Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

Maaf Zahir dan Batin

8



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Maaf ye kebelakangan ni sibuk dengan kerja. Streamyx pulak ada masalah nak kena tukar kabel dalam dinding apa ntah semua tu. Ofis pulak tak lama lagi nak pindah ke Putrajaya. Nak kena pindah rumah pulak.. bla bla bla.. So mane yang ada komen-romen blog ni aku ucapkan ribuan terima kasih. Sori jugak sebab tak sempat nak reply komen atau melawat blog korang buat sementara waktu. InsyaAllah semuanya dah selesai nanti barulah boleh berblogging macam biasa.

Gambar kali ini "pinjam tanpa izin" (PATI) daripada seorang photographer berbakat besar bertaraf "masta pengcahayaan" paling muda iaitu enchek syukri. Terima kasih banyak-banyak kepada Syuk kerana ambik gambar aku dengan kamera kesayangan. Untuk mengetahui cerita penuh tentang lokasi gambar ni bolehlah melawat blog beliau di http://tinyurl.com/3ffdabo Kita masih lagi dalam bulan Syawal kan? So, selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.

Friday, April 1, 2011

repost: Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung

DSC00186



DSC00147



DSC00168



DSC00155



DSC00176



DSC00177



DSC00178

Kalau berkunjung ke negeri Melaka, jangan lupa singgah di Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung. Jika anda ingin makan makanan laut, di sinilah antara yang harganya sungguh berpatutan. Berlatarbelakangkan muara sungai perkampungan nelayan, menikmati makanan laut di sini mungkin satu pengalaman yang berbeza bagi anda sekeluarga.

| Sony a300 | Sony 30mm f/2.8 macro | Koordinat GPS: 2°10'28"N 102°17'20"E |

{ My Popular Posts }