Wednesday, July 11, 2012

Tawau, Sabah - Part 3 Finale - 3 Jenis Pasar di Tawau

Pasar Ikan Tawau



Salam. Baru balik dari Kundasang malam tadi. Hujan lebat sampai banjir di sepanjang jalan Telipok-KK dan jalan jam giler. Okai berbalik pada entry kali ini. Awas! Ini mungkin entry yang paling banyak gambar mengenai Tawau. Untuk entry akan datang Semporna pulak diikuti Kota Kinabalu dan Kundasang, Ranau. Kalau nak cerita semua dalam blog ni 1001 malam pun tak habis. Jadi aku sarankan korang google je hehe. So, berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambik sepanjang bertugas di Tawau.

Semua gambar dirakam menggunakan Sony NEX-5N dengan lensa Sigma 10-20mm f4-5.6 dengan pemfokusan manual sepenuhnya dan ada 2-3 gambar yang mengunakan ISO sehingga 3200 ohsem! Untuk rekod, 90% gambar diambik menggunakan mode Aperture (A) dan selebihnya mode Manual (M).

Tawau ni kalau bab makanan tak kiralah makanan yang masak di kedai atau pun makanan mentah memang murah-murah-murah! Ikan merah yang besar boleh makan 4 orang siap masak baru RM27 sahaja. 1kg ketam suri siap masak dalam RM30 sahaja! Kalau lama sikit aku kat Tawau gerenti berat badan naik dengan mendadak. Okai.. 3 jenis pasar di sini merujuk kepada Pasar Tanjung Tawau, Pasar Ikan Tawau dan Pasar Gantung Tawau. Nak tau mana satu pasarnya just halakan mouse pada gambar. Biar gambar berbicara hehe.. Wassalam..



Pasar Tanjung Tawau



Pasar Ikan Tawau



Jeti Nelayan di Pasar Ikan Tawau



Felda Global Venture, Felda Umas



Pasar Ikan Tawau



Stesen Bas Baru Tawau



Pasar Ikan Tawau



Pasar Tanjung Tawau



Pasar Tanjung Tawau



Pasar Tanjung Tawau



Pasar Ikan Tawau



Pasar Ikan Tawau



Jeti Nelayan di Pasar Ikan Tawau



Pasar Tanjung Tawau



Medan Selera di Pasar Gantung Tawau



Pasar Ikan Tawau



Kedai Makan di Pasar Gantung Tawau



Pasar Tanjung Tawau



Pasar Ikan Tawau



Pasar Ikan Tawau



Pasar Ikan Tawau



Pasar Ikan Tawau



Pasar Gantung Tawau



Sup Urat Maskur, Merotai



Gado-Gado Maskur



Shervinton Executive Boutique Hotel



Pulut Inti Kacang Daun Pandan, Maskur, Merotai



Heritage Hotel



Medan Selera di Pasar Gantung Tawau



Specky

Monday, July 9, 2012

Tawau, Sabah - Part 2 - Tawau Hills Park best!

Taman Bukit Tawau


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari semalam tanpa dirancang kami meneruskan perjalanan menuju ke Loji Air Cinta Mata di Tawau dengan harapan dapat berjumpa dengan wakil mereka untuk tujuan kajian Bernama TV. Namun, loji tersebut tutup pada hari Sabtu dan Ahad. Kebetulan terdapat papan tanda "Taman Bukit Tawau" tidak jauh dari kawasan itu, so kami pun just gamble jelah cuba untuk bertemu pengurusan taman berkenaan pula. Sesampainya di sana, Encik Ariffin selaku Pengurus Taman beserta isteri beliau menjadi responden pertama kajian kami pada hari itu. Setelah selesai menemuramah beliau, beliau menyarankan kami untuk melihat pokok tropika tertinggi di dunia. Mendengar perkataan "tetinggi di dunia" menyebabkan timbul perasaan ingin tahu dan ingin melihat pokok tersebut.

Taman Bukit Tawau atau juga dikenali sebagai Tawau Hills Park terletak 20km dari pusat bandar Tawau. Dari info cakap-cakap masyarakat di situ, tiada perkhidmatan bas disediakan untuk ke tempat itu melainkan menaiki kenderaan sendiri. Taman tersebut merupakan taman rekreasi dan juga salah satu Taman Negara yang terdapat di Malaysia. Tiket masuk hanya RM3 sahaja setiap orang. Apa yang menarik di sini ialah terdapatnya pokok tropika tertinggi di dunia spesis Seraya Kuning Siput (shoreo foguetiana heim) dengan ketinggian 88.32 meter. Untuk melihat sendiri pokok ini anda kena berjalan kaki lebih kurang 15-30 minit atau sejauh 900 meter. Bagi aku kan, bila sampai kat pokok ni rasa macam berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.. Memang puashati!

Selain itu juga terdapat Taman Botani yang menempatkan spesis bunga Orkid Telinga Gajah (Phalaenopsis gigantea) yang hanya ditemui di tempat tertentu di Borneo seperti di Taman Bukit Tawau dan Tenom sahaja. Juga terdapat tempat berpiknik dan mandi-manda dan jika ingin mandi air terjun, kenalah berjalan kaki lebih kurang 2.7km ke Air Terjun Gelas. Aku singgah air terjun yang belah bawah sekali dekat dengan pondok pendaftaran masuk. Tak dan nak berjalan 2.7km sebab jam dah menunjukkan 12 tengahari.. Laporrr..

Pada pendapat aku, kena ada promosi berterusan dan perlu disediakan perkhidmatan bas berkala untuk menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negeri. Promosi di media-media cetak dan elektronik pun kena berterusan. Aku dah dua kali datang Tawau, dan kali ketiga ni baru aku tau kewujudan Taman ni itu pun secara kebetulan. Apa-apa pun, kalau nak menghirup udara segar, nak piknik nak mandi-manda ke, nak lari dari kesibukan kota atau suka pada flora dan fauna atau ingin bermain macro photograpy, inilah tempatnya.. Kalau korang bercadang untuk ke Tawau suatu hari nanti, untuk maklumat lebih lanjut bolehlah melayari http://puadede.com iaitu Blog Anak Tawau. Blog ni segalanya tentang Tawau. Wassalam.


Tawau Hills Park | Air Terjun



Tawau Hills Park | Gadis Sony



Tawau Hills Park



Tawau Hills Park - The Tallest Tropical Tree in the world 88.32m



Tawau Hills Park



Tawau Hills Park



Taman Bukit Tawau



Taman Bukit Tawau | Pacat Merah



Tawau Hill Park



Tawau Hills Park | Semut Gergasi



Tawau Hills Park



Taman Bukit Tawau



Tawau Hills Park



Taman Bukit Tawau



Tawau Hills Park



Taman Bukit Tawau



Tawau Hill Park



Tawau Hills Park



Tawau Hills Park



Taman Bukit Tawau | Arghhh!!!



Taman Bukit Tawau | Rombongan cikgu dan pelajar



Taman Bukit Tawau



Taman Bukit Tawau



Tawau Hills Park

Sunday, July 8, 2012

Tawau, Sabah - Part 1 - Best bahhh!

DSC05793


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hampir genap sebulan aku tak hapdet blog. Ni diaaa.. Semangat nak berblog dah datang.. So pada 4 Julai 2012 baru-baru ini, aku dan kawan-kawan telah terbang ke Tawau atas urusan kerja. Kali ini, ia melibatkan kajian penambahbaikan berita Bernama TV saluran 502 di Astro. Untuk pengetahuan, berita di Bernama TV juga boleh ditonton secara online melalui internet streaming melalui Unifi dan kepada pengguna internet lain pula, boleh juga menonton di alamat http://1MalaysiaTV.com Bahkan di laman sesawang tersebut juga menawarkan muat turun aplikasi 1MalaysiaTV secara percuma untuk pengguna telefon pintar Android, Balckberry dan iOS (iPhone & iPad).

Jutaan terima kasih kepada Jabatan Penerangan Tawau, Jabatan Hal Ehwal Khas Tawau, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Tawau, pejabat UMNO Tawau, pejabat UMNO Semporna, The Borneo Post, kakitangan Hotel King Park Tawau, pejabat Felda Global Venture (Felda Umas) dan pelbagai lapisan masyarakat di daerah Tawau di atas kerjasama yang telah diberikan. Tak lupa juga kepada otai-otai Tawau Bloggers Unity yang tak jemu-jemu melayan pihak kami untuk bertemu dalam keadaan yang santai dan penuh dengan maklumat yang menarik tentang daerah Tawau ni. Makasih ye Cik Maya tuan tanah kedaong http://puadede.com kerana sudi mengatur pertemuan kami dengan para blogger Tawau.

Pssstt.. Part yang paling best tentang Tawau ni ialah kemesraan penduduk dia. Memang peramah dan cepat mesra. Semua gambar diambil menggunakan Sony NEX-5N. Kali ni aku memang tak bawak dslr. Tenkiu Sony sebab buat kemre kecik cinonet yang berkuasa dslr :)



DSC05784




Tawau Bloggers




Tawau Bloggers




Tawau Bloggers

{ My Popular Posts }