Seorang kawan suruh aku on kan bluetooth henpon. Dia kata ada "barang" penting nak share. So dia pun gigibirukan gambar seperti yang korang dapat saksikan sendiri ni. Gambar ini diambil dari pameran mini anjuran Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya sempena Hari Bertemu Pelanggan dorang kot. Aku ada ternampak khemah-khemah dan ramai orang di perkarangan jabatan tersebut. Tapi aku malas nak join sebab aku baru balik dari kursus di Jalan Dato Onn.
Mungkin benda ni dah lama, tapi boleh mengingatkan kita kembali supaya kita lebih berhati-hati. Mana taukan, ntah2 rumah yang kita cat selama ini dicat dengan berus bulu babi! Haaa.. So, atas dasar tanggungjawab, aku sharelah "benda alah" ni kat dunia siber. Sebagai tips, kalau nak tau bulu babi ke tidak, bulu babi biasanya bercabang di hujung bulu. Bukan berus cat je tau, tapi apa-apa jenis berus termasuklah berus lukisan budak-budak sekolah :P Terima kasih Jebon Ranger kerana mengigibirukan gambar ini.

