Saturday, August 31, 2013

19-23/08/2013 Raub, Pahang



Salam. Gambar diambik makei iphone 4 jak. Alu malas eh nak ngebeng kamera kulu-kilir eh. Alu diperam lam beg ajaklah kamera ya. 19hb sampei 23hb Ogos 2013 reya kmkorg berangkat dari KL ke Raub kerana ada kerja mok polah. Diam di Hotel Grandview cun-cun dekat dengan KFC Raub sia. Nang bagus juak hotel sia sebab senang bah mok makan fast food ada, restoren Selera Kampung sebelah ajak, Raub Kopitiam pun sebelah ajak. Kakya mun mok berbeli barang keperluan ada supermarket Tunas Manja 5 minit jak jalanan kaki catwalk bah. Senang cerita semua ada. Rah town bah. Paling ku suka ialah mun malam boring-boring boleh ngeteh kedei Mamak belakang hotel jak. Lepak lah ko sia sampei pisan. Yahhh..

Mun mok makan-makan di Raub, ebohlah nak ngegeh-ngegeh makan ikan patin gilak sia. Sebab ikan patin sidak sia "diimport" dari Temerloh dan biasanya mahal ikit dan ikan sik presh. Mun nak ncerik sambal tempuyak Pahang, rah Raub boleh ncoba. Nyaman juaklah ala-ala tempuyak goreng di Sarawak cumanya sik digoreng jak. Dalam banyak-banyak kedei makan rah raub, ada sigek yang masakan panasnya nang nyaman. Carik kedei nama "Selera Zaliza". Nasik goreng suntongnya nang nyaman, banyak gik ya. Kakya yang keduak boleh tahan ialah Restoran Selera Kampung sebelah hotel ya jak ehekk.. Yang ketiga Restoran Najath, kedei mamak. Nasik goreng mamaknya nyaman.

Eboh terkejut mun datang ke mana-mana daerah di negeri Pahang termasuklah Raub. Rega makanan situk nang mahal-mahal. Biasanya lebih mahal dari makanan di KL. Mun KL nasik ayam rega RM3.50, boh terkejut rega nasik ayam rah Raub tuk RM5.00 bukan kat pasar tapi jual kat kampong-kampong ya. Mun pasar mok rega RM6.00 kali. Sebab ya kawanku orang Pahang madah, Pahang is New York! Okeh sehingga berjumpa lagik.. ;)



















I Love Malaysia #instagram



Post via instagram

Cokelat Apollo!



Sape pernah makan cokelat ni? Sedap ooo... - post via Nokia 3310

Friday, August 30, 2013

De Spring Hotel, Kuantan


Kalau berkunjung ke bandar Kuantan di Pahang, De Spring Hotel adalah salah satu hotel yang sesuai dijadikan pilihan. Lokasi yang startegik berdekatan dengan Kuantan Parade (5 minit), Dataran Kuantan ((2 minit) dan Masjid Sultan Ahmad Shah hanyalah dengan berjalan kaki beberapa minit sahaja. Hotel ini juga berdekatan dengan medan selera untuk sarapan pagi, tengahari dan malam.

Sunday, August 18, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Awas! NgerepaKing!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masih tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua kaum muslimin dan muslimat di Malaysia. Saya dengan ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa atau perbuatan mahu pun penulisan sepanjang berblog. Biasalah kekadang sepak-terajang kita dalam blog ni kita tak perasan. Kekadang tersepak orang lain dan kekadang terterajang diri sendiri. Sebab itu kita menulis blog ni bukan sekadar untuk menyampaikan mesej atau membebel pada orang lain, yang lebih penting sebagai peringatan pada diri sendiri jugak. Saya dengan rendah diri yang tidak reti menulis ini ingin memohon ampun maaf sekali lagi. Maaf zahir dan batin.



Sebelum memulakan sesi ngerepak yang terpendam selama setengah tahun yang lalu, maka ingin dinyatakan di sini bahawa gambar-gambar berikut telah diambil di bandar Serian di negeri Sarawak semasa kunjungan pada bulan Ramadan baru-baru ini. Gambar-gambar kali ini dirakam menggunakan kamera Sony a300 dengan kitlens Sony 18-55mm. Kebanyakan gambar sepanjang bulan puasa dan raya dirakam terus menerusi aplikasi Instagram. Jadi, you follow you dapat tengok. You tak follow you tengokkelabu asap jer lah. Kalau you nak follow sebab nak jadi penyibuk sorry to say. You dah follow pastu nak unfollow silakan. (eh garangnya!) haha.. Korang kena melalui tapisan keselamatan pelbagai agensi perisikan sebelum dapat follow IG saya ehekk..



Rupanya bukan senang nak menjadi blogger ni sebab kekadang penulisan kita menjadi perhatian tak kiralah yang memuji atau yang mengkritik. Masing-masing punya "kepala" katakan.. Jadi kalau nak menulis lebih-lebih lagi pasal kebenaran, janganlah gentar janganlah takut dikritik dan jangan sesekali menjadi seperti seekor ayam yang tidak ada ekor nak melintas jalan. Ehekkk.. Orang kata kalau takut dilambung ombak, jangan apa? Ya pandainyaaaa... Sendiri mau ingat.. Saya mungkin akan mengambil tindakan yang tidak popular dalam mengutarakan isu atau cerita tapi itulah hakikatnya, benda yang kita tulis yang boleh membuatkan orang lain membaca terasa seperti kena batang hidungnya sendiri itu baru betul-betul sedap! Dalam erti kata yang lain ayat-ayat sentap! Siapa termakan cili dialah yang terasa pedasnya. Namun kita semua masing-masing ada pendapat tersendiri asalkan "matlamat tidak menghalalkan cara" sudahhh! kalau mahu orang hormat kita, kita kena hormat orang.. Kalau nak guna ayat "hormat" supaya orang hormat kita, ukur dulu baju di badan sendiri, jangan main cakap jer tapi cakap tak serupa bikin. Apa? Kau henggat kau perfect sangat? Ahhh sudah.. Ayat ngerepak dah keluar!

Datuk Dr. Fadzillah Kamsah kata, orang yang hebat ialah orang yang sanggup menerima kritikan. Orang yang hebat ialah orang yang cool dengan kata-kata nista. Orang yang hebat ialah orang yang mengingati mati.. Orang yang hebat dia tidak membanding-bandingkan kelemahan atau kekuatan orang lain. Orang yang hebat dia tidak akan mengungkit-ngungkit apatah lagi mengungkit jasa atau kebaikan yang pernah dia lakukan. Orang yang hebat dia takkan melenting sebab takat tunggu  lambat 5 minit.. Cakap orang lain sabar tapi dia tak reti nak sabar! Memalukan! Tapi ingat orang yang hebat juga punya tahap had kesabaran. Kalau "suis" had kesabaran itu diusik, siaplah kau Labuuuu! hehe.. Wow! Bestnya semua yang terbuku dalam hati dihamburkan dalam blog picisan ni. Lama sungguh tak ngerepak! (membebel).. hehe..

Namun orang yang hebat dia sanggup jumpa dan bersalam sambil ucap, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf zahir dan batin.. Hehe.. Sehingga berjumpa lagi dalam rancangan ngerepak meletops! Adios amigos.. Adios Seniorita.. Carpe mananaaaa! Wassalam..

Monday, March 11, 2013

Wow! Taman Saujana Hijau







.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam hari ahad tak tau nak buat ape so gi jogginglah. Kali ini di Taman Saujana Hijau yang terletak di Presint 11, sebelah kuarters polis Presint 11, Putrajaya. Sebenarnya aku dah banyak kali jogging kat Presint 11 tapi tak tahu pun kewujudan taman ni. Kira jumpe tak sengajalah ni. So, dapat peluang jogging semalam aku pun cuba try test gi tengok.

Ternyata memang Taman Saujana Hijau ni sangat best. Aku boleh tuliskan 99 dalil kenapa kat sini best tapi untuk memendekkan cerita, aku just tulis 5 jer hehe.. Sebelum tu, nak bagi tau gambar-gambar adalah diambik menggunakan iPhone 4 yang dimuatnaik ke Instagram.

1. Taman ni sangat cantik.. Serius cantik bagaikan kat luar negeri dengan bunga-bunga berwarna-warni dan pokok-pokok menghijau sehinggakan aku terlupa kejap yang aku sebenarnya berada di Malaysia..

2. Taman ini terletak di kawasan tanah tinggi ala-ala Broga gitu, tapi takdelah tinggi sangat macamtu. Nak naik pun senang, track pun cantik dan jalan nak masuk ke taman ni pun ada banyak.. Kalau pagi-pagi kat sini berkabus memang tenang dan mendamaikan..

3. Dekat dengan Taman Selera di Pusat Kejiranan Presint 11. So, bagi yang puas cuci mata atau melakukan aktiviti di sini, bolehlah singgah pulak kat Pusat Kejiranan Presint 11. Boleh makan-makan, boleh pekena Sup Keting yang pemos kat Putrajaya, boleh mandi-manda kat swimming pool atau main badminton (court badminton sila booking online).

4. Kat sini cantik untuk sesi fotografi, boleh ambik gambar matahari naik, boleh main makro boleh main potret, gambar wedding ke.. Cantik!

5. Masuk kat sini adalah percuma dan parking pun senang. So, kalau korang nak buat aktiviti hujung minggu bersama keluarga atau yang tersayang, aku memang rekomen sangat-sangat korang try kat sini.

So, macamane? Ok tak? Kalau ade masa pergi jer memang best.. Tak yah nak pergi Cameron ke Bukit Fraser ke ape hehe..







Monday, March 4, 2013

Fakta Krisis Pencerobohan di Sabah dan Doa Untuk Para Perwira Negara

Kita semua dikejutkan dengan kejadian pencerobohan pengganas di Tawau, Sabah. Pada awalnya kerajaan mengambil kira para penceroboh ini juga beragama Islam, maka pihak kerajaan cuba untuk berunding dengan cara yang terbaik iaitu suapaya para penceroboh berundur dengan cara aman untuk mengelakkan pertumpahan darah sesama agama kita. Namun setelah pembunuhan 2 anggota keselamatan kita, hal ini sudah menjadi perkara yang melampaui batasan.

Kalau negara lain sudah lama penceroboh ini akan dicop terus sebagai pengganas dan hanya "berunding" dengan mata peluru. Nampaknya kebaikan dan tolak ansur yang kerajaan kita tawarkan dibalas dengan pembunuhan anggota keselamatan negara kita. Namun kita kena faham kenapa polis yang dikerahkan dahulu bukan askar-askar kita?

Ekceli aku pun rasa sedih jugak sebab masih teringat masa aku masih kecik, ayah aku yang bertugas di Batalion ke-15 Pasukan Polis Hutan ditugaskan ke Lahad Datu selama berbulan-bulan untuk membanteras lanun. Sebab itu bila timbul isu ini, aku rasa terpanggil untuk berkongsi cerita dan maklumat yang mana anak-anak anggota keselamatan lebih faham pabila ayah mereka ditugaskan untuk menangani isu sebegini.

Imej: Google




Berita terkini berlegar di internet bahawa Rejimen Askar Melayu Di-Raja kini siap siaga mengambil alih tugas mengawal suasana serta keselamatan penduduk di kawasan yang terlibat dengan insiden pencerobohan ini. Anggota tentera 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem 8 Briged Pengkalan Chepa antara mereka yang berlepas ke Sabah sebagai batalion tambahan untuk menangani krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna. Semoga krisis ini dapat ditangani dengan cepat dan selamat. Kepada anggota keselamatan yang bertugas, jangan gentar, doa kami bersamamu wahai para perwira negara.




------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber : Facebook PDRM

DOA UNTUK PARA PERWIRA NEGARA

Imej: Google


Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.

Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.

Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.

Amin Ya Allah..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sumber 1


MENGAPA POLIS YANG DIKERAHKAN DAHULU?

Imej: Google


Dalam situasi ini , kita kenalah faham , Mengapa Polis Hutan (PGA) dan VAT69 yang dikerahkan dahulu. Tujuan asal OPS Serkap / Sulu ini adalah untuk berunding dengan penceroboh (mundu) untuk keluar dari kawasan yang diceroboh dan untuk menangkap penceroboh sekiranya mereka enggan meninggalkan kawasan yang diceroboh.

Peristiwa berdarah dengan lepasan Mortar yang meragut 2 nyawa anggota VAT69 (Very Able Trooper 69) menandakan perang tercetus diantara penceroboh dan anggota keselamatan kita.


DIMANA LETAKNYA ASKAR KITA?

Imej: Google


Ramai juga yang mempertikaikan dimana Askar kita ? GGK? Komando?Mengapa Polis yang diarahkan terlebih dahulu.Untuk pengetahuan anda , Tentera hanya akan bertindak dengan arahan dan sekiranya pihak Polis tidak dapat mengawal situasi tersebut , (dalam situasi ini , sekiranya perintah Darurat disytiharkan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Tentera akan mengambil alih OPS) . Disaat ini pun , pihak tentera diarahkan untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.


MENGAPA TIDAK DISYTIHARKAN PERANG TERHADAP PENCEROBOH?

Imej: Google


Pokok persoalan yang menjadi tanda tanya , mengapa tidak dihapuskan sahaja penceroboh ini? tembak? bom? hapuskan tanpa perlu berunding kerana ini melibatkan kedaulatan negara.Banyak perkara yang perlu diambil kira sekiranya Malaysia ingin mengisytiharkan perang. 

Perkara-perkara berbangkit selepas ini sekiranya kita tidak mengadakan rundingan terlebih dahulu.Salah satunya seperti , diplomasi luar Malaysia. Tidak mustahil selepas ini sekiranya penceroboh (Kesultanan Sulu) ini terus digempur , akan wujudnya sekutu-sekutu (ghaib) yang cuba membantu penceroboh ini.

Janganlah politikkan isu ini dengan menyamakan konflik Lahad Datu dengan demonstrasi jalanan Bersih , kerana ianya dua hal yang berbeza. Dalam apa-apa situasi pun , pihak keselamatan kita sememangnya akan berunding terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa tindakan. Dan isytihar perang juga bukanlah satu perkara yang boleh dibuat sewenangnya.

Negara kita mempunyai institusi beraja dan mengangkat Islam sebagai agama rasmi. Di dalam Islam , mengisytiharkan perang bukanlah sesuka hati , tetapi mempunyai proses-proses yang perlu diambil kira , seperti berunding dan sekiranya boleh mengelakkan pertumpahan darah. Kita masih memikirkan adab-adab tersebut.







------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Sumber 2



KENAPA POLIS DIKERAHKAN DULU BUKAN TENTERA?

Imej: Google



1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan Sulu.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protokol antarabangsa.


Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna:

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo Bay juga.


Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain. Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu - tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan.

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).



{ My Popular Posts }