Friday, July 13, 2012

Mari berDejavu di Kinabalu - Pekan Nabalu

Nabalu



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari Selasa bersamaan dengan 10 Julai 2012 baru-baru ini, aku dan kawan-kawan "sepetugasan" telah bergerak dari Kota Kinabalu ke Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di daerah Ranau. Kebiasaannya, perjalanan ke Ranau tidak sah kalau tidak singgah di sebuah pekan kecil tapi terkenal dengan pemandangan Gunung Kinabalu iaitu Pekan Nabalu. Hampir sepanjang perjalanan ke sana keadaan adalah sungguh berkabus. Mungkin kerana hujan renyai-renyai kot masa tu.

Kat situ jugak terdapat peniaga menjual sayur-sayuran, buah-buahan dan cenderahati kraftangan. Kalau rasa lapor sangat bolehlah makan kat beberapa kedai makan yang ada kat situ. Bila singgah kat pelantar untuk tengok Gunung Kinabalu kat situkan, rasa nak stay situ lama-lama. Sayangnya buat kali yang ke-3 berturut-turut (semenjak tahun 2010), cuaca tidak menyebelahi kami dengan hujan renyai-renyai dan awan tebal menutup pemandangan puncak Kinabalu. Tapikan.. satu tips untuk korang.. Kalau nak tau petua orang Sabah, kalau nak tengok puncak Kinabalu paling jelas adalah pada masa antara jam 3 petang hingga 3.15 petang. Mula-mula aku pun tak percaya tapi semasa di Ranau, aku tengok-tengok jugak kot-kot betul, sekali tengok memang betul! Adakah ini kebetulan atau memang betul-betul punya betul? Wallahu'aklam.

Nak cerita lebih pasal Pekan Nabalu ni aku tak reti. Biar gambar yang berbicara. Nahhh.. tengok jugak gambar-gambar Pekan Nabalu versi 2011 dan gambar-gambar belah bawah tu Pekan Nabalu versi 2010. Semua gambar Pekan Nabalu versi 2012 diambik menggunakan kamera Sony NEX-5N, manakala versi 2011 menggunakan kamera Sony a77 dan versi 2010 pula menggunakan kamera Sony a700. Ok, sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Pssst.. Beginilah rupa sebenar Gunung Kinabalu dari Pekan Nabalu yang sepatutnya kalau cuaca cerah dan kurang berawan.. 



Nabalu




Datin berDejavu di Nabalu




Nabalu




Nabalu




Nabalu




   ================================ versi 2010 ============================




Pekan Nabalu 2010



DSC02100



DSC02073



DSC02099



DSC02101



DSC02106



DSC02128



DSC02118



DSC02115



DSC02104



Nabalu



DSC02122



DSC02129

5 comments:

  1. aaaa jelesnyaaa kmk. tok bok dejavu di kinabalu. haihhh..

    semua gambar terbaik! awan ya cantik2 jak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih.. pemandangan sia nang kachak-kachak xpat nak dipersembahkan melalui gambar semata-mata... :)

      Delete
  2. subhanallah...cantek sgt..pernah sampai Sabah n Kundasang sekali. plan nk pergi lagi.best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kundasang memang x pernah rasa jemu klu datangkan.. Sya pun nak datang lagi :)

      Delete
  3. pelantar tu di mana?org sabah tp x tau mana letaknya.

    ReplyDelete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }