Assalamualualaikum dan salam sejahtera. Hari ini giliran apps iStudiez Pro yang berharga $2.99 USD dollar untuk dimuat-turun pada harga percuma. Ya, percuma hanya untuk hari ini. Aplikasi untuk iOS (komputer Mac, iPhone dan iPad) ini adalah aplikasi khas untuk student merancang jadual belajar (timetable) dan juga mengurus deadlines sesuatu kerja sekolah atau assignment.
Aplikasi ini juga boleh didapati percuma dalam versi "lite" tetapi versi Pro ini lebih menyeluruh dan sangat berbaloi. So, jangan lambat-lambat nanti rugi.. Sila ke Apps Store sekarang.. Download jangan tak download.. ;)
Salam 1Malaysia. Kali ini nak share sikit mengenai sistem Navigasi Kedudukan Global (GPS) Papago! P1 dengan ciri-ciri keselamatan perakam kamera definisi tinggi 1080p. Alat ini dijual sekitar RM749.00 sahaja dan didatangkan dengan 1 tahun jaminan. Alat ini digunakan untuk merakam sambil bernavigasi kalau-kalau berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan, alat ini merakam untuk dijadikan bahan bukti. Alat ini juga bertindak seperti kamera keselamatan dalam kereta polis seperti yang biasa kita lihat pada kereta-kereta polis di Amerika. Kamera perakam mempunyai sudut sehingga 100 darjah, lebih luas daripada kamera-kamera biasa yang lain di pasaran. Maka, sudut pandangan yang sudah tentulah lebih luas dan boleh merakam dengan lebih luas walaupun kameranya kecil.
Untuk pengetahuan, perisian Papago! Pro M10 untuk iPhone juga mempunyai kemudahan perakam video keselamatan yang hampir sama. Hanya jalankan navigasi seperti biasa, selepas itu tekan butang anak panah sebelah kiri dan pilih "recorder on". Tekan butang kamera berwarna biru pada skrin untuk menguji kamera. Apps Papago! Pro M10 untuk iPhone boleh didapati di Apps Store dengan harga lebih kurang RM80.00 untuk peta Malaysia dan Singapura.