Tuesday, December 27, 2011

Makan-Makan Kat Putrajaya Sambil Tengok View Lawa

Kelab Tasik Putrajaya | HDR



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasa cam tak puas bercutikan? So cuti korang pergi mana? Aku just jalan-jalan kat Putrajaya je tu pun jalan-jalan carik makan sebenarnya. Memula singgah kat Putrajaya Seafood Restaurant ngam-ngam jam 2.30pm restoran tu nak tutup lah pulak. Tengok menu kat situ memang harga boleh pengsan. Nasik goreng pun dah rm15 belum lagi yang udang masak tepung sampai rm7/100gram. Sib baik dah nak tutup so bolehlah cover sikit aku nak blah dari situ haha..

Pastu pergi carik makan kat Kelab Tasik Putrajaya.. Alah tempat yang orang main kayak tu betul-betul kat belakang bangunan Pusat Pentadbiran Putrajaya. Situ makanan dia boleh tahan mahalnya tapi berbaloilah jugak dengan pemandangan yang lawa mengadap tasik. Kat situ ada kemudahan surau so sebab tu akhirnya aku memilih untuk makan kat situ. Hanya kerana nak jalan-jalan cari makanlah aku sempat ambik beberapa shot ni. Kalau tak, pergi Putrajaya jarang nak ambik-ambik gambar macam ni. Sekurang-kurangnya sape yang baca blog ni tau le port tang mana nak ambik shot yang lebih cantik dari shot yang aku ambik ni kan? So, itu sahaja dahulu untuk hari ini sebelum nak wat entry esok tentang gambar semasa di Darul Quran di Kuala Kubu Bharu minggu lepas. InsyaAllah. Adios amigos. Carpe manana!  :)



Sweep Panorama



Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah



Pusat Pentadbiran Putrajaya



Masjid Putrajaya

9 comments:

  1. jom join ngan cimb bank...
    https://www.facebook.com/CIMBMalaysia?sk=app_285738514793932

    ReplyDelete
  2. nice view..
    cuti ngan ari banjir jak d situk.

    ReplyDelete
  3. Mun berkayak kat sia buleh ka? Mahal juak nasik goreng ya... Kenaknya sik charge terus rm1500 setapak... Cepat gik kaya...

    ReplyDelete
  4. wowweee..pix bagunan ngan masjid tu lawa gilerr...

    terrer betul abg photgrapher ni.

    ReplyDelete
  5. mohon link blog anda dalam blog saya ..

    ReplyDelete
  6. wa, nang kachakkk. kedak lukisannnn

    ReplyDelete
  7. Asal ktk ambik gambar... mesti kachak... ;-)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kwn2 semua... :)

    *Insan Biasa.. ya tuan boleh.. boleh..

    ReplyDelete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }