Pagi tadi aku dan Jebon Ranger telah bergegas ke kedai buah epal iaitu Machines di Mid Valley kerana ingin memiliki cinta duniawi iaitu iPad 2. Ya, ianya sudah tiba di Malaysia! Memula tu aku dan Jebon Ranger tersilap pergi daaa.. Kitaorg gi kat Machines sebelah The Gardens Mall. Pastu kitaorg berlari-lari macam org nampak hantu ke Machines sebelah Mid Valley pulak. Sampai-sampai kat sana punyalah ramai manusia berbaris panjang "yang amat sekali". Ada dekat sejam-dua masih tak bergerak-gerak so kitaorg telefon ler mamat cina nama Fung kat Digital Mall PJ. Dia kata "haiyaa.. apesal tarak bagitau awaii.. Sini pun ada "apek tua" (iPad 2)..
Sekali lagi kitaorg pun berlari-lari ala-ala rancangan Explore Race memecut dengan kereta ke Petaling Jaya. Hampehh.. aku dah bagitau Jebon dia kata kat Mid Valley yang paling dekat. Sampai je kat sana sekali lagi org beratur panjang tapi kali ni tak ramai sangat sebab tak ramai yang tau kat situ pun ada "aipek tua" tetapi hanya untuk 50 unit sahaja.. Haiyaaaaa!!!
iPad 2 dilancarkan dalam dua warna, hitam dan putih masing-masing dalam 32gb dan 64gb yang berharga RM2199 dan RM2499. Kalau kedai biasa, harga yang RM2199 tadi menjadi RM2700 dan yang RM2499 tadi menjadi RM3k ++ Errr.. jikalau ada kesilapan dari segi warna, kapasiti dan harga jangan marah kat aku, tapi marah kat org yg kije buah epal tu. Dorang yang bagitau aku :P So, ap cer? Lu tengoklah sendili ini gambar lorrr.. hehehe..