Wednesday, January 30, 2013

Bermain Fotografi Makro dengan lens kontot Sony 30mm f/2.8

Assalamualaikum.. Ini gambar-gambar masa cuti raya tahun lepas tapi baru semalam aku ada masa sikit nak edit. So, bila dah balik kampung aku kat negara Syiria, (sila google Serian, Sarawak), apalagi rumah yang dikelilingi oleh bunga-bunga dan sayur-sayuran yang mak ayah aku tanam lah menjadi mangsa. Belek sana belek sini nak carik benda ape aku nak shoot untuk main makro.

Berbekalkan kamera Sony NEX-5N cinonet dan lens Sony 30mm f2.8 macro, maka segala "babas" (rumput lalang - bahasa Sarawak) pun diredahi sampaikan terjumpa penyengat dan serangga yang pelik-pelik. Namun oleh kerana lens ini hanya 30mm yakni kontot, maka hanya serangga-serangga lembab malas bergerak sahaja yang berjaya dirakam. Serangga-serangga aktif yang lain habis lari berterbangan bila aku nak cuba try test mendekati mereka. Alangkah indahnya kalau ade lens yang panjang seperti Sony 100mm f2.8 macro yang pernah aku miliki suatu masa dahulu.

Al-hasil, inilah sahaja yang mampu aku rakamkan selaku jurugambar tak bertauliah lagi poyo. "Ini semua  poyyooooooooooo!!!" - Johan RajaLawak :P Berpeluh jugaklah nak ambik shot serangga-serangga ni sebab bukannya boleh ambik sebarangan guna setting auto, tapi lebih kepada pemfokusan manual. Kembang-kempis aku menahan perut agar kamera aku sestabil yang boleh. Jadi, kalau nak main fotografi makro ni ape yang patut ade aarr? Lens makro 30mm? 50mm? 100mm? Ketiga-tiga ni aku pernah ade dan last sekali aku jual semua tinggal yang 30mm ni jer sebab aku jarang ade masa main makro-makro ni. Nasib baik NEX-5N ni ade skrin LCD so tak payahlah nak tilik-tilik mata kat viewfinder kamera. Maaf itu sahaja laporan poyo aku untuk hari ini. Wassalam..


DSC07642
DSC07646
DSC07664
DSC07643
DSC07640
DSC07677
DSC07670
DSC07637
DSC07629
DSC07622

Monday, January 28, 2013

Sebarkan: Penjelasan Isu kalimah Allah oleh Datuk Dr Harun Din

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada pembaca blog sekalian, entry kali ini hanya sekadar berkongsi video penting ini, iaitu penjelasan isu kalimah Allah oleh Datuk Dr Ustaz Haron Din. Marilah kita ketepikan perbezaan politik kita sebentar dan bersatu atas nama saudara seIslam.




 Firman Allah SWT:

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” - (Surah al-Hujuraat 49:10)




Aku sendiri pernah berbincang tentang perkara ini dengan kawan-kawan yang lain dan masing-masing memberikan reaksi yang berbeza. Ada yang menyokong dan ada yang tidak. Isu ini adalah suatu isu yang sangat sensitif bagi orang Islam yang cintakan agamanya kerana ia melibatkan tauhid iaitu perkara paling pokok dalam Islam serta bukanlah isu yang boleh ditaakul oleh logik akal semata-mata atau bersandarkan cakap-cakap orang yang bukan ahli agama. Kalaupun beliau adalah ahli agama, beliau mestilah benar-benar pakar dan mempunyai hati yang sangat bersih tanpa mengira politik kepartian itu atau ini. Bagi mereka yang masih tidak faham, maka dengar dan lihat video penjelasan di bawah ini. Lihat dan dengar sendiri rayuan Datuk Dr Haron Din mengenai isu ini. Jelas terpancar pada wajah beliau yang beliau sangat khuatir lagi sangat mengambil berat mengenai isu ini. Apa yang kita risau ialah, takut jatuh syirik pada mereka yang menyokong isu penggunaan kalimah Allah untuk digunakan oleh agama lain.

Teringat salah satu pesan Luqman Al-Hakim pada anaknya iaitu “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”




Apps iStudiez Pro untuk student percuma hanya untuk hari ini!









Assalamualualaikum dan salam sejahtera. Hari ini giliran apps iStudiez Pro yang berharga $2.99 USD dollar untuk dimuat-turun pada harga percuma. Ya, percuma hanya untuk hari ini. Aplikasi untuk iOS (komputer Mac, iPhone dan iPad) ini adalah aplikasi khas untuk student merancang jadual belajar (timetable) dan juga mengurus deadlines sesuatu kerja sekolah atau assignment.

Aplikasi ini juga boleh didapati percuma dalam versi "lite" tetapi versi Pro ini lebih menyeluruh dan sangat berbaloi. So, jangan lambat-lambat nanti rugi.. Sila ke Apps Store sekarang.. Download jangan tak download..  ;)











Saturday, January 26, 2013

AWAS!!! - GPS Papago! P1 dengan perakam kamera HD 1080p

Salam 1Malaysia. Kali ini nak share sikit mengenai sistem Navigasi Kedudukan Global (GPS) Papago! P1 dengan ciri-ciri keselamatan perakam kamera definisi tinggi 1080p. Alat ini dijual sekitar RM749.00 sahaja dan didatangkan dengan 1 tahun jaminan. Alat ini digunakan untuk merakam sambil bernavigasi kalau-kalau berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan, alat ini merakam untuk dijadikan bahan bukti. Alat ini juga bertindak seperti kamera keselamatan dalam kereta polis seperti yang biasa kita lihat pada kereta-kereta polis di Amerika. Kamera perakam mempunyai sudut sehingga 100 darjah, lebih luas daripada kamera-kamera biasa yang lain di pasaran. Maka, sudut pandangan yang sudah tentulah lebih luas dan boleh merakam dengan lebih luas walaupun kameranya kecil.




Untuk pengetahuan, perisian Papago! Pro M10 untuk iPhone juga mempunyai kemudahan perakam video keselamatan yang hampir sama. Hanya jalankan navigasi seperti biasa, selepas itu tekan butang anak panah sebelah kiri dan pilih "recorder on". Tekan butang kamera berwarna biru pada skrin untuk menguji kamera. Apps Papago! Pro M10 untuk iPhone boleh didapati di Apps Store dengan harga lebih kurang RM80.00 untuk peta Malaysia dan Singapura.





Monday, January 14, 2013

Pantai Bagan Lalang, Sepang

Smart Remote Control


Entry sebenar telah di edit setelah mencapai keputusan petang tadi:

Bagan Lalang ialah sebuah pekan di pesisir pantai dalam daerah Sepang di Selangor, Malaysia. Di sini terdapat banyak hutan paya bakau dan tanah liat tempatan yang menyokong industri pembuatan batu-bata.Paya bakau di Bagan Lalang ialah tempat pembiakan hidupan-hidupan akuatik. Paya bakau yang terlindung daripada ombak juga sesuai untuk menjadi pelabuhan, oleh itu, Bagan Lalang juga menjalankan aktiviti perikanan. Dengan penerokaan paya bakau di kawasan ini, hidupan nelayan di sini akan menjadi sangat susah kerana kekurangan sumber hidupan akuatik dan pelabuhan tidak terlindung.Selain itu, Bagan Lalang juga dapat pantai yang cantik.Bagan Lalang juga mempunyai banyak hotel dan chalet yang dapat menarik banyak pelancongan datang melancong disini. Sumber - Wikipedia


Bagan Lalang
Bagan Lalang
Bagan Lalang
Kelapak
Test 123

Wednesday, January 2, 2013

Selamat Tahun Baharu 2013

Masjid Putra

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menyambut tahun baharu 2013 masihi. Pejam celik pejam celik dah hampir 7 tahun aku berblog (blog bukak-tutup) dan dalam masa itu jugaklah jangkamasa aku bergelumang dengan hobi fotografi. Yupp sekadar hobi tiada niat untuk lebih dari itu. Tapi kannn.. masih tak reti-reti nak ambik gambar haha. Nubi Newbie katakan... Newbie selama 7 tahun haha..  Orang lain ambik gambar siap pilih-pilih yang lawa-lawa yang terbaik sekali baru masukkan dalam flickr sedangkan aku kalau ada 50 shot, hampir kesemua tu aku upload ke flickr. "Katanyaaaaa"... (Azwan Ali punya trademark terbaru)..

Dalam jangkamasa yang disebutkan tadi, kamera juga silih berganti dari besar ke kecik kemudian ke besar semula pastu ke kecik sekali. Dari kamera a300, a350, a700, a55, a77, NEX-5, NEX-5N dan last sekali NEX-6. Maka haruslah gambar-gambar pada entry kali ini adalah berdasarkan al-hasil kamera NEX-6 terbaharu ini. Maaf aku bukan terrarosa terrer pun ambik gambar. Sekadar jurugambar amatur jalanan lebih bawah dari jurugambar kampung malahan jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan jurugambar pro. Pedulikkan ape orang kata nyah, pekakkan telinga kau.. "kau punya kamera" kannnn.. (Azwan Ali style) haha..

Berikut adalah gambar-gambar yang berjaya dirakam menggunakan kamera Sony NEX-6 dengan kitlens 16-50mm f/3.5-5.6 :)

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) #4
Putra Mosque (Masjid Putra) #1
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) #3
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) #2

Sunday, December 23, 2012

Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu Sabah

DSC07241


Ini entry hutang namanya. Inilah akibatnya kalau bertangguh dalam edit gambar. Ekceli gambar-gambar ni diambik pada bulan Julai 2012. Gambar diambik menggunakan kamera Sony NEX-5N + lensa ultra wide angle Sigma 10-20mm. Yupp.. Kalau nak merakam bangunan yang besar dan tinggi macam Menara Tun Mustapha ni, kena ada lensa ultra wide angle baru sedappp..

Pelik bin ajaib, sudah berkali-kali bekerja luar di Kota Kinabalu barulah kali ini berpeluang untuk singgah di Menara Tun Mustapha yang terletak hanya beberapa kilometer dari pusat bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Kali pertama aku mendengar tentang Menara ini pada tahun 1990 apabila aku salah seorang pelajar Sarawak di bawah tajaan Yayasan Sarawak bergabung dengan pelajar Sabah di bawah tajaan Yayasan Sabah dalam satu program anak angkat di Kuala Kangsar suatu ketika dahulu.

Ok, Menara ini merupakan antara 4 bangunan di dunia yang menggunakan teknologi "bangunan tergantung". Menara yang disiapkan pada tahun 1976 ini dinamakan bersempena Ketua Menteri Sabah ketiga, Tun Datu Mustapha Datu Harun. Menara setinggi 30 tingkat ini menempatkan beberapa jabatan kerajaan negeri serta menempatkan ibu pejabat Yayasan Sabah. Setakat ni tiada bayaran masuk ke kawasan Menara ini dan dibolehkan mengambil gambar sekitar ruang lobi dan kawasan sekitarnya. Jadi kalau berkunjung ke Kota Kinabalu, jangan lupa singgah kat sini ekkk.. Wassalam.


DSC07237
Menara Tun Mustapha
Menara Tun Mustapha
Menara Tun Mustapha
Menara Tun Mustapha

{ My Popular Posts }