Showing posts with label foursquare. Show all posts
Showing posts with label foursquare. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Ini Bukan Wordless Friday!

Blogger



Salam hari jumaat. Semalam tidur dekat nak pukul 3 pagi sebab tak boleh nak tidur. Pastu jam 9.30 pagi berkejar ke Dewan Undangan Negeri Sabah pastu ke Universiti Malaysia Sabah kerana ada urusan kerja. Penat toksah cakap. Ada geng yang dah demam bukan sorang tapi dua. Seorang "injured" terpaksa dihantar ke klinik berdekatan. Beginilah cabaran kerja luar. Masa aku datang Sabah tahun lepas aku demam. Alhamdulillah tahun ni aku sihat walafiat.

Internet kat hotel yang aku duduk sekarang ni macam siput babi nak bunuh diri. Wimax takde coverage kat sini. Celcom broadband je yang menjadi penyelamat. Tension pakcik. Terima kasih pada kecanggihan telefon bimbit zaman sekarang yang mana maklumat boleh diakses di hujung jari orang dulu kata klik je.. sekarang ni touch-touch je hehe..

Mana-mana aku pergi dari Perlis sampailah ke Sabah sekarang ni semua orang dah pakai telefon touch screen. Bagaikan pemandangan biasa bukan lagi luar biasa. Serious aku langsung tak suka tak minat tak bernafsu dengan touch screen ni sehinggalah "terbeli" iPhone 3GS dan iPhone 4. Lepak kat kedai kopi laptop dah biasa sangat dah. La ni iPad dengan Tab bersepah-sepah orang pakai. Mungkin ringan dan mudah dibawa ke mana-mana merupakan faktor utama kenapa ramai yang ingin memiliki gajet tersebut. Kamera pun dah makin kecik. Makin kecik bukan makin murah bahkan makin canggih dan makin mahal. Zaman dah berubah, dunia makin maju. Lepas ni apa pulak gajet terbaru yang akan keluar kan?

Saje jer aku nak ngerepak di hari Jumaat ni. Takde ape nak cakap sebenarnya. Semalam geng kitaorang "termengumpat" kaw-kaw pasal seseorang. Mesti pahala si anu tu dah berbakul-bakul banyaknya. Teringat dengan kata-kata seorang kawan. Dia ni orang Bajau. Sila baca dalam slang Bajau. Dia cakap "kawan, kawan juggak nanti Haddi tamparr baru tauuu" hahaha... Lu pikirlah sendiri. Adios amigos. Carpe Manana!

{ My Popular Posts }