tersohor (kononnya) serta pelakon-pelakon hebat seperti CuMi, CuNa, CuRa, CuDia, CuTi, CuLin, CuSop, CuRaj, CuLix, dan Cu-Cu yang lain di atas kerjasama yang diberikan sepanjang penghasilan video-video ini. Perghhh macam ucapan orang menang Oscar gitewww.. Terima kasih kepada www.blog4ft.com kerana menganjurkan pertandingan sempena kempen yang dilancarkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk orang ramai terutama warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk meluahkan rasa sayang mereka kepada Wilayah Persekutuan melalui media sosial. Aku join sekadar nak memeriahkan pertandingan ni jer memandangkan kebetulan Putrajaya tu tempat aku bekerja. Aku pun tak berapa faham cara pertandingan ni, ada vote ke tak. Entahlah. So korang pergi terus ke blog tersebut, kalau dia suruh vote, jangan lupe vote video atau gambar aku. Ni baru 2, ada lagi menyusul pasni.. :)


6 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih Syam.. saya masih belajar main video ni :)

      Delete
  2. hasil vid sik nampak HD gilak lah.. anyway. aku perey tetak.... sebab aku kenal almost semua org. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... cheah jak xda time ya... HD ya x tauklah kali masa convert ya makei 3 software.. PC berat Padahal spec PC besar kalah iMac bah hahaha...

      Delete
  3. Replies
    1. Ku makei sopwer campor2.. Sony Vegas Pro 11 HD ngan Pinnacle Studio HD.. :)

      Delete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }