Tawau lagi? Ya lagi-lagi Tawau.. Macam iklan Tora datang lagikan? ehekk.. Tak banyak gambar yang dapat sepanjang kat sini. Gambar yang diambik pulak "tak menjadi" sangat sebab masih kekok lagi dengan kamera DSLT. Letih bekerja tu tak payah cerita. Memang letih giler.. Apa Jabatan Kerajaan yang tak terjah? Semua dah terjah semata-mata nak cari penjawat awam berketurunan Cina, Kadazan Dusun dan Lain-Lain Bumiputera. Dari Wisma Persekutuan sehinggalah Jabatan Perhutan sampailah ke Jabatan Verterinar kat batu berapa entah.
Petang semalam singgah kat orang Tawau cakap tepi "highway" atau "Dataran" di tepi laut. Kira macam waterfront lah kan. Di situ atau jeti bot-bot penumpang untuk ke seberang Pulau atau tanah besar ke ape aku pun tak pasti cuma masaaku main-main ambik gambar kat situ terjumpa dengan seorang cikgu yang jugak kebetulan pengguna kamera Sony. Menurut cikgu tu, tanah seberang tu terbahagi dua, sebelah hak Indonesia dan sebelah lagi hak Malaysia. Kira macam sempadan Rantau Panjang Kelantan ngan Siam lah kan. Pasal kerakyatan pun sama kes macam kat Rantau Panjang Kelantan jugaklah.
Semasa aku terjah Pasar Umum Tawau pagi tadi, ramai para peniaga di situ adalah pendatang tanpa izin (PATI). So, terpaksa ler mintak dorang tunjukkan ic untuk membuktikan mereka adalah rakyat Malaysia. Ada yang "bertapok" (bersembunyi), ada yang lari, ada yang dah cuak giler. Pihak keselamatan kat situ siap nak tolong sekiranya kitaorang perlukan bantuan dorang. Alhamdulillah semuanya selamat. PATI kat situ tersenyum lebar bila kitaorang cakap kitaorang bukannya dari imigresen. Kesian aku tengok dorang.. Kesian yang aku tak tau nak gambarkan.. Ada yang mengaku rakyat Malaysia tapi bila mintak ic macam-macam alasan remeh-temeh yang dorang bagi. Lupa no ic lah, ic tertinggal kat rumahlah, ic hilanglah.. adoyaii..
Pastu masa makan Nasi Lalap kat medan selera tepi "highway" di Tawau tadi ada satu famili anak-beranak. Mak, bapak dan 3 orang anak masih kecik umur dalam lingkungan 3-7 tahun. Tengok macam bukan PATI tapi penduduk local kot. Kalau sekali pandang macam orang susah pun ada. Tapi apa yang betul2 buat hati aku tersentuh ialah apabila makanan yang dipesan mereka sampai. Si ayah minta anak-anaknya membaca doa makan ramai-ramai. Si mak berkongsi dengan si bapak satu pinggan dan anak-anak juga berkongsi satu pinggan. Kelihatan keluarga itu sungguh bahagia walaupun dorang orang susah. Benarlah kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman".. Wallahu'aklam.
menariknya gambar2 ya...ia menceritakan banyak perkara, tanpa perlu bersusah payah menaip text!
ReplyDeleteBest nya mun aku juak photographer yg hebatt cam ktk urg!!
Correction: Pasar Besar Tawau.. bukan pasar umum tawau...
ReplyDeletepa sik sound datang tawau ooo... :D
Chenal.. makasih jang.. xdo lah hebat.. amatur jak jang hehe.. :P
ReplyDeleteLady Sarawak.. Yakah.. haha.. kmk nengar org madah pasar umum.. duhal pasar besar hehe.. Kmkorg reya ada mok pegi speta sia tp mikir pihak speta byk gilak prosedur mok kenak polah padahal sama gomen bah yalah x jadi hehe..
Saya Sumiati Menceri ibu saya Nama :Ponikem alias Lola Ponikem alamat dulah suwing Po. Box 1 Tawau Sabah, meninggalkan anak nama Sumiati (perempuan) ketika itu umur 5 tahun. Kira kira tahun 1970. Suaminya bernama Martolosao (Almarhum) alamat Perkebunan Satak A, Yani Kec. Puncu Kab. Kediri Jawa Timur Indoneisa, Anak anak Ponikem dan Martoloso ada 5 orang yaitu nama Saidi, Sumani, Sigianto, Sumiati , Miskani. Alamt anak perempuan sekarang jl. Beringin No. II Ketapang Kalbar No HP. 08125621289, Atau Kakak Ipar kami Yudo Sudato Jl. Mentimun No. I Kel Tengah Ketapang Kalbar (indonesia) No. HP 08125620342 email. yudo_sudarto@yahoo.co.uk
ReplyDelete