Sunday, September 25, 2011

Selamat Berhujung Minggu

Light Trails



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Streamyx masih lagi dalam keadaan tidak sihat. Kabel streamyx masuk air daaa.. Celcom broadband pula kejap lajuuuuuuuu kejap lagi slowwwwwww... Dalam hati mengimpikan kamera Sony a580 tapi dalam masa yang sama nak Sony a77. Dunia oh dunia.. Walau apa-apapun, layan gambar dari kamera kesayangan ku iaitu Sony a300. Gambar masih panas lagi ni segar dari ladang, diambil hanya beberapa jam tadi.. Selamat berhujung minggu :)



Camera: Sony DSLR-A300
Exposure: 15
Aperture: f/13.0
Focal Length: 30 mm
ISO Speed: 100
White Balance: Manual (Kelvin)
Exposure Mode: Manual


Thursday, September 22, 2011

Maaf Zahir dan Batin

8



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Maaf ye kebelakangan ni sibuk dengan kerja. Streamyx pulak ada masalah nak kena tukar kabel dalam dinding apa ntah semua tu. Ofis pulak tak lama lagi nak pindah ke Putrajaya. Nak kena pindah rumah pulak.. bla bla bla.. So mane yang ada komen-romen blog ni aku ucapkan ribuan terima kasih. Sori jugak sebab tak sempat nak reply komen atau melawat blog korang buat sementara waktu. InsyaAllah semuanya dah selesai nanti barulah boleh berblogging macam biasa.

Gambar kali ini "pinjam tanpa izin" (PATI) daripada seorang photographer berbakat besar bertaraf "masta pengcahayaan" paling muda iaitu enchek syukri. Terima kasih banyak-banyak kepada Syuk kerana ambik gambar aku dengan kamera kesayangan. Untuk mengetahui cerita penuh tentang lokasi gambar ni bolehlah melawat blog beliau di http://tinyurl.com/3ffdabo Kita masih lagi dalam bulan Syawal kan? So, selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.

Monday, September 12, 2011

Jalan Kenduri Raya Gambar

Masjid Selat



Hari Ahad semalam ada kenduri kahwin kawan di Kampung Bertam Ulu, Melaka. Kenduri kahwin kat situ memang special sikit. Biasanya kalau ada kenduri kahwin, kita akan dengar lagu-lagu karaoke tapi berlainan pula dengan kampung ini mereka mempunyai kumpulan nasyid yang mana persembahan mereka memang terbaik! Paluan kompang rebana memang sungguh asyik diiringi dengan alunan suara merdu para penasyid. Siyes memang best. Last sekali aku dengar nasyid yang merdu semasa majlis perkahwinan kawan di Jalan Semarak, Kuching Sarawak oleh penasyid Al-Arqam . Selepas jumpa pengantin baru, aku pun chow-chin-chow hehehe..

Habis kenduri aku pergi singgah di Masjid Selat di Melaka untuk mengambil gambar dengan seorang lagi masta iaitu AbgSyuk. Keadaan hari selepas hujan dan angin kencang sedikit sebanyak memberi kesan pada gambar (alasan haha). Gambar aku taklah sebest mana. :P

Habis ambik gambar terbang ke Taman Intan, Batu Kikir Negeri Sembilan pulak (89km) nak jalan raya rumah kazen. Sampai-sampai je dia hidang KFC dan biskut raya hehe.. Pok-pek pok-pek tak sedar dah maghrib. Lepas solat maghrib, terus balik KL. Itu saja. Erkkk!!  :)



Masjid Selat



Nasyid

Thursday, September 8, 2011

Ada Berani?

Ada Berani?


Ini bukannya masa untuk mencari kesalahan orang lain. Juga bukanlah masa untuk mencari perbezaan. Sepatutnya kita mencari persamaan antara kita. InsyaAllah hidup aman harmoni. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Dalam kita dok sibuk mencari perbezaan, musuh bertepuk tangan sentiasa mencari ruang dan peluang. Yang rugi kitaaaaa jugakkk.. Menang sorak kampung tergadai.. Entry sempoiiii..  :)

Monday, September 5, 2011

Video Orang Islam WAJIB Tengok dan Sila Sebarkan!





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ni aku tak nak banyak cakap. Sekadar nak share dan bukak mata sape-sape yang masih buta sejarah tentang negara kita kita yang tercinta ini. Kalau aku citer politik kang panjang plak ceritanya nanti. So, sila tengok video ini, nilai sendiri, letakkan diri anda pada mereka yang menghadapi komunis pada zaman itu. Nenek moyang kita yang bertungkus lumus mempertahankan tanahair kita dari komunis laknatullah dan ada pulak segelintir cucu-cicit melayu Islam yang buta sejarah senang-senang nak putar-belit fakta sejarah. Trajedi ini mungkin tidak pernah berlaku pada kita, tapi fikir-fikirkanlah jika kita di tempat mereka ini.. Salam Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin.

* Kang ada mangkok hayun cakap ni filem fiksyenlah, filem UMNO lah.. Bebal tingkat 7 tul lah.. Ade je alasan untuk menghalalkan pendapat dorang.. Aku plak yang emo!

{ My Popular Posts }