Wednesday, April 6, 2011

Salam Takziah Buat Blogger Chilabaeys Spot


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lebih kurang jam 7 pagi tadi aku dapat sms dari sahabat blogger iaitu En. Chilabaeys juga dikenali sebagai Pak Ngah memberitakan bahawa ayahanda kesayangan beliau telah kembali ke Rahmatullah pada pagi tadi. Beliau sekarang berada di Banting dan jenazah mungkin akan dikebumikan sebelum Zuhur hari ini.

Saya dan seisi keluarga ingin menzahirkan salam takziah di atas pemergian ayahanda beliau dan berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin. Dengan ini saya mengajak blogger-blogger sekalian bersama-samalah kita menyedekahkan ummul kitab, Al-Fatihah..

7 comments:

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }