Salam. Baru balik dari Kundasang malam tadi. Hujan lebat sampai banjir di sepanjang jalan Telipok-KK dan jalan jam giler. Okai berbalik pada entry kali ini. Awas! Ini mungkin entry yang paling banyak gambar mengenai Tawau. Untuk entry akan datang Semporna pulak diikuti Kota Kinabalu dan Kundasang, Ranau. Kalau nak cerita semua dalam blog ni 1001 malam pun tak habis. Jadi aku sarankan korang google je hehe. So, berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambik sepanjang bertugas di Tawau.
Semua gambar dirakam menggunakan Sony NEX-5N dengan lensa Sigma 10-20mm f4-5.6 dengan pemfokusan manual sepenuhnya dan ada 2-3 gambar yang mengunakan ISO sehingga 3200 ohsem! Untuk rekod, 90% gambar diambik menggunakan mode Aperture (A) dan selebihnya mode Manual (M).
Tawau ni kalau bab makanan tak kiralah makanan yang masak di kedai atau pun makanan mentah memang murah-murah-murah! Ikan merah yang besar boleh makan 4 orang siap masak baru RM27 sahaja. 1kg ketam suri siap masak dalam RM30 sahaja! Kalau lama sikit aku kat Tawau gerenti berat badan naik dengan mendadak. Okai.. 3 jenis pasar di sini merujuk kepada Pasar Tanjung Tawau, Pasar Ikan Tawau dan Pasar Gantung Tawau. Nak tau mana satu pasarnya just halakan mouse pada gambar. Biar gambar berbicara hehe.. Wassalam..