Friday, November 25, 2011

Ini Bukan Wordless Friday!

Blogger



Salam hari jumaat. Semalam tidur dekat nak pukul 3 pagi sebab tak boleh nak tidur. Pastu jam 9.30 pagi berkejar ke Dewan Undangan Negeri Sabah pastu ke Universiti Malaysia Sabah kerana ada urusan kerja. Penat toksah cakap. Ada geng yang dah demam bukan sorang tapi dua. Seorang "injured" terpaksa dihantar ke klinik berdekatan. Beginilah cabaran kerja luar. Masa aku datang Sabah tahun lepas aku demam. Alhamdulillah tahun ni aku sihat walafiat.

Internet kat hotel yang aku duduk sekarang ni macam siput babi nak bunuh diri. Wimax takde coverage kat sini. Celcom broadband je yang menjadi penyelamat. Tension pakcik. Terima kasih pada kecanggihan telefon bimbit zaman sekarang yang mana maklumat boleh diakses di hujung jari orang dulu kata klik je.. sekarang ni touch-touch je hehe..

Mana-mana aku pergi dari Perlis sampailah ke Sabah sekarang ni semua orang dah pakai telefon touch screen. Bagaikan pemandangan biasa bukan lagi luar biasa. Serious aku langsung tak suka tak minat tak bernafsu dengan touch screen ni sehinggalah "terbeli" iPhone 3GS dan iPhone 4. Lepak kat kedai kopi laptop dah biasa sangat dah. La ni iPad dengan Tab bersepah-sepah orang pakai. Mungkin ringan dan mudah dibawa ke mana-mana merupakan faktor utama kenapa ramai yang ingin memiliki gajet tersebut. Kamera pun dah makin kecik. Makin kecik bukan makin murah bahkan makin canggih dan makin mahal. Zaman dah berubah, dunia makin maju. Lepas ni apa pulak gajet terbaru yang akan keluar kan?

Saje jer aku nak ngerepak di hari Jumaat ni. Takde ape nak cakap sebenarnya. Semalam geng kitaorang "termengumpat" kaw-kaw pasal seseorang. Mesti pahala si anu tu dah berbakul-bakul banyaknya. Teringat dengan kata-kata seorang kawan. Dia ni orang Bajau. Sila baca dalam slang Bajau. Dia cakap "kawan, kawan juggak nanti Haddi tamparr baru tauuu" hahaha... Lu pikirlah sendiri. Adios amigos. Carpe Manana!

10 comments:

  1. zaman dh brubah..dunia dh makin maju...mok x mok..terpaksa la kita bersaing membangunkan dirik mpun juak. Ya pun..mun mampu. ;)
    Salam Muharam.

    ReplyDelete
  2. Salam
    Wow, Wa Temuk tak pernah pegang lagi 'haiwan' iPhone3GS dgn iPhone4 tu. Maklumlah, golongan umur emas, tapi RMnya tak emas! Seronok bila gadget menjadi tambah kecil, mudah alih & mudah pakai. Cuma jangan terlalu kecil sampai susah nak tekan. Have a nice day!

    ReplyDelete
  3. kmk mok ipad ngn iphone 4. huhu bla nak tuka iphone 4 ktk ngn kmk tek? :p

    ReplyDelete
  4. sik dpt makey touch skrin sbb tgn mek kuat peloh :( mmg x precise apa nok ditekan. boring eh jeles nnggga org lain makey

    ReplyDelete
  5. Saya sorang jak masih makey nyok antik hehehe..

    ReplyDelete
  6. yerrrrr...gmbr ya lok

    kmk hanya mkey nokia 3310 jerrrr...

    nang bersepah2 kah org makey tab nektok? haihhh..

    ReplyDelete
  7. aku rasa digicam should be very basic, ada function camera auto ngan video, sket2 pano ngan macro, then video dah cukup dah. yg lain2 x guna pun heh :)

    ReplyDelete
  8. hahaha...sekarang ni mane ada orang pakai button phone..semua nyer touch screen..ntah ntah 10 taun akan datang, tak payah touch lagi..lick phone hehe..

    ReplyDelete
  9. Makasih tuan2 dan puan2 sekalian.. hehehe.. kebizian masih melanda :)

    ReplyDelete
  10. Memang kadang2 tak terkejar dengan kecanggihan gajet2 canggih ni. Harap2 semuanya digunakan secara berhemah dan tak menyalahgunakan.

    ReplyDelete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }